Tuesday, May 15, 2012

Move on! Don't be stagnant.

Bismillahirrahmanirrahim.


Dalam post kali ini, saya nak share beberapa ayat dari ayat-ayat cinta-NYA yang saya sangat2 suka..
Bila saya baca ayat ni, terasa sangat sebak.
Baiknya ALLAH kepada hamba-hambaNYA yang selalu lupa kat DIA.
Sayangnya ALLAH kepada hamba-hambaNYA yang banyak berbuat dosa tak kira zahir atau batin..

"Katakanlah, "Wahai hamba-hamba-KU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh DIA-lah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.."

Hah! Cuba teka ayat ni kat surah mana ayat berapa?
Hehe apa kata untuk post ni, anda semua cari kat dalam al-Quran, di mana ayat ini berada..
Selalu kene suap, kali ini boleh cuba untuk suap sendiri..
Kalau dah usaha tapi tak dapat juga, boleh comment kat Chatbox kat belah kanan tu hah~
Dan sesiapa yang dah dapat pulak, boleh tolong yang lain2 sama ada melalui comment atau melalui chat box.. 
(haha creative way to get the feedback isn't it?)

Self-fed child.
You also can feed yourself, right?
Never let this small child defeat you!
(Okay, tak tahu kene mengene ke tak..)
Enough of the advertisement.
Lets proceed to our sharing..


Kenapa saya sangat suka ayat di atas?
Hmm, saya ni nampak je macam innocent pure sweet girl, isn't it?
(erk.perasan sungguh kamu ni amal~ i'm joking okay..)
But the truth is, saya banyak lacking dalam pelbagai sudut kehidupan.
Saya masih lagi berjuang bermujahadah melawan keinginan nafsu yang bergelojak.
Saya masih berusaha untuk berubah kepada yang lebih baik.
Masih ada jahiliyyah dan dosa yang saya cuba buang dari diri saya.
Walau kadangkala saya tetap terjatuh juga.
Actually, banyak kali je saya tak dapat selamatkan diri saya dari terjatuh.
Not all people know.
Or maybe only me and HE knows it.
Saya masih seorang hamba yang sangat lemah.
Terkedek-kedek lagi mencari redha-NYA..


I bet all of us are still trying to be a better one, yet sometimes we can't help to commit sins sama ada sengaja atau tidak, kan?
Pernah tak rasa, bila dah buat atau terbuat dosa tu, kita rasa serba salah sangat2.
Yang kadangkala kita rasa macam tak nak buat benda lain semata-mata nak hibernate mengenangkan kekhilafan diri.
Yang kadangkala kita rasa macam, "owh, today is really a bad day for me..ALLAH mesti marah kat aku ni.. ALLAH mesti dah tak sayang aku.."
Tak pun, kita akan bad mood sepanjang hari, sampai muncung unta pun keluar...
Kadang-kadang sampai tak nak cakap dengan orang..
Nak duduk sorang2.
Beruzlah kononnya.
Saya pernah. Dan selalu rasa begini jika rasa berdosa..
Dan kadang-kadang, sebab tension kerana mengulang dosa dengan kerap membuatkan saya membuat dosa yang lain pula..
Anda pernah begini?
Kalau tak pernah, saya pun tak tahu nak salute spring kepada anda ke tak.
Mungkin anda tidak pernah berbuat dosa.
Atau mungkin anda mempunyai emosi yang stabil.
Atau mungkin anda tidak merasa berdosa melakukan dosa.
Jika sebab yang pertama, saya tabik spring toing3 la kepada anda!
Jika sebab yang ketiga, sorry~


Jadi, ayat di atas ini sebenarnya satu motivasi kepada saya.
Bukan motivasi untuk terus berbuat dosa dan tidak merasa bersalah.
Tapi motivasi supaya tidak membiarkan dosa-dosa yang lalu menghalang tumbesaran iman selepas itu..
Motivasi supaya tidak berputus asa dengan rahmat-NYA, iaitu bahawa keampunan-NYA amat luas jika kita bertaubat..
Kata-kata semangat yang memberitahu bahawa walaupun banyaknya dosa kita sebelum-sebelum ini, masih ada ruang untuk memperbaiki diri dan mendapatkan redha-NYA..
Kata-kata pujukan bahawa ALLAH Yang Maha Penyayang itu takkan mengabaikan kita sekiranya kita ingin kembali kepada-NYA..
Dan inilah ayat yang mengajar saya supaya cepat-cepat memohon keampunan dan terus berusaha bermujahadah.
"Usah putus asa! Teruskan usahamu untuk menggapai redha-NYA walaupun kau telah bergelumang dengan dosa..Minta ampun dari-NYA segera, dan dengan rahmat dan kehendak-NYA, DIA pasti akan mengampunimu.."


Perhatikan ayat-ayat sambungan dari ayat di atas. 
Ia seolah-olah memberi jalan yang terang secerah mentari sebagai panduan orang-orang yang melampaui batas ini apa yang perlu dilakukannya selepas ini..
Saya serahkan kepada anda untuk berfikir tentang ayat-ayat tersebut.
Fikirkan cara bagaimana untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan anda.
Jika anda buntu, tanyalah sahabat sekeliling anda.
Antara mereka, pasti ada yang mempunyai idea dan solusi..
Jangan menjadi patung batu.
Anda perlu berusaha dan bergerak untuk mendapatkan sesuatu!


Sebagai penutup, saya ingin berkongsi satu lagi ayat-NYA yang saya amat suka juga..
Dari surah al-Hadid : 16

" Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat ALLAH dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak antara mereka menjadi orang-orang fasiq.."

Jika anda tidak tahu apa ayat ini ingin sampaikan kepada anda, tanyalah.
Cari mereka yang anda percaya.
Jangan tenggelam di alam sendiri.
Jangan duduk berteleku sahaja.
ALLAH berikan anda tenaga, suara, akal.
Ianya bukan untuk perhiasan semata...




remember the story of tortoise and hare?
it's not a matter if you are a slow or you are a fast one,
but, whether you are keep moving or stay still.
and the winner is the one who is keep on MOVING!
Wallahua'lam..






*Further reading:-
 http://umuazzam.multiply.com/journal/item/106/Sang_Pemberi_Maaf_yang_Sesungguhnya...



2 comments:

Amal Hanani Abdul Halim said...

clue of ayat..
surah itu bila diterjemahkan kepada bahasa melayu ialah "rombongan"

bukan rombongan memminang ye~

Mastura said...

http://www.yasminmogahed.com/2012/04/25/this-is-awakening/?wpmp_tp=2


salam amal, i just want to share this with you. I found this very inspiring and related with what you are saying in this post :')


'' But when you’re low, shaytan will try to get at you differently; he’ll try to get you by making you hopeless. He’ll try to make you believe that you’re worthless and that there’s no point in trying. He’ll try to make you believe you are a failure and no matter what you do, you’ll never get back to where you once were! Or he may try to make you believe that you’re too ‘bad’ for Allah to forgive you. As a result, you may let yourself fall further. You may have been up once, and then felt so bad about yourself because you started to slacken in your worship. And maybe because of your previous self-righteousness you didn’t give people permission to make mistakes or be weak. This ends up becoming self-destructive because it further translates to not giving yourself ‘permission’ to make mistakes and be weak.
Since you believe you don’t have permission to be human and fallible, when you do make a mistake, you are so hard on yourself that you lose hope. So you let yourself go. You may end up committing more sins, which only makes your hopelessness worse! And it becomes a self-perpetuating vicious cycle. Shaytan will also try to make you believe that you shouldn’t try to repent or pray because you’d be a hypocrite since you are such a ‘bad’ person. He wants you to despair in the mercy of Allah. That’s what he wants! These are all lies, of course. But he’s good at what he does, after all. When you have sinned, that’s when you need to turn to Allah even more—not less! ''