Monday, December 29, 2014

Bad daughter I am.

Bismillahirrahmanirrahim.

Life been harder since weeks before.
My previously active father that hardly seen in home years before,
now turn to be someone that function by depends on other.

I can't complain.
I don't have right to do so because I'm not the one that support him enough.

But I have no idea why I become so cold-hearted towards him
as I resent him so much nowadays.

Not because he is sick, but because of his behavior and attitude.
Being grumpy towards people who help him way too much.
Being hot-tempered while people sincerely helping him.

I know he is sick.
But can he be a little nice to his children, who without any condition helping him,
sacrificing their youths and time to have a nice holiday before opening of school.
Moreover, can he be nicer to his wife who beside him no matter what happen, hoping for no rewards and just do her part.

I am angry because he seeks for our understanding that he is sick,
but he never understand people around him.

He awaken us late at night to do trivial things.
He doesn't let us free without his shouting for his needs.
He can't wait.
He wants all people to do things by his ways and never consider any circumstances.
He makes us do this and that but at the end never appreciate.

I want to be patient, but I can't.
This is too much for a person towards other people.

In my eyes, he is only a controlling-freak that makes many people suffer.
It just impossible to love him wholeheartedly.
Huh, now I turn to be a bad daughter.
Hate me all the way you can, but for just one day,
take our places here and experience the pain.

So long.
Good night.

Sunday, October 20, 2013

Redha

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebulan saja lagi.
Peperiksaan akhir untuk menentukan layakkah aku menjadi doktor.
Bersedia?
Pasti bohong jika aku kata sudah.
Aku masih berusaha semampu aku.

Tulisan ini aku karang selepas aku tidak mampu menahan diri lagi.
Tidak mampu menahan dari asyik mengadap buku medik.
Jadi, hari ini biar aku kongsi sedikit cerita aku.
Cerita yang bukan cerita.
Sebelum tu, maafkan cara aku menulis entri kali ini.
Aku terasa nak buat entri yang cool. hehe.


keep on going.
***
Aku selalu doa,
"Ya ALLAH, redhailah aku..."
Tapi sebenarnya bila aku kaitkan dengan kehidupan aku yang penuh dengan kejahatan dan kemaksiatan ini, aku jadi tertanya-tanya.

Amal, betul kau nak ALLAH redha hidup kau yang penuh dengan perbuatan maksiat?
Betul ke kau nak ALLAH redha kau yang selalu lupakan dia dan buat larangan-NYA?
Tak ke pelik permintaan kau ni?
Eh. Maksudnya, tak pelik ke kau minta perkara yang macam berdosa?

Serupa macam kau jadi pekerja yang buat kerja cincai-boncai,
lepas tu cakap kat bos, "Bos, terimalah kerja saya ya. Dan gaji tu kasi up sikit bos."
Kau rasa kau layak dapat bonus ke dapat penangan bos?
Fikirlah sendiri.


"kerja teruk macam ni nak minta bonus? ada yang terbang juga nanti..."
Jadi aku pun beleklah manual hidup aku. Dan mula teringat beberapa kerat ayat.
Bunyinya begini:-
"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-NYA. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurga-KU.."                                                                              [ Surah Al-Fajr : 27-30]

Siapa pula pemilik hati tenang yang redha dan diredhai ALLAH? 
"... Bukankah dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang?"                                                                                                                   [ Surah Ar-Ra'd :28 ] 

Kesimpulan yang aku dapat dari ayat-ayat ini ialah, 
kalau betul kau nak ALLAH redha kau dan hidup kau, kau mestilah mempunyai hati yang tenang. 
Doa itu perlu tapi usaha pun kena buat juga.

Jadi mengikut kitaran yang telah disebut di atas, nak dapat redha ALLAH kenalah ada hati yang tenang.
Nak dapat hati yang tenang kenalah berterusan ingat ALLAH.
Kalau kau selalu ingat ALLAH, mestilah bila kau nak buat maksiat tu kau teragak-agak kan?
Jadi ingat ALLAH juga cara untuk tak buat maksiat. T.T
Inilah usaha yang  kita semua perlu buat.



Bila ALLAH dah redha kau dan kehidupan kau, masa tu baru kau diiktiraf jadi hamba-NYA.
Walaupun di dunia pangkat hamba ni orang pandang lekeh dan hina,
tapi hamba di sisi ALLAH adalah satu pangkat yang tinggi.
Bila kau dah diiktiraf jadi hamba, masa tu baru kau boleh masuk syurga.
Kau ingat senang nak masuk syurga?
Amalan 500 tahun pun tak gerenti lagi kau layak masuk,
apatah lagi dengan amalan yang bila tambah tolak tahun tidur makan berangan semua tak sampai seratus tahun..
Hanya dengan redha dan rahmat ALLAH sahaja kita dapat masuk syurga.

Aku harap aku dapat berusaha semampu aku untuk ingat ALLAH.
Lebih dari usaha aku untuk final exam aku.
Sebab, final exam menentukan aku ni layak jadi doktor ke tak layak..
Tapi, usaha aku untuk sentiasa ingat ALLAH ini menentukan aku ni layak jadi hamba ALLAH ke tak.

Kalau aku tak layak jadi doktor, aku boleh jadi bussinesswoman.
Tapi kalau aku tak layak jadi hamba ALLAH, aku nak jadi apa?
T.T






Thursday, July 25, 2013

Emulsion

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah.
Secara officialnya, tamat sudah sesi pembelajaran tahun 6 di Kasr El-Ainy Medical School, Cairo University.
Di sebalik keriuhan yang melanda Mesir, masih gagahkan diri ke kuliah dan mengulangkaji pelajaran..
Walaupun hati meronta-ronta ingin pulang ke Malaysia lebih awal.
Apakan daya, mesti kuat melawan gelojak nafsu!
Yosh!

Kebelakangan ini, terlalu banyak memikirkan tentang keadaan dunia sekarang.
Terlalu banyak kefasadan (kerosakan) yang berlaku.
Teramat banyak fitnah-fitnah yang tersebar diseluruh pelusuk negeri.
Terlampau banyak percampuran kebenaran dan kebatilan sehingga tidak dapat dibezakan keduanya.
Walaupun jika diumpamakan kebenaran itu seperti air dan kebatilan itu seperti minyak yang kedua-duanya tidak akan bercampur, kehadiran bendasing seperti sabun dan bile salt (garam hempedu) sebagai emulsifier (pengemulsi) mampu membuatkan kedua-dua air dan minyak ini bercampur sehingga tidak dapat dibezakan keduanya.
Akhirnya kekeliruan akan timbul.
Dan lagi kefasadan akan berlaku.




Kita boleh andaikan KEJAHILAN itu sebagai pengemulsi yang amat berkesan.
Walaupun kita diganggu gugat dengan kehadiran fitnah oleh golongan yang berkepentingan yang amat dahsyat, asal sahaja kita seorang yang jahil dan tidak mahu ambil tahu perkembangan dan situasi dunia kini, pengeliruan ini akan berkesan.
Fitnah akan kelihatan seperti kebenaran.

Namun, walaupun kelihatannya air dan minyak yang bercampur setelah dibubuh pengemulsi seakan tidak boleh dipisahkan, sebenarnya ia masih boleh terpisah.
Nak tahu bagaimana?

Untuk memisahkan partikel minyak dan air daripada satu sama lain, efek pengemulsi ini mesti dihapuskan.
(Pengemulsi ini tugasnya adalah sebagai coupling agent bagi air dan minyak.)
Secara saintifiknya, kita boleh menggunakan garam bukan organik seperti MgSO4 (magnesium sulfat) atau (Al)2(SO4)3 (aluminium sulfat) ataupun asid seperti HCl atau H2SO4 untuk memecahkan ikatan yang terbina antara air dan minyak.
Ada juga teknik seperti electrocoagulation dan banyak lagi.


Emulsion breaking effect
rujuk sini untuk keterangan lanjut- http://www.wwdmag.com/wastewater/how-remove-emulsified-oil-wastewater-organoclays

(Bertahun tinggalkan subjek kimia. Pening kepala den nak fahamkan..)

Realitinya, untuk menghapuskan kejahilan yang bertindak sebagai agen pengemulsi tidak lain dengan menjadi orang berILMU.
Tiada cara lain.
Jadi marilah kita merajin-rajinkan diri pergi ke majlis ilmu untuk belajar ilmu tentang Islam.
Sudah tentu dari orang yang berkelayakan dan tidak diragui latar belakangnya.
Rajinkan diri bertanya jika keliru atau tidak tahu. 
Rajin membaca dari sumber-sumber sahih.
Dan rajinkan diri untuk memahami masalah umat kini dan perancangan musuh2 Islam.
Dan paling paling penting, rajinkan diri merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Antara wasiat Rasulullah semasa khutbah wida',
 " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya - Al-Quran dan As-Sunnah.."

Firman ALLAH s.w.t:-
" Malah kami lemparkan yang haq itu ke atas batil lalu yang haq menghancurkannya, maka seketika yang batil itu lenyap..."     [ Surah Al-Anbiya' : 18 ]

" Dan katakanlah, "Kebenaran telah datang dan yang batil telah lenyap. Sungguh yang batil itu pasti lenyap"    [ Surah Al-Israa' : 81] 

Dua ayat ini telah memberikan kita kepastian bahawa kebatilan itu PASTI lenyap.
Sudah tentu bukan percuma.
Pelenyapan itu memerlukan yang HAQ untuk muncul dan mengambil alih sistem dunia ini.
That's gonna be our tasks from now on.
Enforce the truth.
Fight the taghut!

Jangan lupa untuk berdoa serta menambahkan ketaqwaan.
Doa supaya diberi kemudahan untuk membezakan yang mana haq, yang mana batil.
We may clearly see which is which, but who knows the hidden reality, isn't it?
"... Mudah-mudahan Tuhanku akan memberi petunjuk kepadaku agar aku lebih dekat daripada ini.."   [ Surah Al-Kahfi : 24 ]

" Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada ALLAH, nescaya DIA akan memberikan furqan (kemampuan membezakan antara haq dan batil) kepadamu dan menghapuskan segala kesalahanmu dan mengampunimu. ALLAH memiliki kurnia yang besar.."      [ Surah Al-Anfaal : 29 ]

We are really in need of al-furqaan T.T
Wallahua'lam.




Tuesday, June 18, 2013

Isu Kita

Bismillahirrahmanirrahim..


Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa dimana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka."

selatan thailand
kepulauan maluku 
rohingya
afghanistan
bosnia
iraq
palestin
syria
Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu? " 
Rasulullah saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. 
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?" 
Rasulullah menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". 
(Riwayat Abu Daud)

Isu paling hangat di waktu sekarang sudah tentu tentang Syria.
Mujahideen yang dilabel pemberontak melawan kerajaan yang zalim.

" Alhamdulillah Malaysia tak jadi macam tu.."

" Hmm tak payah ambil tahu negara orang la. Fikir negara sendiri sudah.."

" Ambil tahu pun boleh buat ape? Bukan boleh buat apa-apa pun.."

" Derma? Sampai ke? Kang masuk poket sendiri je."

Allah Allah..
Mungkinkah kita tergolong antara orang-orang yang berkata seperti di atas?
Mereka yang hanya kisahkan tentang diri sendiri, negara sendiri?
Bukankah setiap Muslim itu saudara kita?
Rupa-rupanya sempadan geografi telah membezakan kita.
Nama negara dan bangsa menjadi alasan untuk tidak ambil kisah dan peduli tentang mereka.
Apatah lagi merasai keperitan mereka. 
Dan meringankan penderitaan mereka? Jauh sekali.

Sedih. Lebih sedih dengan keadaan umat Islam sekarang.
Di mana mereka yang mengaku pengikut Rasulullah?


" Muhammad adalah utusan ALLAH, dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras terhadap orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu melihat mereka rukuk dan sujud mencari kurnia ALLAH dan keredhaan-NYA. Pada wajah mereka tampak tanda-tanda bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti benih yang mengeluarkan tunasnya, kemudian tunas itu semakin kuat lalu menjadi besar dan tegak lurus di atas batangnya. Tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana ALLAH hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). ALLAH janjikan kepada orang-orang beriman dan mengerjakan kebaikan antara mereka ampunan dan pahala yang besar."      [ Al-Fath : 29 ]

Bila seruan untuk memboikot barangan dari syarikat yang menyokong Israel seperti McD, Coca-Cola, Nestle, Loreal dan sebagainya,
berapa ramai antara kita yang benar-benar cakna dan istiqamah melakukannya?

"Aku tak bolehlah. McD dan Coca-Cola tu favorite aku kot."
"Aku tak boleh makan selain dari produk Nestle. Rasa kurang umphh"
"Kalau bukan Loreal, habislah kulit mulus aku nanti.."

Akhirnya, selera dan kepentingan diri kita melebihi rasa simpati kita kepada saudara seIslam kita..
Kita lebih sanggup melihat saudara seIslam kita terkorban berbanding mengorbankan keinginan kita.
Cinta dunia? Inilah dia.

Namun bila diajak untuk menginfaqkan sedikit harta kita untuk menolong mereka,
tanda kasih sayang kita kepada mereka,
kita merasa amat berat..

" Aduh, aku nak beli iPad mini ni.."
" Aku tak de duit.." ( padahal hari-hari makan mewah..)
" Takut tak sampailah duit ni kat mereka.."

Jikalau difikirkan logik, banyak manalah memboikot dan menderma seringgit dua ni dapat menolong umat Islam yang tertindas di seluruh dunia..
Namun, bukan itu yang kita cari atas usaha-usaha kita.
Boikot dan infaq itu tanda kita bersama umat Islam.
Tanda kita cakna keadaan mereka.
Tanda kita merasa bersama penderitaan mereka.
Tanda kita sayang mereka.
Selebihnya kita serahkan kepada ALLAH.
ALLAH sahaja yang boleh menolong mereka.
ALLAH sahaja yang dapat melindungi mereka.
Kita cuma perlu tunaikan hak kita kepada mereka sebagai seorang saudara!


" Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri"    [ Hadith 13 dari Matan Arbaien ]

Ayuh!
Usahakan semampu kita.
Infaq.
Boikot.
Tanamkan kesedaran kepada orang ramai.
Doa.



Jangan perkecilkan kuasa doa walaupun hanya itu sahaja yang kita boleh lakukan.

Last but not least,
Marilah bersama-sama membuang sifat wahan dari diri kita.
Dunia hanya sementara.
Sediakanlah bekalan untuk akhirat sana.

Wallahua'lam.









Sunday, June 9, 2013

Panaskah?

Bismillahirrahmanirrahim..

Panas. Peluh di dahi di kesat.
44 darjah Celcius memang mencabar ketahanan diri.
Teringat kata-kata seorang teman
" Ini baru panas di dunia, belum lagi panas neraka.."
Sentap.


"Mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya.."  [ An-Naba' : 24 ]

Air sejuk diteguk. Sedikit lega..


".... dan mereka tidak pula mendapat minuman." [ An-Naba' : 24 ]
"... Mereka mendapat minuman dari air yang mendidih..." [ Al-An'aam : 70 ]
".. dan dia akan diberi minuman dari air nanah.." [ Ibrahim : 16 ]

Air nanah.. Bluwekk~
Siapa yang sanggup menghirup air ini?
Nauzubillah..
Sentap dua-tiga-empat kali..
Aduh. Seksa sungguh ahli neraka.
Sudahlah panas berganda-ganda-ganda dari cuaca kebelakangan ini,
minuman pula yang memeritkan tekak menambah azab yang sedia ada...


" Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai ( dengan dunia ), berpaling ( dari akhirat )."              [ Al-Anbiya' : 1 ]

Allah.. 
Amalan apa yang bisa ku bawa supaya terhindar dari neraka-MU?
Allah..
Bekalan apa yang harus ku sediakan agar terselamat dari seksaan dan azab-MU?


"... Bawalah bekal, seseungguhnya sebaik-baik bekal adalah TAQWA.. Dan bertaqwalah kepada-KU wahai orang-orang yang mempunyai akal yang sihat.."       [ Al-Baqarah : 197 ]

Apakah bekalan taqwa itu?
1. Mengimani 6 rukun iman dengan sebenar-benarnya - Beriman kepada ALLAH, malaikat, kitab-kitab, Rasul-rasul, hari akhirat dan Qadar Qadha'.
2. Bersungguh-sungguh beramal dengan rukun Islam, terutamanya ,menjaga solat fardhu.
3. Menginfaqkan sebahagian rezeki yang telah dikurniakan ALLAH
4. Sabar dengan ujian, menahan marah dan memaafkan kesalahan orang lain.
5. Menepati janji dan berbuat kebaikan
6. Istighfar dan bertaubat

Al-Baqarah : 2-5
Al-Baqarah : 177
Ali-Imran : 15-17
    Ali-Imran : 133-135 

Mereka yang telahpun memulakan langkah mengejar taqwa ini, teruskan langkahan anda.
Usah berpatah ke belakang.
Namun, bagi mereka yang masih belum memulakan langkah,
Mulakanlah langkahan pertama anda.
Jangan tergesa-gesa untuk terus berlari.
Sedikit-sedikit tidak mengapa.
Asalkan azam kita mahu terus melangkah.

Bagaimana mahu bermula?
Mulakan dengan hati anda. :)
Tanamkan keinginan untuk betul-betul kembali kepada ALLAH.
Langkah seterusnya, perbaiki solat fardhu anda.
Dan langkahan berikutnya mengikut kemampuan anda..

