Setiap dari kita pasti mempunyai kerisauan tersendiri.
Pelajaran - Bolehkah aku lulus dalam peperiksaan ini dan naik tahun? Boleh ingatkah aku
semua yang telah aku pelajari beberapa tahun ini? Sesuai ke bidang yang aku
pilih ni dengan aku?
Perkahwinan - Bila agaknya aku akan berkahwin? Cukupkah duit untuk kenduri ni? Akan
bahagiakah aku? Betul ke pilihan aku ini?
Keluarga - Bagaimana mahu bahagiakan keluarga? Apa perancangan aku untuk mereka?
Pekerjaan - Ada kerja kosong lagi yang sesuai untuk aku? Mampu ke aku "survive" dalam
kerja ini?
Tarbiyah - Akankah aku tsabat? Terbinakah aku dan anak-anak usrah? Boleh ke aku
tinggalkan jahiliyyah ini? Kuatkah aku untuk terus berdakwah?
Kehidupan - Berjayakah aku dalam hidup? Atau sia-sia sahaja usia yang telah berlalu?
Cukupkah duit aku ini? Bagaimana mahu selesaikan masalah-masalah ini? Apa
rupa masa depan aku agak-agaknya?
Inche Risau |
Jika ingin disenaraikan semua kerisauan yang ada di dunia ini, alamat tak cukup muka lah untuk disenaraikan..
Acapkali kerisauan kita terlampau berlebihan sehingga merencatkan perjalanan hidup kita.
Seringkali juga pada musim peperiksaan kita mengabaikan pelbagai tanggungjawab kita semata-mata untuk mengulangkaji pelajaran dek kerana kerisauan kita yang tak bertempat.
Hak insan lain tidak terjaga, yang penting diri kita.
Betapa di musim peperiksaan ini kita dapat melihat sikap pentingkan diri sendiri yang selama ini mungkin bersembunyi dalam diri..
Lain halnya dengan isu perkahwinan. Ada yang risau tidak berkahwin, mula berjinak-jinak untuk berbaik-baik dengan berlawanan jantina.
Bergurau senda secara realiti atau maya.
Merasakan mungkin itulah caranya jodoh akan datang.
huu pedass sungguh ini~~
Dua contoh ini sangat sinonim dengan kehidupan kita bukan?
Adakah kita terlalu memandang kepada natijah hidup dunia?
Di mana kedudukan keberkatan Ilahi dalam hidup kita?
Benarkah neraca yang kita guna dalam menimbangtara pilihan hidup kita?
Kawan-kawan,
" ...Katakanlah, "Cukuplah ALLAH bagiku. Kepada-NYAlah orang-orang yang bertawakkal berserah diri.."" [ Az-Zumar : 38]Be cool.
Tarik nafas.
ALLAH sentiasa bersama dengan kita untuk menurunkan pertolongan-NYA..
" Dan janganlah engkau tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka sebagai BUNGA kehidupan dunia, agar Kami uji mereka dengan kesenangan itu. KURNIA Tuhanmu lebih baik dan lebih kekal.." [ Taha : 131 ]
Pencapaian dunia itu sementara sifatnya seperti bunga yang akan layu selepas beberapa ketika.
Pencapaian di akhirat lebih baik dan lebih kekal..
Bukanlah saya ingin mengatakan yang kita perlu melepaskan dunia keseluruhannya.
Sedangkan ALLAH juga menyuruh supaya berusaha untuk kehidupan dunia.
" Dan carilah pahala negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan ALLAH kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah sebagaimana ALLAH telah berbuat baik kepadamu. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh ALLAH tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.." [ Al-Qasas : 77]
Apa yang ingin saya sampaikan ialah, dalam kita ingin mencapai matlamat kita, gunakan cara yang selari dengan neraca Ilahi.
Dan sudah tentu, matlamat kita juga mestilah selari dengan neraca Ilahi juga.
Persetankan bisikan-bisikan yang mengajak kita jauh dari nilai yang sepatutnya kita tanam dalam diri. Nilai Islam.
Sewaktu musim peperiksaan, jagalah hak-hak insan sekeliling.
InsyaALLAH ada berkatnya. Mungkin di situ sebab untuk ALLAH menurunkan pertolongan-NYA dari arah yang tak tersangka.
Tak salah untuk bersungguh-sungguh. Malah itulah yang dituntut..
Cuma jangan kunci mood anda kepada " silently selfish".
Tak salah juga jika anda wanita dan membuat langkah pertama dalam mencari pasangan.
Apatah lagi jejaka.
Cuma gunalah laluan mencari jodoh yang betul.
Jika jodoh masih belum sampai, walau kita lakukan dengan cara yang salah sekalipun, tidak akan datang si dia.
Jadi, usah bazir tenaga kita pada perkara yang merosakkan hati kita.
Perbaiki mana yang masih lompong, dan bertawakkallah kepada ALLAH.
InsyaALLAH yang terbaik sahaja yang ALLAH janjikan kepada kita jika benar kita menjaga batasnya.
Dan ingatlah, kebahagiaan rumahtangga terletak pada keberkatan Ilahi.
Keberkatan dalam rumahtangga bermula dari awal perhubungan.
Dan kebahagiaan itu bukanlah semata-mata anda suka dia, dia suka anda.
It's a long way to go.
Murah rezeki, zuriat soleh serta hubungan kekeluargaan yang harmoni..
Jika anda telah memulakan rumahtangga anda dengan cara yang anda rasakan kurang keberkatan Ilahi, jangan risau..
Beristighfarlah dan mulalah menghiasi rumahtangga anda dengan cahaya Rabbani :)
Semoga kebahagiaan rumahtangga dapat dicapai kelak biiznillah...
Kesimpulan dari post ini,
Jangan biarkan kerisauan kita menyebabkan kita lari dari neraca Ilahi.
Matlamat tidak menghalalkan cara.
Usahakan supaya setiap cara yang kita gunakan diredhai Ilahi.
Hisab kita bukan bergantung kepada apa yang kita capai di dunia, tapi bergantung kepada apa yang kita BUAT.
So, behave!
" Dan katakanlah, " Bekerjalah kamu, maka ALLAH akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-NYA dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-NYA kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." [ At-Taubah : 105 ]
Semoga peringatan ini berguna untuk saya dan anda semua.
Peace (^.^)v
Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment