Saturday, April 28, 2012

"toiyyib"

Bismillahirrahmanirrahim..
Baru hari tu bersemangat nak update blog selalu, 
tapi nampaknya terpaksa ditangguh dan tangguh dan tangguh 
sampai la sekarang ni..
Alhamdulillah ALLAH masih memberi nafas utk terus hidup di muka bumi-NYA.
Cepat sungguh masa berlalu.
Beberapa hari lagi Mei akan tiba.
Usia bertambah, amalan?
Moga-moga hati ini terus kuat utk bermujahadah menambahkan amalan baik.InsyaALLAH..


Alhamdulillah, hari ini ALLAH masih berkehendak menyampaikan ilmu dan hidayah-NYA kepada diri yang kerdil tapi degil ini.
Moga-moga pertambahan itu dapat membantu percambahan diri 
seterusnya tumbuh menjadi tanaman yang mengagumkan petaninya..


Hadith 10 - "TOIYYIB"
Hah? sudah kelam..apa maksudnya ni?
Jom hayati hadith ini dahulu..


Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda : " Sesungguhnya ALLAH itu indah/baik/suci tidak menerima kecuali yang indah/baik/suci..
Dan sesungguhnya ALLAH memerintahkan orang2 mukmin apa-apa yang diperintahkan kepada Rasul-NYA..
Firman ALLAH s.w.t,  ''Wahai para Rasul, makanlah daripada apa2 yang baik dan kerjakanlah amal soleh...'' (al-Mukminun : 51). 
Firman ALLAH lagi,  ''Wahai orang2 yang beriman, makanlah daripada apa2 yg baik yg KAMI kurniakan kepadamu'' (al-Baqarah : 172).
Kemudian Rasulullah menyebut tentang seorang lelaki yg menempuh perjalanan yang jauh hingga rambutnya kusut-masai dan berdebu,dia menadah tangannya ke langit lalu berdoa, ''Wahai Tuhanku..Wahai Tuhanku..'' 
sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan ia kenyang dengan yang haram...Maka bagaimana akan diperkenankan doanya..?"


Dah habis baca? 
Apa yang anda dapat daripada hadith di atas?
Meh brainstorm dulu sebelum meneruskan pembacaan anda.. NO cheating ye..


jom keluarkan isi-isi hadith dalam bentuk point
1.ALLAH hanya menerima dari hamba-NYA apa-apa yang baik/indah/suci sahaja
2.Daie dan mad'u.
3.Pemakanan seorang yang beriman.
4.Doa dan sebab ditolak..


Point pertama
Anda masih ingat kisah Habil dan Qabil 
saat mereka mempersembahkan korban mereka kepada ALLAH?
Siapa yang memberi korban yang terbaik dan siapa yang memberi korban yang buruk?
Siapa pula yang diterima korbannya?
Nah, dari sini ada bukti bahawa ALLAH menerima hanya yang baik sahaja.
Perhatikan surah Faatir : 10
Makanya, amalan kita yang ALLAH akan terima hanyalah yang terbaik sahaja.
Manakala yang tidak baik akan dilemparkan semula kepada kita...
Takut bukan.Berpenat lelah kita beramal mengorbankan masa,wang,tenaga 
tapi di akhirnya ALLAH tidak menerimanya?? Haduiihh... T.T 
*Tekan dada tanda sesak..
Dan apakah ciri-ciri amal yang baik? 
Semestinya yang suci dari riak dan ujub dan dilakukan dengan all out la orang kata. (^.^)


Point kedua
Apa-apa yang ALLAH perintahkan kepada kita, 
telah ALLAH perintahkan Rasul-NYA utk melakukannya sebelum disampaikan kepada kita..
Di sini ada point penting bagi mana-mana individu 
yang telah terjebak di medan dakwah ini.
Sebelum mana kita mengajak orang lain melakukan sesuatu, 
telah sepatutnya diri kita sebati dengannya.
Ya, memang susah..
Tapi jika kita menghayati firman ALLAH dalam surah as-saff : 2-3,
maka hadith ini mempunyai point asas yang sama..
Ada satu persoalan, adakah jika kita masih tidak mempraktikkannya maka kita tidak perlu menyampaikannya?
Anda rasa bagaimana?
Jika anda rasa tidak perlu sampaikan jika belum mempraktikkannya maka anda SALAH..SALAH! teeeettt
Sepatutnya, anda mula mempraktikkan dan mula menyampaikannya. 
Beritahu kepada insan yang anda sampaikan kebenaran itu bahawa anda juga sedang bermujahadah utk mempraktikkannya 
dan mengajak insan itu mempraktikkan sama dan saling men'support' antara satu sama lain.
Resolusi yang adil bukan?


