Wednesday, May 23, 2012

Anda robot ke?

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah, bulan rejab sudahpun tiba.
Walaupun di facebook ramailah juga yang mempersoalkan amalan2 dalam bulan ini,
(bukan cari gaduh ok..)
tapi pendapat saya sendiri, kita perlu berlumba-lumba beramal dalam bulan ini.
Walaupun seandainya tiada ganjaran yang luarbiasa ditawarkan kepada kita dalam bulan ini.


Kenapa saya berpendapat begini?
Just for a simple reason.
"Manusia itu memerlukan masa untuk berubah."
Manusia bukan robot.
Bila diprogramkan terus berubah.
Manusia memerlukan masa untuk membentuk tabiat baru dan rutin hidupnya.


Robot bajet comel~ Tak tahu apa kegunaan dia...
Dan bulan rejab (iaitu sekarang) adalah waktu yang paling sesuai untuk mula berubah.
Ya, sekarang!
Sekarang!
(Apahal minah ni???)
Okey, sorry untuk semangat yang berkobar-kobar di atas.


Rejab-Syaaban-Ramadhan.
Lebih kurang 60 hari untuk sampai ke bulan Ramadhan.
Dan kita tahu, pahala dan ganjaran yang ditawarkan untuk orang yang beramal dalam bulan Ramadhan sangat333 banyak.
Keampunan ALLAH juga ada.
LailatulQadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan juga ada.
Dan lain-lain.


Ramai orang bercerita tentang Ramadhan beberapa hari sebelum Ramadhan.
Ya, ia satu yang logik.
Tapi, jika bercerita tantang keistimewaan Ramadhan 2 bulan sebelum Ramadhan lebih baik bukan?
Kerana kita dapat mula melatih rutin hidup kita, serta membina tabiat baru diri sendiri.
Kerana itu saya meminta kita mula berubah sekarang.


Mulalah melatih diri berpuasa sunat sekarang supaya tiba Ramadhan nanti kita tak mudah lesu kerana badan telah dibiasakan untuk berlapar dahaga.
Jadi, kita akan "perform" lebih baik di waktu Ramadhan nanti.
Tidaklah tidur sentiasa..
Mulalah berjinak-jinak dengan bersedekah kepada yang memerlukan dan kepada yang meminta, supaya Ramadhan nanti kita tidak merasa berat untuk lebih banyak bersedekah.
Mulalah memaksa diri untuk bangun malam untuk beribadah mulai sekarang, moga-moga Ramadhan nanti badan kita seolah-olah telah diprogramkan, dan mudah untuk berQiamullail.
Bermulalah membentuk tabiat dan rutin itu sekarang.


Jika tidak, agak sukar untuk beribadah dengan semaksima yang mungkin untuk Ramadhan nanti.
Andaikan ini tempoh houseman anda (bagi doktor2) sebelum memasuki alam kedoktoran yang sebenar.
Dan andaikan ini tempoh praktikal anda (bagi lain2..ada kan?) sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar anda.
Ya, inilah 60 hari housemanship dan tempoh praktikal anda semua~
Hargailah peluang ini..
(Bayangkan ya para doktor sekalian, jika anda tidak mula berlatih mengambil history sebelum hari peperiksaan, maka anda akan mengalami kesesakan lalu lintas pernafasan di hari kejadian. Experience is the best teacher, isn't it? Betul tu, tapi kenapa ayat ni ada kat sini ye? *wondering..)


Dan setelah Ramadhan pula, jangan pula memalaskan diri.
Keep on going.
Keep on menjadi hamba yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri kepadanya.
Jika Ramadhan kita andaikan seperti sekolah, maka Rejab adalah tadika.
Dan waktu2 selepas Ramadhan adalah seperti pendidikan tinggi (universiti).
Sepertimana kita tidak berhenti belajar bersungguh-sungguh dalam hidup,
jangan berhenti beribadah bersungguh-sungguh juga!
Sampailah nanti nyawa kita kembali kepada-NYA..


kindergarten - primary - secondary - high school - diploma - bachelor - master - PhD - other PhDs - R.I.P
Ingat, untuk membuat satu transformasi baru, manusia memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan transformasi itu.
Anda juga boleh mengaplikasikan teori ini sebelum menjadi isteri/ibu atau suami/ayah.
Kerana itu, jika anda masih mempunyai sikap dan attitude yang tidak baik, mula berubah sekarang.
Bukan lepas kahwin atau dapat anak nanti.
Untuk mendapatkan "toiyyibin" kita kena menjadi "toiyyibat" terlebih dahulu.
Untuk mendapatkan "toiyyibat" kita perlu berusaha menjadi "toiyyibin" dahulu.
Bukan mencari, tetapi menjadi dahulu.
[24 : 26]


Hah, kan dah jauh dari topik asal.
Mesti ramai yang suka kan topik ni.
Layan~


p/s - Baru beberapa hari lepas tengok cerita "robots"... Pernah tengok zaman sekolah dulu2 masa ada tayangan perdana.. Wayangla konon.Pastu kena bayar 50 sen. Tak tahu pengajaran apa yang dapat masa tu.. But, i'm sure what i've got this time.
''Tarbiyatul awlad"
Tak tahu camne nak explain.. Tengok sendirilah.


Tengok lepas study okey?
Don't blame me if you don't get a good result just because you watch this movie.
I already warned you..


Wallahua'lam..



No comments: