Sunday, December 26, 2010

Infaq

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum w.b.t..

Lama juga x update blog ni..
Busy pon xlah..
Mgkn kekeringan idea..
Macam ikan yang kering dalam laut.. (???)

Tadi belek surah Al-baqarah..
The longest surah in Al-Quran..
lalu terjumpalah ayat yang best.
Ayat mengenai INFAQ..
14 ayat sederet..
xcaya buka Al-Quran
2 : 261-274

Biasanya dalam buku teks Medik universiti Kaherah, kalo satu subjek tu panjang huraian dan isinya, maknanya ia penting..
X kisahlah dalam exam atau dalam clinical atau nanti masa da jadi doktor..
Yang pendek x semestinya x penting..
Tapi yang panjang dan banyak page ni biasanya ditekan sket..
Gitulah..Betul kan??

Kalo sesiapa pernah khatam Quran beratus-ratus kali..
Mesti da sedia maklum yang ALLAH selalu sebut antara ciri2 org bertaqwa ialah org yang menginfakkan hartanya ke jalan ALLAH..
even orang yang baru khatam sekali (khatam dgn maknanya sekali) pun akan sedar hakikat ini..

kalo kita nak go through by ayat mesti berjela2 punyalah post ni nanti..
jadi, kite buat summary sedikit la ye..
Best tau ayat2 ni semua..
Baca jangan x baca..

Ayat 261..
Kebaikan bersedekah..
Sebab manusia ni mmg sangat sukekan kebaikan...

Yang kita dapat adalah biji2 kat tangkai tu..

Ada kisah seorang sahabat yang kenalah dengan kebaikan infaq ni..

     Pada waktu Ramadahn, semua umat Islam akan berpuasa spt mana Nabi MUHAMMAD S.A.W. Sudah tiga hari, Ali dan isterinya berbuka puasa dan bersahur hanya dengan air sejuk tanpa makanan di samping suasana padang pasir yang teramat panas.
    Pada hari yang ketiga, mereka amat memerlukan makan untuk berbuka lalu setelah berbincang dengan isterinya, Ali bersetuju untuk menjual baju besinya untuk mendapatkan wang. Setelah berjaya menjual baju besinya, Ali memperoleh sebanyak 6 Riyal( dalam anggaran 6000 pada zaman sekarang) dan berjalan untuk pulang kerumahnya.
    Dalam perjalanan pulang, seorang lelaki tua menyapa Ali lalu memintanya sejumlah wang dengan berkata "Wahai Ali. Aku adalah seorang tua yang lemah dan tidak berdaya. Sudah beberapa hari aku tidak menjamah sebarang makanan untuk berbuka. Ya Ali, Berikanlah aku wang kamu untuk aku mendapatkan makanan di waktu berbuka nanti." ujar lelaki tua tersebut
    Tanpa menunggu lama, Ali menyerahkan sahaja wang sebanyak 6 Riyal tadi kepada lelaki tua itu seikhlas hatinya. Setelah berlalu dan menyambung perjalanan menuju kerumah, Ali masih berkira-kira bagaimanakah dia harus menjawab terhadap isterinya tentang hasil penjualan baju besi tadi. Akhirnya, Ali nekad untuk memberitahu isterinya mengenai hal yang sebenar dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah.
    Sesampainya ke rumah, Ali di datangi oleh seorang lelaki dan memintanya untuk tolong menjual unta lelaki itu. Lelaki itu mahu mendapatkan 100 Riyal dari hasil penjualan unta itu dan untungnya di berikan sepenuhnya kepada Ali. Unta itu berada dalam keadaan baik dan elok. Ali bersetuju dan terus membawa unta itu ke sebuah perkampungan dan tiba-tiba dia di sapa oleh seorang lelaki. Lelaki itu bertanya-tanya samada jika Ali berkira-kira ingin menjual unta itu.
   Lalu Ali menjawab; "Ya. Sememangnya ada seorang lelaki yang meminta aku untuk menolongnya dengan menjual unta ini dan dia memahukan nilai sebanyak 100 Riyal untuk unta ini dan bahagian untungnya di berikan sepenuhnya kepada aku.". Lalu lelaki itu bersetuju dan membeli unta itu sebanyak 160 Riyal. Lalu Ali melakukan urusan jual beli di situ dan membawa pulang wang itu kepada tuannya dan wang sebanya 60 Riyal sebagai untung di perolehinya.
    Selepas itu, Ali berlalu dan terus menuju ke rumah Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda mengenai perkara yang terjadi itu. Lalu Rasulullah bertanya; "Adakah lelaki itu seorang yang tua?" lalu Ali menjawab "Ya, wahai Rasulullah. Lelaki itu merupakan seorang yang tua." jawab Ali. Rasulullah menjawab; "Untuk pengetahuanmu Ali, lelaki tua yang memintamu untuk menjual untanya itu adalah Jibril dan lelaki tua yang membeli unta itu adalah Mikail. Sesungguhnya ini adalah balasan Allah terhadap sedekahmu yang ikhlas tadi. Terimalah sedekah itu kerana ia adalah ganjaran daripada Allah S.W.T."

Haa..tu baru kat dunia..
Kat akhirat nanti mesti lagi byk kan...



Hmm..sambunglah ayat seterusnya next post..
penatla pulak tulis pjg2 ni..

Jangan pernah lelah mencari redha ALLAH ye kawan2..

1 comment:

^_^ said...

like!
jazakillah amal =)

jangan pernah lelah cari redha Allah.