Point ketiga
Melalui 2 firman ALLAH dalam hadith tadi, 
seorang Muslim diperintahkan utk makan makanan yang baik..
Hmm, adakah dalam ayat tersebut ALLAH menyebut kalimah halal? 
Yang ALLAH sebut ialah makanlah dari "toiyyibaat" bukan?
Halal semestinya, namun bukan halal semata-mata.
Makanan itu mestilah yang tidak memudaratkan badan dan minda kita..


Bagaimana saya mahu menulisnya ya?
Hadith ini memperkatakan banyak tentang kalimah "toiyyib".
Bemula dari sifat ALLAH yang 'toiyyib' yang hanya menerima yang 'toiyyib', 
yang menyuruh hamba2-NYA makan makanan yang 'toiyyib' juga.
Seolah-olah ingin memberi mesej bahawa orang beriman itu 
keseluruhan hidupnya mestilah yang 'toiyyib' sahaja.
Tidak kira input atau outputnya.
Jadi, orang yang beriman itu bukanlah orang yang 'clumsy' dalam kehidupannya,
malah mereka ialah antara orang-orang yang sgt2 menjaga kehidupannya.
can i just say a perfectionist?
bukan perfectionist yang mengejar kehidupan dunia, 
tetapi perfectionist yang mencari keredhaan ALLAH.
Perfectionist bukanlah anugerah semata-mata, ia adalah satu latihan.
yup, practices make perfect..isn't it?


So, bermulalah dengan memerhatikan makanan anda 
seperti mana dalam Surah 'Abasa : 24..
Perhatikan sumbernya, perhatikan kesannya- adakah bermanfaat atau memudaratkan, perhatikan amaunnya, etc etc...


Point keempat -
Doa.
Ia adalah hak milik setiap insan..
Tiada sesiapa yang boleh menghalang orang lain dari berdoa 
dan ia bukan eksklusif utk golongan tertentu sahaja.
Kalau jahat tak payah doa, bukannya ALLAH nak perkenankan pun..yeke? 
Nope, doa adalah satu hubungan istimewa Tuhan dan hamba-NYA..
Sesiapa pun boleh berdoa.
Dan natijah doa itu bukanlah terkabul atau tidak terkabul sahaja.
Malah doa itu natijahnya ada 3,
sama ada ALLAH memperkenankannya tidak kira segera atau tertangguh, 
atau ALLAH memberi yang lebih baik daripada yang didoakan, 
atau doanya dapat menggugurkan dosanya..
Jadi berdoalah.Berdoalah.Berdoalah.
Orang-orang yang berdoa akan tahu nikmatnya yang awesome,perasaannya yang cool,kesannya yang superb..
Tak caya, cuba malam ni bangun Qiam dan berdoa sungguh-sungguh.. :)


Berdoalah..
Namun, dari hadith ini antara sebab mengapa doa tertolak ialah,
bila mana orang yang berdoa ini bergelumang dengan perkara haram.
Tersiratnya, mereka yang bergelumang dengan perkara haram 
ialah mereka yang melakukan apa yang ALLAH larang.
Cuba bayangkan anak kita (nauzubillah) sangat suka buat apa yang kita larang 
tapi selalu minta duit dan macam-macam benda dari kita..
Saya tak tahulah kalau ada antara kita yang tak rasa geram, tapi kalau saya...
hmmm sama ada tak nak bagi atau hukum cukup2 sebelum nak bagi apa yang dia minta.hahaha
Nampak tak kaitannya dengan contoh yang saya bagi..(Walillahil matsalul a3laa)
Simplenya begitulah..tapi apa2 pun ALLAH mengetahui yang disebaliknya..wallahua3lam..


Jadi adakah bila kita pernah buat apa yang ALLAH larang, 
doa kita selamanya tidak diperkenankan?
Saudara/i yang ku kasihi,
ALLAH yang MAHA Penyayang itu juga MAHA Pengampun.
kerana itu wujudnya istilah TAUBAT dan ISTIGHFAR..
ALLAH tahu manusia ini pasti akan melakukan kesalahan.
Namun kerana RAHMAH-NYA, ALLAH berkehendak mengampuni dosa-dosa 
bagi mereka yang menyesal dan ingin kembali kepada-NYA..
Usah berputus asa dengan rahmat-NYA..
kerana rahmat-NYA sentiasa ingin terlimpah kepada kita.
Cuma tanyalah hati kita, adakah ruang untuk rahmah dan kasih-NYA??


Wallahua3lam..
Moga ALLAH redha dengan usaha2 kita.
Moga ALLAH memimpin kita dengan petunjuk-NYA.
Moga ALLAH mengampun dosa-dosa kita..



No comments: