Forgive me for the rude title.
I was currently reading "Terjemahan Al-Hikam Syeikh Ibnu Atho'illah", and i would like to share some of the al-Hikam that i think benefit to me and others insyaALLAH..
Of the title no.5, it says:-
" Kerajinanmu untuk mencapai apa-apa yang telah dijamin pasti akan sampai kepadamu, dan kelalaianmu terhadap kewajipan-kewajipan yang diamanatkan kepadamu adalah tanda dari butanya mata hatimu.."
Tajuk no. 26 pula:-
" Menunda amal perbuatan (kebaikan) kerana menantikan kesempatan yang lebih baik, adalah tanda kebodohan yang mempengaruhi jiwa.."
Komentar:
Kita akan diminta bertanggungjawab ke atas tugas-tugas yang diamanahkan kepada kita seperti yang telah dibincangkan dalam post yang lepas.
Tugas sebagai hamba, juga sebagai khalifah.
Jika kita melalaikan tugas-tugas ini, iaitu tidak mahu menunaikannya malah beriya-iya mengejar kenikmatan duniawi yang telah pun ditaqdirkan, itu adalah tanda hati kita buta.
Apabila hati telah buta, maka tidak nampak jalan menuju Ilahi...
Nauzubillah..
Maka ke mana pula kita menuju jika bukan kepada ALLAH?
Moga-moga kita menjadi insan celik mata dan celik hati iaitu dengan mula berusaha menjalankan tugas-tugas kita..
Jika kita bertangguh-tangguh untuk melaksanakannya pula setelah tahu akan tugas-tugas tersebut, ia adalah tanda-tanda kebodohan diri kita...
Nauzubillah.
Nah!
Dua sifat yang kita tidak aman dengannya.
Buta dan bodoh.
Moga kita tidak tergolong dalam keduanya..
Tak kiralah sekarang ni musim exam atau berada di waktu yang kita rasa kita masih tidak boleh berubah, usahakan juga untuk berubah walaupun sedikit.
We have to!
p/s - rasa ayat serabut. but i don't care as long as all of us get benefit from it insyaALLAH...
buta mata tak nampak jalan di dunia.. buta hati tak nampak jalan menuju Ilahi.. mana lebih tak selamat? |
No comments:
Post a Comment