Saturday, January 7, 2012

Perang dunia terakhir

Bismillahirrahmanirrahim..
Kerana-MU aku menulis, kepada-MU aku berserah diri.
Moga tulisan ini tidak menjadi fitnah bagiku di negeri yang kekal abadi nanti..
Wallahua'lam

Tahun 2012 sudah menjengahkan dirinya.
Seminggu berada di permulaan tahun yang baru ini agak menakutkan diri ini.
Hanya kerana sedikit kepincangan terjadi dalam mengharungi jalan ini, diri ini tiba-tiba terjelepuk jatuh, liat untuk kembali bangun.

Sesungguhnya berjalan di jalan yang penuh ujian itu amat melelahkan.
Hingga apabila terjatuh, terasa malaaaas sekali untuk bangun semula.
Terus mendudukkan diri. Terus merehatkan diri.
Sedang destinasi masih jauh.
Namun waktu kian berkurang..




Janganlah kerana kedegilan dan kemalasan kita untuk bangkit kembali
menjadikan kita tertinggal kafilah dakwah ini.
Janganlah kerana kita tidak mahu bersusah payah dan berkorban menjadikan kita antara yang tersingkir dari angkatan pejuang-pejuang kebenaran.

Dunia ini sedang giat berperang.
Antara kebenaran dan kebatilan.
Antara kalam Tuhan dan pujukan syaitan.

Takut-takut jika kita tertinggal, kita akan diserang gerombolan pejuang kebatilan.
Lalu tewas dan hancur seluruh kehidupan kita.

Ayuh bangun dan terus berjuang !!
Sama ada kita menang atau mati syahid.
Moga antara satu itu yang menjadi takdir kita.