Monday, June 3, 2013

Cermin diri tu!

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada suatu masa dahulu, ada seorang gadis yang merasakan dirinya rupawan.
Yang peliknya, tidak pernah sekalipun gadis ini melihat rupanya di cermin.

Seketika kemudian, raja negeri tempat gadis ini menetap ingin mengadakan pemilihan isteri bagi anakanda kesayangan baginda.
Berita telah diwartakan ke seluruh pelusuk negeri.
Apabila gadis ini mendengar sahaja berita ini, terus beliau mengambil keputusan untuk menyertai pemilihan tersebut..


perkahwinan di raja la sangat~
Pada hari kejadian, ketika mana raja turun bersemayam di singgahsananya, mata sang raja tertumpu pada gadis ini.
Lalu dipanggilnya si gadis.


Titah raja, "Bagaimana keyakinan kamu untuk pemilihan kali ini? Kamu yakin terpilih?"

Jawab si gadis, " Sudah tentu patik akan terpilih. Patik memiliki kulit yang cantik dan mulus. Rambut patik ikal mayang selembut sutera. Ditambah perhiasan yang dipakai patik ini, sudah tentu menambahkan kejelitaan patik yang sedia ada."

" Sebelum kamu menjejakkan kaki di sini, sudahkan kamu mencermin diri kamu?" tanya raja.
Si gadis tersipu-sipu.

" Tidak sekali pun patik melihat rupa patik di cermin tuanku. Mengapakah tuanku?"

!
?



"Jadi, dari manakah kamu mendapat pemikiran akan kecantikan kamu? Pelik sungguh kamu ini! Mamanda menteri, bawakan cermin tuan puteri ke mari!"
Lalu, menteri tersebut membawa masuk cermin tuan puteri yang tinggi dan lebarnya lebih kurang 2 meter.

Kata sang raja, " Lihat wajahmu di cermin itu.Lalu khabarkan pada beta apa yang kamu lihat."


Si gadis pun melihat rupanya di cermin buat pertama kali.
"Duh! Siapa gerangan ini?!"
Terkejut si gadis melihat kelibat dirinya sendiri di cermin.
Rambutnya menggerbang.
Badannya kembang.
Perhiasan mukanya comot sekali.
Parut jerawat di sana sini.
***


Sudah tentu, ini cerita rekaan.
Tapi mari kita ambil ibrah dari cerita ini.
Sangat simple.


Kita mahu masuk syurga bukan?
Syurga yang penuh dengan nikmat-nikmat yang sangat mengasyikkan..
Tapi pernahkah kita mencermin amalan diri kita?
Amalan yang memungkinkan kita terpilih menjadi hamba-NYA yang memasuki syurga.
Bukan setakat amalan badan, malah amalan hati juga.


Atau, kita hanya merasa-rasa kita layak kot masuk syurga ni..
Walau tidak pernah memuhasabah diri.
Aduh, ini sudah tentu gawat.
Seperti si gadis tadi.
Perlukah pertama kali kita memuhasabah diri adalah ketika buku amalan kita dibentangkan?
Dan bila melihat buku amalan, tiba-tiba hanya kekecewaan yang meliputi diri?
Na'uzubillah..


Bagaimana mahu mencermin amalan diri?
Muhasabah diri.
Mutabaah amal.
Ketenangan hati.
Keadaan diri ketika bersendirian.
Minta pendapat teman seperjuangan.



Eh! cermin ni kecik sangat...
Bila kita melihat cermin, kita pasti dapat melihat keadaan diri kita.
Flawless. Or with many flaws.

Bergembiralah bagi mereka yang tiada kelompongan amal dalam diri mereka zahir atau batin.
Keep it up!

Bagi yang melihat banyak ketidaksempurnaan, jangan risau..
Sedangkan muka pun boleh touch up dengan foundation- BB cream - eyeliner eyeshadow la bagai semua2 tu, apatah lagi amalan diri.
Istighfar.
Tambah amal kebaikan.
Tolong kawan-kawan.
Buat dakwah.
Dan macam-macam lagi.



" Dan bersegeralah  kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang yang berinfaq, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain. Dan ALLAH mencintai orang yang berbuat kebaikan, dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mengingat ALLAH lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya. Dan siapa yang dapat mengampuni dosa-dosa selain ALLAH? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu sedang mereka mengetahui. Balasan mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal." [ Ali-Imran : 133-136 ]

So kawan-kawan,
Mari cermin diri!
Dan perbaiki diri juga..
Moga kita semua layak ke syurga-NYA insyaALLAH...

Wallahua'lam



No comments: