Tuesday, June 18, 2013

Isu Kita

Bismillahirrahmanirrahim..


Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa dimana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka."

selatan thailand
kepulauan maluku 
rohingya
afghanistan
bosnia
iraq
palestin
syria
Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu? " 
Rasulullah saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. 
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?" 
Rasulullah menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". 
(Riwayat Abu Daud)

Isu paling hangat di waktu sekarang sudah tentu tentang Syria.
Mujahideen yang dilabel pemberontak melawan kerajaan yang zalim.

" Alhamdulillah Malaysia tak jadi macam tu.."

" Hmm tak payah ambil tahu negara orang la. Fikir negara sendiri sudah.."

" Ambil tahu pun boleh buat ape? Bukan boleh buat apa-apa pun.."

" Derma? Sampai ke? Kang masuk poket sendiri je."

Allah Allah..
Mungkinkah kita tergolong antara orang-orang yang berkata seperti di atas?
Mereka yang hanya kisahkan tentang diri sendiri, negara sendiri?
Bukankah setiap Muslim itu saudara kita?
Rupa-rupanya sempadan geografi telah membezakan kita.
Nama negara dan bangsa menjadi alasan untuk tidak ambil kisah dan peduli tentang mereka.
Apatah lagi merasai keperitan mereka. 
Dan meringankan penderitaan mereka? Jauh sekali.

Sedih. Lebih sedih dengan keadaan umat Islam sekarang.
Di mana mereka yang mengaku pengikut Rasulullah?


" Muhammad adalah utusan ALLAH, dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras terhadap orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu melihat mereka rukuk dan sujud mencari kurnia ALLAH dan keredhaan-NYA. Pada wajah mereka tampak tanda-tanda bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti benih yang mengeluarkan tunasnya, kemudian tunas itu semakin kuat lalu menjadi besar dan tegak lurus di atas batangnya. Tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana ALLAH hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). ALLAH janjikan kepada orang-orang beriman dan mengerjakan kebaikan antara mereka ampunan dan pahala yang besar."      [ Al-Fath : 29 ]

Bila seruan untuk memboikot barangan dari syarikat yang menyokong Israel seperti McD, Coca-Cola, Nestle, Loreal dan sebagainya,
berapa ramai antara kita yang benar-benar cakna dan istiqamah melakukannya?

"Aku tak bolehlah. McD dan Coca-Cola tu favorite aku kot."
"Aku tak boleh makan selain dari produk Nestle. Rasa kurang umphh"
"Kalau bukan Loreal, habislah kulit mulus aku nanti.."

Akhirnya, selera dan kepentingan diri kita melebihi rasa simpati kita kepada saudara seIslam kita..
Kita lebih sanggup melihat saudara seIslam kita terkorban berbanding mengorbankan keinginan kita.
Cinta dunia? Inilah dia.

Namun bila diajak untuk menginfaqkan sedikit harta kita untuk menolong mereka,
tanda kasih sayang kita kepada mereka,
kita merasa amat berat..

" Aduh, aku nak beli iPad mini ni.."
" Aku tak de duit.." ( padahal hari-hari makan mewah..)
" Takut tak sampailah duit ni kat mereka.."

Jikalau difikirkan logik, banyak manalah memboikot dan menderma seringgit dua ni dapat menolong umat Islam yang tertindas di seluruh dunia..
Namun, bukan itu yang kita cari atas usaha-usaha kita.
Boikot dan infaq itu tanda kita bersama umat Islam.
Tanda kita cakna keadaan mereka.
Tanda kita merasa bersama penderitaan mereka.
Tanda kita sayang mereka.
Selebihnya kita serahkan kepada ALLAH.
ALLAH sahaja yang boleh menolong mereka.
ALLAH sahaja yang dapat melindungi mereka.
Kita cuma perlu tunaikan hak kita kepada mereka sebagai seorang saudara!


" Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri"    [ Hadith 13 dari Matan Arbaien ]

Ayuh!
Usahakan semampu kita.
Infaq.
Boikot.
Tanamkan kesedaran kepada orang ramai.
Doa.



Jangan perkecilkan kuasa doa walaupun hanya itu sahaja yang kita boleh lakukan.

Last but not least,
Marilah bersama-sama membuang sifat wahan dari diri kita.
Dunia hanya sementara.
Sediakanlah bekalan untuk akhirat sana.

Wallahua'lam.









No comments: