Monday, May 7, 2012

Kak Syu : Jzkk :)

Bismillahirrahmanirrahim.


Beberapa hari tidak menge'post'..
Banyak je draft2 yang tersimpan.
Malas mahu menyiapkan.
Masih ada kerja yang perlu diutamakan.


Tertanya2 tentang tajuk di atas??
Hehehe ..
Post ini adalah satu penghargaan kepada seorang insan yang amat kukagumi,
(dan sayang..segaaannnye nak cakap~~)
Insan ini banyak mengajarku erti kehidupan secara direct mahupun indirect..


ALLAH telah menghadirkan beliau di saat aku kebuntuan.
Di saat aku sedang tidak tahu bagaimana utk memajukan tarbiyah dan dakwah di bumi Mesir ini..
Di saat aku sendiri masih belajar bangun setelah jatuh berkali-kali.
Di saat aku masih bermain tarik tali di dalam diri sendiri.


Aku sangat2 berterima kasih kepada beliau,
Dan aku teramat2 bersyukur kepada ALLAH kerana meminjamkan beliau kepadaku.
Walau sekejap cuma, sudah cukup membuka jalan utk langkahan seterusnya..


Beliau seolah-olah tulang belakangku yang paling ampuh.
Aku tertanya-tanya mampukah aku meneruskan langkahan di masa hadapan?
Mampukah aku menjadi bersemangat seperti hari-hari yang lalu?
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah,  Dia akan menolongmu dan meneguhkan langkah2mu.."                            [Muhammad : 7] 

Sungguh, tugas beliau di bumi Mesir ini telah selesai.
Kini, tinggal aku yang perlu menyempurnakan tugasku..
Aku yakin ALLAH akan menolongku di sepanjang langkahanku.
Sepertimana DIA telah menolongku dengan menghadirkan seorang insan bernama
"Nursyuhadah Alias"


Moga beliau tetap tegar walau dimana beliau berada.
Ukhuwwah fillah abadan abada.
Uhibbukifillah.
betul, tak tipu ^.^
"Ada rezeki kita jumpe lagi eh kak Syu..."



No comments: