Alhamdulillah masih ALLAH beri kesempatan utk terus melakarkan idea di blog ini..
Sampailah saat ini, hampir 3 tahun saya terjebak dalam dunia tarbiyah dan dakwah.
Ya, baru sekejap cuma.
Masih berlari-lari, adakalanya laju..kadang-kadang terjelepuk juga.
Masih cuba utk bangun berdiri setelah terkandas. Masih belajar. Masih mengisi..
Sesungguhnya ini adalah antara nikmat terbesar yang ALLAH beri kepada saya setelah nikmat iman dan Islam.
bulatan gembira adalah satu wasilah DNT |
Saya terjebak bukan kerana mencari populariti bahawa budak-budak usrah baik-baik belaka..
Bukan juga kerana ia satu trend yang mana saya terhegeh-hegeh ingin menyertainya..
Tapi saya menginginkannya kerana ingin mencari apa sebenarnya tujuan diri diciptakan,mencari apa sebenarnya matlamat kehidupan dan bagaimana merealisasikan cita-cita Rabbani.
ALHAMDULILLAH, sedikit sebanyak telah saya temui itu di jalan ini.
Malah, terlampau banyak lagi bonus-bonus lain yang dapat saya kumpul sepanjang melayari bahtera DNT (dakwah n tarbiyah) ini...
Sesungguhnya saya cemburu kepada orang yang berjaya menarik saya ke jalan ini.
Kebaikan yang saya lakukan kerana berjalan di jalan ini, mereka mendapat juga ganjarannya tanpa terkurang sedikit pun..
Tapi, apa kena-mengena tajuk di atas dengan sejarah DNT anda itu? *garu pelipis
Hehe, sabar..itu baru muqaddimah.
Ni baru nak masuk point ni.. ^.^
T n T stand for - "Tilawah dan Tadabbur"..
Part of pengisian dalam usrah atau trend name-nya ialah bulatan gumbira...
Yup, i really luv this part.
Tak sabar-sabar nak tunggu setiap kali usrah.
I like it bila semua orang share khatirah (lintasan hati) masing-masing tentang ayat-ayat yang dipilih.
Saya banyak belajar dari pengisian ini.
Malah, ALLAH juga banyak mengajar saya dengan memberi ilham-ilham yang superb..
Sungguh, jika bukan kerana jalan DNT ini, pasti saya tidak akan dapat belajar sebanyak itu melalui kehidupan dan pengalaman orang lain..
Tambahan pula, kadangkala ayat yang dipilih itu sangat terkesan di hati.
Jika TnT bersendirian, tak perasan pun ayat tu.
Atau memang tak menghayati pun isi-isi tersirat dan kaitannya dengan kehidupan sendiri.
Jadi, memang melalui pengisian ini saya seolah-olah baru sahaja mengerti dan merasai bahawa ayat-ayat Al-Quran itu sangat memahami jiwa manusia tidak kira sebagai hamba ataupun daie...
Ayat-ayat cinta ALLAH kepada kita...
amalkan menghayati ayat-ayat cinta-NYA, bukan sekadar membaca tanpa memahami |
Jadi selepas ini, saya ingin sekali berkongsi ayat-ayat cinta ALLAH itu kepada mereka yang singgah berehat sebentar di blog saya ini..
Walaupun tiada teh dan biskut kering di blog ini, saya masih berharap anda semua mendapat sesuatu yang lebih bermakna di sini..
Saya juga sangat mengalu-alukan pandangan anda, apa-apa yang anda rasa, sesuatu yang anda ingin share-kan di laman komen blog ini..
(okey, ini bukan utk mencari populariti ye..sekadar berkongsi dan belajar bersama-sama..)
Hmm, sebagai teaser utk next post..
(nak pegi kelas dah ni..x sempat nak jot down banyak2...hehe :p)
~Surah As-syura : 36~
Sesiapa ada nak share apa yang dia rasa, silakan..jangan segan-segan eh~
(terasa macam sedang dalam usrah tapi usrah blog..hahaha)
Setakat ini sahaja.
InsyaALLAH jika ALLAH memberi kelapangan, jumpa anda di post seterusnya
(bajet artis kah? nope, bajet naqibah usrah blog..hehe)
No comments:
Post a Comment