Akhirnya 7.5 pun tiba..
Officially i'm 23 years old this day.
Alhamdulillah.. ALLAH masih memberi nafas dan kudrat untuk berbakti.
Perlu gunakan segala nikmat dari-NYA untuk menyempurnakan tugas-tugas hidup.
Tidak boleh membazir lagi. Cukup2lah tu.
"..orang yang membazir itu saudara syaitan.." [Al-Isra' : 27 ]
Dahulu suka gunakan ayat di atas utk tegur adik2 yang suka membazir makanan.
Tak sedar yang membazir itu boleh jadi juga pada nikmat ALLAH yang lain2..
Pancaindera, akal, tenaga, masa, bakat, harta, etc...
Hmm..
Tadi belek2 al-Quran..
Saja nak selak ayat 7 : 5 ..
Rasa nak tahu apa ayat yang sama dengan tarikh lahir sendiri nak sampaikan..
Berharap-harap ayat kenikmatan ALLAH.
Berharap-harap ayat yang menyebut golongan yang beriman..
Tapi...
"Maka ketika siksaan KAMI datang menimpa mereka, keluhan mereka tidak lain hanya mengucap " Sesungguhnya kami adalah orang2 yang zalim""
Rasa nak nangis.. T.T
Tragis sungguh ayat 7 : 5 ..
Sesak dada..
Akal mula beroperasi..
Apa agaknya ALLAH nak sampaikan pada diri ini...
Maka,saya pun menyelak2 ayat sebelumnya..
"Ikutlah apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhanmu, dan janganlah kamu ikuti selain DIA sebagai pemimpin/pelindung. Sedikit sekali kamu mengambil peringatan. Berapa banyak dari negeri2 yang telah KAMI binasakan, dan telah datang siksaan KAMI pada malam hari atau pada ketika mereka beristirahat di siang hari.." [ Al-A'raaf : 3-4 ]
Dari tiga ayat ini, kita dapat perhatikan bahawa barangsiapa yang tidak mengikut apa yang diturunkan ALLAH iaitu al-Quran dan Rasul-NYA akan mendapat siksaan ALLAH yang mungkin datang tanpa mengira masa...
Juga sesiapa yang menjadikan selain ALLAH sebagai pemimpin dan pelindung dalam kehidupannya i.e matlamat hidupnya bukan kerana ALLAH, mereka ini juga tidak terlepas dari siksaan ALLAH..
Tidak perlu penat2 memikirkan bentuk siksaan ALLAH..
Yang pasti, ia bukan sesuatu yang ringan..
Perkataan "اتبعوا " adalah fiil amar, diikuti perkataan siksa jika tidak melaksanakan perintah tersebut menunjukkan bahawa perkara ini bukan main2!
Betapa pentingnya mengikut apa yang ALLAH turunkan dari ayat2 al-Quran.
Secara tidak langsung pentingnya untuk memahami ayat2 al-Quran, bukan setakat membacanya tanpa mengetahui apa yang ingin disampaikan ayat tersebut..
Barangsiapa yang telah memulakan langkah awal untuk memahami al-Quran itu, beruntung sungguh mereka..
Tapi, belum cukup lagi dengan hanya memahami.
Anda dan saya perlu beraksi untuk mengamalkannya.
Kerana ikut itu = tiru = buat...
Takpe, kita buat sikit2 tapi istiqamah okey?
Namun, bagi sesiapa yang masih belum membuka langkah, mari kita sama2 berusaha ke arah memahami ayat2 al-Quran..
Bagaimana caranya?
Sungguhlah sesiapa yang sedang berada di bumi Anbiya' itu, anda adalah seperti ikan di lautan yang sangat luas.
Anda hanya perlu menggerakkan ekor anda sedikit dan anda akan dapati terlalu banyak ruang untuk belajar dan memahami al-Quran.
Yang masih belum berkesempatan untuk berada di bumi ilmu sama ada di Malaysia dan diluar Malaysia,
Masih banyak lagi jemaah2 dan persatuan2 Islam yang menawarkan peluang belajar al-Quran.
Anda hanya perlu berani untuk mencuba.
Jangan takut dan jangan bimbang.
Jika anda benar2 berusaha untuk mendapatkan redha-NYA, DIA tidak akan menghampakan harapan anda..
"Dan orang2 yang berjihad untuk (mencari keredhaan) KAMI, KAMI akan tunjukkan mereka jalan2 KAMI. Dan sungguh ALLAH beserta orang2 yang berbuat kebaikan" [ Al-Ankabuut : 69 ]
Kembali kepada ayat 7 : 5 ..
Ayat ini adalah keluhan penyesalan orang yang diazab ALLAH kerana tidak menunaikan perintah-NYA..
"Kami orang2 yang zalim ya ALLAH..
Kami orang2 yang meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
Nikmat2-MU sepatutnya diletakkan untuk ketaatan kepada-MU,
telah kami letakkan untuk tujuan maksiat.." (nauzubillah)
Moga2 kita tidak menjadi golongan ini.
Moga2 kita tersedar sekarang.
Moga2 kita akan memulakan langkah ke arah mendapatkan redha-NYA sekarang.
Jangan bertangguh2..
Takut2 datang siksaan-NYA mendahului taubat kita.
Takut2 mati tanpa sempat kembali kepada-NYA..
Astaghfirullahaladzim...
Astaghfirullah...
Banyak sungguh dosa hamba-MU ini ya ALLAH..
Jika dapat ditimbang, adakah muat bumi ini menanggungnya?
Berat sungguh "hadiah" dari ALLAH di hari lahirku ini.
biru dan bunga.. both complete my day ~ |
2 comments:
pengakuan :
post ini sebenarnya ditulis pada 6 mei 2012 pada jam 10 mlm lebih kurang.
Tarikh diubah supaya sesuai dengan isi..
(mungkin ikut waktu malaysia pun boleh..)
barakallahuu fiik ya ukhti!
salam ulangtahun amal ^^
mg umurmu selepas ini adalah umur yang meluhur dan memebersihkan umurmu sebelum2 ini.....
tergerak utk check ayat 11:8 since its my birthday kan. mashaallah the reminder is almost the same like yours. azab yang datang tidaklah mungkin utk kita dapat mengelaknya.
thanx so much ukhti for the morning reminder. moga2 diampunkan semua dosa kita; yang kita sedar ataupun yang tidak kita sedari...
ps:love the header!! and this one: Living in the contaminated world, our heart needs daily cleansing and purifying..
Post a Comment