Makan.
Hari-hari kita makan..
Walaupun kita berpuasa, kita berbuka dengan makan..
Apatah lagi jika tidak berpuasa..
Apatah lagi jika 'winter' telah menjelma..
Kita makan dua kali ganda.
Various food making you drooling..huhu~~ |
Kita mesti bersyukur kerana masih dapat makan makanan yang cukup..
Malah terlebih-lebih cukup.
Lazat pula tu..
Mereka2 di Afrika, Afghanistan, Palestin amat susah untuk mendapatkan makanan..
Alhamdulillah, kita mesti berasa sangat2 bersyukur atas segala nikmat-Nya yang sangat luas ini..
Tapi,
Berapa banyak antara kita yang menyahut seruan Ilahi..
"Maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya.."
(Surah 'Abasa : 24)
Berapa ramai yang mempraktikkan ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad ini dalam kehidupan seharian mereka?
Perhatikanlah makanan yang anda semua makan..
Perhatikan bukanlah memerhatikan kesedapan dan kelazatan makanan anda,
Bukan juga setakat memerhatikan berapa banyak kandungan fats, calories, vitamins, bla bla itu semua..
Namun yang lebih penting, perhatikan sumber makanan itu..
Perhatikan sumber KANDUNGAN makanan itu..
Halalkah ia??
Atau haram?
Atau syubhah?
Atau it doesn't matter at all?
Asal perut kenyang, boleh belajar, boleh layan facebook, semua belasah saja.
Yang mana satu pemikiran kita?
" Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram pun jelas. Sedangkan antara keduanya ada yang samar-samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya. Barangsiapa yang menghindari yang samar-samar maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang jatuh ke dalam perkara yang samar-samar maka ia telah jatuh ke dalam perkara yang haram. Seperti pengembala yang berada dekat dengan pagar, dikhuatiri akan masuk kedalamnya....."
(Hadith 6 dari Hadith 40)
Mungkin ramai antara kita yang tahu halal dan haram..
Khinzir itu haram, tidak boleh dimakan..
Haiwan yang mati yang tidak disembelih itu haram, tidak boleh dimakan.
Sayur-sayuran itu halal, ikan halal..buah-buahan juga halal..
Ramai tahu perkara am ini.
Tapi berapa ramai yang tahu makanan syubhat?
Yang rata-ratanya processed food di pasaran.
Makanan ini kebanyakannya mengandungi pelbagai food additive yang sumbernya masih samar-samar.
Berapa ramai antara kita yang betul-betul pasti kehalalan makanan2 ini baru membelinya?
Dan juga berapa ramai yang meninggalkan makanan syubhat yang tidak diketahui sumbernya demi menjaga agamanya?
http://www.guidedways.com/halalfoodguide.php
Bukanlah saya ingin menjadi jumud.
Ini tidak boleh, itu tidak boleh..
Islam tidak jumud.
Islam mudah.
Tetapi Islam tidak boleh dimudah-mudahkan.
Fikirlah, kenapa ALLAH menyuruh kita memerhatikan makanan kita?
Kerana ia bakal menjadi darah daging kita.
Kerana ia akan mempengaruhi hidup seharian kita.
Kita hamba, kita daie, kita khalifah, kita pelajar dan seterusnya.
Anda rasa makanan anda tidak akan mempengaruhi role2 anda ini?
Fikir-fikirkan.
~ Mujahadah melawan nafsu sentiasa tidak mudah. Nafsu berganding bersama syaitan. Dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk menyesatkan manusia. Jadi mengapa kita yang berputus asa? Mereka yang tidak bermujahadah seolah-olah berputus asa terhadap janji Tuhannya. Jadi,jangan jadi lebih hina dari syaitan. Grab a rope to be hold.The best rope, al-Imanu billah (al-Baqarah: 256)~
No comments:
Post a Comment