Bismillahirrahmanirrahim..
Lama dah rasanya xmenjenguk blog ni..
Too many things had happened, and i barely had enough time to kill..(hmm yeah rite!)
That's because, almost the time which is already passed, i used it for sleep.
Sleep so that i can forget all the stressed things.
It was succeed a lil bit,that's is- juz at the moment i closed my two eyes and dreaming whatever i want.
Januari 2011
Banyak perkara baru memasuki ruang hidup.
Round baru.
Rumah baru.
Ahli beit baru.
Surrounding baru.
A new home changes everything.
Teringat sebuah kisah menarik dalam riyadh as-salihin.
Hadith no.20 yang bermaksud :-
Dari Saad bin Malik bin Sinan Al-Khudri r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
Ada seorang pemuda di Yaman yang sebelumnya telah membunuh 99 orang. Pemuda ini bertanya siapakah orang yang paling 'alim di dunia, maka ditunjukkan padanya akan seorang rahib.
Lalu pemuda ini mendatangi rahib tersebut dan berkata, " Sesungguhnya ada seseorang telah membunuh 99 jiwa, maka adakah diterima daripadanya taubat ?"
Jawab rahib: "Tidak". Maka pemuda tersebut pun membunuh rahib itu. Genaplah 100 orang yang dibunuhnya.
Kemudian dia bertanya lagi siapakah yang paling'alim di muka bumi ini, maka ditunjukkan kepadanya seorang 'alim.
Pemuda itu berkata kepada orang 'alim: " Ada seorang pemuda telah membunuh 100 jiwa, maka adakah taubatnya diterima?" Orang 'alim itu berkata: "Ya, apa yang ada untuk menghalangnya daripada taubat? Bertolaklah ke negeri sekian-sekian. Di sana, penduduk2nya mengabdikan diri kepada ALLAH TAALA. Abdikanlah diri kamu kepada ALLAH bersama mereka. Jangan sekali-kali kamu kembali ke negeri kamu yang dulu kerana sesungguhnya ia negeri yang tidak baik."
Maka bertolaklah pemuda tersebut ke negeri yang baru. Di pertengahan jalan, maut menjemputnya. Maka bertengkarlah malaikat Rahmah dan malaikat 'Azab milik siapakah jiwa pemuda tersebut. Berkata Malaikat Rahmah: "Dia datang dalam keadaan bertaubat kepada ALLAH dengan hatinya"
Berkata pula malaikat 'Azab: "Dia tidak pernah melakukan secebis kebaikan pun"
Datanglah Malaikat lain dalam bentuk manusia kepada kedua malaikat tersebut untuk menjadi hakim dan berkata : Ukurlah jarak pemuda ini dari kedua negeri. Negeri mana yang lebih dekat dengannya, maka disitulah kedudukannya.
Maka dikiralah jarak pemuda itu, dan didapati bahawa dia berada lebih dekat dengan negeri yang ditujunya. Maka Malaikat Rahmah pun mengambil ruhnya.
Hadith 3 kitab Riyadh as-salihin:
Dari Aisyah r.a, sabda Nabi s.a.w - Tiada hijrah selepas Pembukaan Kota Mekah, tetapi jihad dan niat. Apabila kamu diminta bersiap sedia (utk bertempur), maka bersiap sedialah.
Ini jihadku.
Jihad meninggalkan kenikmatan duniawi semata2 mencari kebahagian akhirat.
Jihad meninggalkan rumah al-wakeel yang amatlah sangat2 seronok, semata2 ingin memperbaiki diri.
Supaya dekat dengan-NYA.
Supaya cukup potent dan competent dalam menunaikan tanggungjawab dan tujuan penciptaan.
Walau hati berat.
Langkah terasa amat payah.
Dada sesak.
Fikiran bercelaru.
Namun demi redha-NYA, aku gagahi diri.
Aku mesti gagah mengharungi segala halangan.
Kerana apa yang aku idamkan hanya...
MARDHATILLAH!!!
n/k - amat merindui style kak hana, gelaktawa ein, kesengalan aman dan dayah yang suke melayan.. takkan luput memori indah bersama kalian (ececeh..)
kepada ahli beit baru, fighting!
~alamak,xde gambar complete ahli beit al-wakeel..gomme'~
1 comment:
moga jihad kamu menjadi pemberat mizan di akhirat nanti Mal.. ;)
barakallahu fihi
Post a Comment