Monday, May 21, 2012

Seperti Uri

Bismillahirrahmanirrahim..
Hmm.. mentang2 baru lepas habis end round exam obs dan gyne, sampai uri-uri pun nak tulis dalam post kan? 
                                                  ****
bercerita tentang uri di dalam bahasa melayu memang mencabar.
1. apa benda ni?makanan ke?
-uri @placenta adalah satu struktur yang melekat di dalam rahim, yang dicipta ALLAH untuk si comel janin supaya dapat hidup membesar dan berkembang. 
-ia terdiri daripada salur2 darah yang bersambung secara tidak langsung antara ibu dan anak. 
-jadi ia memang adalah sejenis sumber makanan untuk bayi di dalam kandungan~


placenta = uri. tempat dan kedalaman pelekatan yang normal.

2. apa kepentingannya?
-membekalkan nutrien yang seimbang untuk janin supaya dapat membesar dengan sihat, cergas dan cerdas. 
-juga membekalkan antibodi kepada bayi utk kegunaan di waktu kecil untuk melawan infeksi sblm dapat menghasilkan antibodi sendiri (6 bulan masihi).
-merembeskan hormone2 seperti "hCG, hPL, estrogen dan progesterone" utk penerusan kehamilan supaya tumbesar bayi dapat dicapai secara optimum sebelum dilahirkan ke dunia.juga untuk persediaan selepas kehamilan seperti menghasilkan susu dalam badan..


3. keadaan uri yang tidak normal :-
-bentuk yang tidak normal
-saiz dan berat yang tidak normal
-jenis dan tempat pelekatan yang tidak normal
-lain2


4. masalah yang timbul jika ketidaknormalan berlaku?
-kepada ibu --> pendarahan, terkejut (shock)..
-kepada anak --> tumbesaran terbantut, kematian dalam rahim, kesusahan bernafas sejurus selepas dilahirkan (asphyxia), lain2.


                                                  ****
kenapa tiba-tiba saya bercerita tentang uri?
bukanlah kerana saya tengah bersemangat mengulangkaji pelajaran sakit puan ni, (malas kot~)
tapi kerana saya ingin mengumpamakan apa yang saya rasa dalam fatrah ini dengan keadaan uri.


cinta itu fitrah. seperti uri.
fitrah yang ALLAH kurniakan untuk memenuhi keperluan hidup.
cinta itu keperluan hati seperti mana uri itu keperluan janin/bayi.
tiada bayi yang dapat hidup dengan sihat tanpa uri yang sihat.
tiada manusia yang dapat hidup dengan tenang tanpa ada cinta yang menenangkan di hati.


namun, cinta juga ada sakit dan ketidaknormalannya. seperti uri
iaitu cinta yang lari jauh dari batasan yang digariskan ALLAH.
cinta begini tidak akan memenuhi kebutuhan hati.
cinta begini tidak memberi hidup yang tenang dan aman kepada diri.
cinta ini seperti uri yang tidak normal.


kita mencintai insan yang (masih) tidak sepatutnya dicintai, 
seperti uri yang melekat di tempat yang tidak sepatutnya ( placenta praevia).
setiap masa merasa bimbang akan ditinggalkan..
setiap masa merasa takut akan kehilangan.
( placenta praevia can cause early separation and contact bleeding )


tempat pelekatan yang berbahaya

kita mencintai dengan berlebih-lebihan,
seperti uri yang melekat jauh ke dalam rahim ( placenta accreta - increta - percreta ).
bila tidak dapat dibuang seusai proses kelahiran, hanya akan menimbulkan keadaan yang merbahaya kepada si ibu.
pendarahan yang serius, kerosakan pada rahim, kemungkinan rahim dibuang, mandul...
lihat juga pada cinta yang tidak normal, yang bila dikecewakan hanya memberi kesan negatif kepada sang pencinta.
kemungkinan membunuh diri, murung, potensi diri menjunam jatuh, kehilangan yakin diri dan matlamat hidup, dan sebagainya..


kedalaman pelekatan yang tidak normal

jadi sebelum cinta kita memberi impak buruk yang maksima kepada hati dan hidup kita,
eloklah sekiranya kita mengambil langkah berjaga-jaga (prophylaxis).
kembali kepada-NYA.
bersegeralah dan carilah mereka yang sepatutnya anda cintai - cinta yang HALAL.
cintai mana-mana manusia sekadarnya kerana ALLAH.
dan dalam masa yang sama, cintailah ALLAH dengan sesungguhnya.
usah tenggelam dalam cinta yang sakit kerana ia akan menyebabkan hati berPENYAKIT.
rawatlah hati kita sebelum ia menjadi lebih parah..

" Dalam hati mereka ada penyakit, maka ALLAH menambahkan lagi penyakitnya.. Dan untuk mereka azab yang dahsyat disebabkan apa yang mereka dustakan.."  [ 2 : 10 ]

saya sedar, membuang dan melupakan cinta hati (crush)  yang sudah lama bertapak memang susah.
lebih dalam, lebih payah.
tapi, we have to crash the crush!
kita sayang hati kita, kan?

"mintalah pertolongan dengan sabar dan solat..."   [ 2 : 45 ]



saya tujukan lagu saff one-sandaran cinta (ada kat tepi tu hah) sebagai lagu tema untuk entry ini kepada pembaca setia blog saya (ececeh...)


p/s - maaf kepada yang tidak memahami istilah medik.. ketahuilah, saya amat berusaha mentranslatekan istilah2 itu kepada bahasa melayu yang saya sendiri pun macam dah hilang ingatan.
boleh rujuk kanak2 medik yang sedang/telah menghabiskan kitab-kitab obs dan gyne untuk penerangan yang lebih lanjut.


Wallahua'lam...





2 comments:

Amanina ST said...

Awak buat saya sentap tahap bergenang dengan analogi placenta previa. T__T oh petang ni byk muhasabah diri kt bilik awk.. Jzkk :) kerana tumpang kan bilik dan juga entri ni

Amal Hanani Abdul Halim said...

awak tahu kan sebab sebenar entry ini ditulis..?
saya juga sedang bermujahadah em..
T.T