Sekali lagi saya tekankan, tidak mengapa sedikit-sedikit.
Asal berterusan.
Jangan pula stagnant.
Kita mahu terselamat dari neraka bukan?
Dan kita mahu masuk ke dalam syurga-NYA bukan?
Bersabarlah menyediakan bekalan ini.



Wallahua'lam.


Monday, June 3, 2013

Cermin diri tu!

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada suatu masa dahulu, ada seorang gadis yang merasakan dirinya rupawan.
Yang peliknya, tidak pernah sekalipun gadis ini melihat rupanya di cermin.

Seketika kemudian, raja negeri tempat gadis ini menetap ingin mengadakan pemilihan isteri bagi anakanda kesayangan baginda.
Berita telah diwartakan ke seluruh pelusuk negeri.
Apabila gadis ini mendengar sahaja berita ini, terus beliau mengambil keputusan untuk menyertai pemilihan tersebut..


perkahwinan di raja la sangat~
Pada hari kejadian, ketika mana raja turun bersemayam di singgahsananya, mata sang raja tertumpu pada gadis ini.
Lalu dipanggilnya si gadis.


Titah raja, "Bagaimana keyakinan kamu untuk pemilihan kali ini? Kamu yakin terpilih?"

Jawab si gadis, " Sudah tentu patik akan terpilih. Patik memiliki kulit yang cantik dan mulus. Rambut patik ikal mayang selembut sutera. Ditambah perhiasan yang dipakai patik ini, sudah tentu menambahkan kejelitaan patik yang sedia ada."

" Sebelum kamu menjejakkan kaki di sini, sudahkan kamu mencermin diri kamu?" tanya raja.
Si gadis tersipu-sipu.

" Tidak sekali pun patik melihat rupa patik di cermin tuanku. Mengapakah tuanku?"

!
?



"Jadi, dari manakah kamu mendapat pemikiran akan kecantikan kamu? Pelik sungguh kamu ini! Mamanda menteri, bawakan cermin tuan puteri ke mari!"
Lalu, menteri tersebut membawa masuk cermin tuan puteri yang tinggi dan lebarnya lebih kurang 2 meter.

Kata sang raja, " Lihat wajahmu di cermin itu.Lalu khabarkan pada beta apa yang kamu lihat."


Si gadis pun melihat rupanya di cermin buat pertama kali.
"Duh! Siapa gerangan ini?!"
Terkejut si gadis melihat kelibat dirinya sendiri di cermin.
Rambutnya menggerbang.
Badannya kembang.
Perhiasan mukanya comot sekali.
Parut jerawat di sana sini.
***


Sudah tentu, ini cerita rekaan.
Tapi mari kita ambil ibrah dari cerita ini.
Sangat simple.


Kita mahu masuk syurga bukan?
Syurga yang penuh dengan nikmat-nikmat yang sangat mengasyikkan..
Tapi pernahkah kita mencermin amalan diri kita?
Amalan yang memungkinkan kita terpilih menjadi hamba-NYA yang memasuki syurga.
Bukan setakat amalan badan, malah amalan hati juga.


Atau, kita hanya merasa-rasa kita layak kot masuk syurga ni..
Walau tidak pernah memuhasabah diri.
Aduh, ini sudah tentu gawat.
Seperti si gadis tadi.
Perlukah pertama kali kita memuhasabah diri adalah ketika buku amalan kita dibentangkan?
Dan bila melihat buku amalan, tiba-tiba hanya kekecewaan yang meliputi diri?
Na'uzubillah..


Bagaimana mahu mencermin amalan diri?
Muhasabah diri.
Mutabaah amal.
Ketenangan hati.
Keadaan diri ketika bersendirian.
Minta pendapat teman seperjuangan.



Eh! cermin ni kecik sangat...
Bila kita melihat cermin, kita pasti dapat melihat keadaan diri kita.
Flawless. Or with many flaws.

Bergembiralah bagi mereka yang tiada kelompongan amal dalam diri mereka zahir atau batin.
Keep it up!

Bagi yang melihat banyak ketidaksempurnaan, jangan risau..
Sedangkan muka pun boleh touch up dengan foundation- BB cream - eyeliner eyeshadow la bagai semua2 tu, apatah lagi amalan diri.
Istighfar.
Tambah amal kebaikan.
Tolong kawan-kawan.
Buat dakwah.
Dan macam-macam lagi.



" Dan bersegeralah  kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang yang berinfaq, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain. Dan ALLAH mencintai orang yang berbuat kebaikan, dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mengingat ALLAH lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya. Dan siapa yang dapat mengampuni dosa-dosa selain ALLAH? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu sedang mereka mengetahui. Balasan mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal." [ Ali-Imran : 133-136 ]

So kawan-kawan,
Mari cermin diri!
Dan perbaiki diri juga..
Moga kita semua layak ke syurga-NYA insyaALLAH...

Wallahua'lam



Sunday, June 2, 2013

Risau

Bismillahirrahmanirrahim..

Setiap dari kita pasti mempunyai kerisauan tersendiri.

Pelajaran        - Bolehkah aku lulus dalam peperiksaan ini dan naik tahun? Boleh ingatkah aku 
                        semua yang telah aku pelajari beberapa tahun ini? Sesuai ke bidang yang aku 
                        pilih ni dengan aku?

Perkahwinan  - Bila agaknya aku akan berkahwin? Cukupkah duit untuk kenduri ni? Akan 
                        bahagiakah aku? Betul ke pilihan aku ini? 

Keluarga        - Bagaimana mahu bahagiakan keluarga? Apa perancangan aku untuk mereka?

Pekerjaan      - Ada kerja kosong lagi yang sesuai untuk aku? Mampu ke aku "survive" dalam  
                        kerja ini? 

Tarbiyah        - Akankah aku tsabat? Terbinakah aku dan anak-anak usrah? Boleh ke aku 
                        tinggalkan jahiliyyah ini? Kuatkah aku untuk terus berdakwah?

Kehidupan     - Berjayakah aku dalam hidup? Atau sia-sia sahaja usia yang telah berlalu?
                        Cukupkah duit aku ini? Bagaimana mahu selesaikan masalah-masalah ini? Apa 
                        rupa masa depan aku agak-agaknya?


Inche Risau

Jika ingin disenaraikan semua kerisauan yang ada di dunia ini, alamat tak cukup muka lah untuk disenaraikan..

Acapkali kerisauan kita terlampau berlebihan sehingga merencatkan perjalanan hidup kita.

Seringkali juga pada musim peperiksaan kita mengabaikan pelbagai tanggungjawab kita semata-mata untuk mengulangkaji pelajaran dek kerana kerisauan kita yang tak bertempat.
Hak insan lain tidak terjaga, yang penting diri kita.
Betapa di musim peperiksaan ini kita dapat melihat sikap pentingkan diri sendiri yang selama ini mungkin bersembunyi dalam diri..




Lain halnya dengan isu perkahwinan. Ada yang risau tidak berkahwin, mula berjinak-jinak untuk berbaik-baik dengan berlawanan jantina.
Bergurau senda secara realiti atau maya.
Merasakan mungkin itulah caranya jodoh akan datang.




huu pedass sungguh ini~~


Dua contoh ini sangat sinonim dengan kehidupan kita bukan?
Adakah kita terlalu memandang kepada natijah hidup dunia?
Di mana kedudukan keberkatan Ilahi dalam hidup kita?
Benarkah neraca yang kita guna dalam menimbangtara pilihan hidup kita?

Kawan-kawan,
" ...Katakanlah, "Cukuplah ALLAH bagiku. Kepada-NYAlah orang-orang yang bertawakkal berserah diri..""   [ Az-Zumar : 38]
Be cool.
Tarik nafas.
ALLAH sentiasa bersama dengan kita untuk menurunkan pertolongan-NYA..
" Dan janganlah engkau tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka sebagai BUNGA kehidupan dunia, agar Kami uji mereka dengan kesenangan itu. KURNIA Tuhanmu lebih baik dan lebih kekal.."    [ Taha : 131 ]

Pencapaian dunia itu sementara sifatnya seperti bunga yang akan layu selepas beberapa ketika.
Pencapaian di akhirat lebih baik dan lebih kekal..

Bukanlah saya ingin mengatakan yang kita perlu melepaskan dunia keseluruhannya.
Sedangkan ALLAH juga menyuruh supaya berusaha untuk kehidupan dunia.
" Dan carilah pahala negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan ALLAH kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah sebagaimana ALLAH telah berbuat baik kepadamu. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh ALLAH tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.."        [ Al-Qasas : 77] 

Apa yang ingin saya sampaikan ialah, dalam kita ingin mencapai matlamat kita, gunakan cara yang selari dengan neraca Ilahi.
Dan sudah tentu, matlamat kita juga mestilah selari dengan neraca Ilahi juga.
Persetankan bisikan-bisikan yang mengajak kita jauh dari nilai yang sepatutnya kita tanam dalam diri. Nilai Islam.

Sewaktu musim peperiksaan, jagalah hak-hak insan sekeliling.
InsyaALLAH ada berkatnya. Mungkin di situ sebab untuk ALLAH menurunkan pertolongan-NYA dari arah yang tak tersangka.
Tak salah untuk bersungguh-sungguh. Malah itulah yang dituntut..
Cuma jangan kunci mood anda kepada " silently selfish".

Tak salah juga jika anda wanita dan membuat langkah pertama dalam mencari pasangan.
Apatah lagi jejaka.
Cuma gunalah laluan mencari jodoh yang betul. 
Jika jodoh masih belum sampai, walau kita lakukan dengan cara yang salah sekalipun, tidak akan datang si dia.
Jadi, usah bazir tenaga kita pada perkara yang merosakkan hati kita.
Perbaiki mana yang masih lompong, dan bertawakkallah kepada ALLAH.
InsyaALLAH yang terbaik sahaja yang ALLAH janjikan kepada kita jika benar kita menjaga batasnya.

Dan ingatlah, kebahagiaan rumahtangga terletak pada keberkatan Ilahi.
Keberkatan dalam rumahtangga bermula dari awal perhubungan.
Dan kebahagiaan itu bukanlah semata-mata anda suka dia, dia suka anda.
It's a long way to go.
Murah rezeki, zuriat soleh serta hubungan kekeluargaan yang harmoni..

Jika anda telah memulakan rumahtangga anda dengan cara yang anda rasakan kurang keberkatan Ilahi, jangan risau..
Beristighfarlah dan mulalah menghiasi rumahtangga anda dengan cahaya Rabbani :)
Semoga kebahagiaan rumahtangga dapat dicapai kelak biiznillah...

Kesimpulan dari post ini,
Jangan biarkan kerisauan kita menyebabkan kita lari dari neraca Ilahi.
Matlamat tidak menghalalkan cara.
Usahakan supaya setiap cara yang kita gunakan diredhai Ilahi.
Hisab kita bukan bergantung kepada apa yang kita capai di dunia, tapi bergantung kepada apa yang kita BUAT.
So, behave!

" Dan katakanlah, " Bekerjalah kamu, maka ALLAH akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-NYA dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-NYA kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan."                [ At-Taubah : 105 ]




Semoga peringatan ini berguna untuk saya dan anda semua.
Peace (^.^)v


Wallahua'lam..



Wednesday, May 29, 2013

Tragis

Bismillahirrahmanirrahim.

Susahnya mencari keberkatan Ilahi.
Aku perlu menguatkn diri.
Saat hati tidak mampu suka akan ketentuanNya,
Memaksa diri tersenyum redha,
Menangis sendiri dalam hati.
Tuhan, cintaMu yang aku cari...
Jangan dunia memalingkan aku dariMu.
Jangan kedegilan menguasai hidupku.


Get over amal. Move on.
The time has come.
T.T

[ Al-hadid : 16 ]

Friday, May 24, 2013

I am a bright star.

Bismillahirrahmanirrahim.

Feeling a little different here?
Of course~ I've done a total re-branding hehehe.
From "Tazkiyatun Qalbi : aku Hamba Ilahi" to "Ceasing Evil : we are Warriors".
Yosh, let's begin our journey as a Warrior!
May ALLAH ease us.Amiin.




Saya suka bintang. Anda suka?
Saya paling suka tengok bintang yang cerah terang. Sungguh cantik.
Lagi suka jika bukan satu bintang yang cerah terang, tapi banyak banyak bintang.
Langit jadi sangat bercahaya. Sedap mata memandang. Hati rasa tenang.
Lain perasaannya dengan melihat langit yang gelap gelita.
Malah, bumi juga seperti ceria bila langit bercahaya. Kan?



" Dan sungguh Kami telah menciptakan gugusan bintang di langit dan menjadikannya terasa indah bagi orang yang memandangnya. "             
[ Al-Hijr : 16 ]

 Saya suka bintang.
Ia bukan sekadar penyeri malam,
tapi ada manfaat bintang yang besar kepada manusia.
" Dan (Dia menciptakan) tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang mereka mendapat petunjuk. " 
[ An-Nahl : 16 ] 

Masih ingat apa yang anda pelajari semasa darjah 6 dalam subjek sains?
( Saya ingat sikit-sikit sahaja..)
Buruj pari sentiasa menunjukkan arah selatan sepanjang tahun,
manakala buruj biduk menunjukkan arah utara sepanjang tahun..
Masyarakat Arab dahulu menggunakan bintang-bintang untuk bermusafir ke suatu tujuan melalui jalan padang pasir.
Malah, peneroka di laut ( Christopher Columbus antaranya) menggunakan bintang-bintang untuk belayar di lautan luas.

Untuk kita?
Smartphone ada. Dalam tu ada satellite map. Tak perlulah nak bintang-bintang sangat~
Tapi kalau bateri habis dan kita berada di dalam hutan?
Hmm i wonder how we can survive...

Bintang juga adalah alat pelempar syaitan.
"  Sesungguhnya Kami telah menghias langit dunia dengan hiasan bintang-bintang. Dan Kami telah menjaganya dari setiap syaitan yang derhaka. Mereka  tidak dapat mendengar (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segenap penjuru, untuk mengusir mereka dan mereka mendapat azab yang kekal. Kecuali syaitan yang mencuri pembicaraan, maka ia dikejar oleh bintang yang menyala. " 
[ As-Saffat : 6 - 10 ] 

Dalam ayat diatas, "Shihabun Tsaqibun" dalam istilah sains ialah meteor.

Okayyy. Ibrah?

Saya suka kaitkan bintang dan daie.
Daie adalah penunjuk jalan kebenaran. 
Seperti bintang si penunjuk jalan.
Daie adalah mereka yang menghalang kemungkaran.
Seperti bintang yang menjadi alat pelempar syaitan.
Akhlak daie semestinya yang terbaik kerana mengikut panduan ajaran Islam yang sempurna.
Seperti cik bintang yang cantik menghiasi langit malam.

Andaikatalah bintang-bintang ini bercahaya malap,
mesti sukar bagi pengembara untuk mencari jalan.
Malam juga suram, gelap dan menakutkan.
Menjadi alat pelempar syaitan juga kurang kesannya.

Seperti itu jugalah daie.
Daie yang tidak all-out, maka...
Anda sambung sendiri.




Saya sangat sedar yang untuk all-out itu tidak mudah.
Malah, saya sendiri juga banyak kali terleka dan terpengaruh dengan nafsu.
Tapi marilah kita mulakan langkah semula.
Jika terjatuh terus bangun.
Susah, tapi tidak mustahil.
Patience goes on with passion.
Selagi ada keinginan, di situ ada kesabaran.
Di mana ada kesabaran, di situ ada jalan.
" Allah tidak membebankan seseorang melainkan mengikut kemampuannya.."  
[ Al-Baqarah : 286 ]

Ketahuilah ayat ini bukan ayat yang membataskan pergerakan kita.
Tapi inilah ayat yang sepatutnya menjadi motivasi kita.
Kita masih belum mencurahkan sepenuh kemampuan kita di jalan dakwah ini lagi.
Bagaimana boleh kita berputus asa?
Dan ALLAH tahu kita mampu untuk menegakkan Islam.
Kita kene berusaha untuk itu.

Para sahabat jelas akan ayat ini.
Ini ayat motivasi mereka bilamana mereka diarahkan oleh Rasulullah untuk mengejar tentera musyrikin dalam peperangan Hamra' Al-Asad.

Sekembalinya Rasulullah dan tentera muslimin dari Peperangan Uhud, bersama luka-luka perang yang belumpun dirawat, Rasulullah mengarahkan semua yang terlibat dalam peperangan Uhud supaya kembali kepada pos kawalan masing-masing.
(Jarak masa antara 2 perang ini adalah kurang dari 24 jam.)
Operasi memburu tentera Makkah yang kelihatan menang di medan pertempuran Uhud telah diwartakan.
Ini kerana Rasulullah mengesyaki tentera musyrikin akan berpatah semula untuk menyerang Madinah setelah berjaya mengacau-bilaukan tentera muslimin.
Para sahabat akur.
Inilah semangat yang patut kita contohi.
Mereka yakin mereka mampu untuk mentaati arahan Rasulullah walaupun di kala itu tubuh lemah kerana peperangan yang menyesakkan.
Luka-luka yang bukannya sedikit. Malah masih berdarah.
Keadaan psikologi mereka juga kurang stabil kerana kekalahan yang terjadi.
Mereka mara tanpa alasan!

Jadi, mari contohi para sahabat.
Allah Allah, jadikan hati kami sebesar hati mereka...

Juga, jom jadi bintang yang paling cerah.
Kita semua.
Supaya langit semakin indah...




Wallahua'lam.


Bacaan tambahan : 
http://my-bukukuning.blogspot.com/2012/04/rasi-bintang-dalam-al-quran.html#.UaBeJ4czglQ