Tuesday, June 18, 2013

Isu Kita

Bismillahirrahmanirrahim..


Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa dimana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka."

selatan thailand
kepulauan maluku 
rohingya
afghanistan
bosnia
iraq
palestin
syria
Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu? " 
Rasulullah saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. 
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?" 
Rasulullah menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". 
(Riwayat Abu Daud)

Isu paling hangat di waktu sekarang sudah tentu tentang Syria.
Mujahideen yang dilabel pemberontak melawan kerajaan yang zalim.

" Alhamdulillah Malaysia tak jadi macam tu.."

" Hmm tak payah ambil tahu negara orang la. Fikir negara sendiri sudah.."

" Ambil tahu pun boleh buat ape? Bukan boleh buat apa-apa pun.."

" Derma? Sampai ke? Kang masuk poket sendiri je."

Allah Allah..
Mungkinkah kita tergolong antara orang-orang yang berkata seperti di atas?
Mereka yang hanya kisahkan tentang diri sendiri, negara sendiri?
Bukankah setiap Muslim itu saudara kita?
Rupa-rupanya sempadan geografi telah membezakan kita.
Nama negara dan bangsa menjadi alasan untuk tidak ambil kisah dan peduli tentang mereka.
Apatah lagi merasai keperitan mereka. 
Dan meringankan penderitaan mereka? Jauh sekali.

Sedih. Lebih sedih dengan keadaan umat Islam sekarang.
Di mana mereka yang mengaku pengikut Rasulullah?


" Muhammad adalah utusan ALLAH, dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras terhadap orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu melihat mereka rukuk dan sujud mencari kurnia ALLAH dan keredhaan-NYA. Pada wajah mereka tampak tanda-tanda bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti benih yang mengeluarkan tunasnya, kemudian tunas itu semakin kuat lalu menjadi besar dan tegak lurus di atas batangnya. Tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana ALLAH hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). ALLAH janjikan kepada orang-orang beriman dan mengerjakan kebaikan antara mereka ampunan dan pahala yang besar."      [ Al-Fath : 29 ]

Bila seruan untuk memboikot barangan dari syarikat yang menyokong Israel seperti McD, Coca-Cola, Nestle, Loreal dan sebagainya,
berapa ramai antara kita yang benar-benar cakna dan istiqamah melakukannya?

"Aku tak bolehlah. McD dan Coca-Cola tu favorite aku kot."
"Aku tak boleh makan selain dari produk Nestle. Rasa kurang umphh"
"Kalau bukan Loreal, habislah kulit mulus aku nanti.."

Akhirnya, selera dan kepentingan diri kita melebihi rasa simpati kita kepada saudara seIslam kita..
Kita lebih sanggup melihat saudara seIslam kita terkorban berbanding mengorbankan keinginan kita.
Cinta dunia? Inilah dia.

Namun bila diajak untuk menginfaqkan sedikit harta kita untuk menolong mereka,
tanda kasih sayang kita kepada mereka,
kita merasa amat berat..

" Aduh, aku nak beli iPad mini ni.."
" Aku tak de duit.." ( padahal hari-hari makan mewah..)
" Takut tak sampailah duit ni kat mereka.."

Jikalau difikirkan logik, banyak manalah memboikot dan menderma seringgit dua ni dapat menolong umat Islam yang tertindas di seluruh dunia..
Namun, bukan itu yang kita cari atas usaha-usaha kita.
Boikot dan infaq itu tanda kita bersama umat Islam.
Tanda kita cakna keadaan mereka.
Tanda kita merasa bersama penderitaan mereka.
Tanda kita sayang mereka.
Selebihnya kita serahkan kepada ALLAH.
ALLAH sahaja yang boleh menolong mereka.
ALLAH sahaja yang dapat melindungi mereka.
Kita cuma perlu tunaikan hak kita kepada mereka sebagai seorang saudara!


" Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri"    [ Hadith 13 dari Matan Arbaien ]

Ayuh!
Usahakan semampu kita.
Infaq.
Boikot.
Tanamkan kesedaran kepada orang ramai.
Doa.



Jangan perkecilkan kuasa doa walaupun hanya itu sahaja yang kita boleh lakukan.

Last but not least,
Marilah bersama-sama membuang sifat wahan dari diri kita.
Dunia hanya sementara.
Sediakanlah bekalan untuk akhirat sana.

Wallahua'lam.









Sunday, June 9, 2013

Panaskah?

Bismillahirrahmanirrahim..

Panas. Peluh di dahi di kesat.
44 darjah Celcius memang mencabar ketahanan diri.
Teringat kata-kata seorang teman
" Ini baru panas di dunia, belum lagi panas neraka.."
Sentap.


"Mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya.."  [ An-Naba' : 24 ]

Air sejuk diteguk. Sedikit lega..


".... dan mereka tidak pula mendapat minuman." [ An-Naba' : 24 ]
"... Mereka mendapat minuman dari air yang mendidih..." [ Al-An'aam : 70 ]
".. dan dia akan diberi minuman dari air nanah.." [ Ibrahim : 16 ]

Air nanah.. Bluwekk~
Siapa yang sanggup menghirup air ini?
Nauzubillah..
Sentap dua-tiga-empat kali..
Aduh. Seksa sungguh ahli neraka.
Sudahlah panas berganda-ganda-ganda dari cuaca kebelakangan ini,
minuman pula yang memeritkan tekak menambah azab yang sedia ada...


" Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai ( dengan dunia ), berpaling ( dari akhirat )."              [ Al-Anbiya' : 1 ]

Allah.. 
Amalan apa yang bisa ku bawa supaya terhindar dari neraka-MU?
Allah..
Bekalan apa yang harus ku sediakan agar terselamat dari seksaan dan azab-MU?


"... Bawalah bekal, seseungguhnya sebaik-baik bekal adalah TAQWA.. Dan bertaqwalah kepada-KU wahai orang-orang yang mempunyai akal yang sihat.."       [ Al-Baqarah : 197 ]

Apakah bekalan taqwa itu?
1. Mengimani 6 rukun iman dengan sebenar-benarnya - Beriman kepada ALLAH, malaikat, kitab-kitab, Rasul-rasul, hari akhirat dan Qadar Qadha'.
2. Bersungguh-sungguh beramal dengan rukun Islam, terutamanya ,menjaga solat fardhu.
3. Menginfaqkan sebahagian rezeki yang telah dikurniakan ALLAH
4. Sabar dengan ujian, menahan marah dan memaafkan kesalahan orang lain.
5. Menepati janji dan berbuat kebaikan
6. Istighfar dan bertaubat

Al-Baqarah : 2-5
Al-Baqarah : 177
Ali-Imran : 15-17
    Ali-Imran : 133-135 

Mereka yang telahpun memulakan langkah mengejar taqwa ini, teruskan langkahan anda.
Usah berpatah ke belakang.
Namun, bagi mereka yang masih belum memulakan langkah,
Mulakanlah langkahan pertama anda.
Jangan tergesa-gesa untuk terus berlari.
Sedikit-sedikit tidak mengapa.
Asalkan azam kita mahu terus melangkah.

Bagaimana mahu bermula?
Mulakan dengan hati anda. :)
Tanamkan keinginan untuk betul-betul kembali kepada ALLAH.
Langkah seterusnya, perbaiki solat fardhu anda.
Dan langkahan berikutnya mengikut kemampuan anda..

Sekali lagi saya tekankan, tidak mengapa sedikit-sedikit.
Asal berterusan.
Jangan pula stagnant.
Kita mahu terselamat dari neraka bukan?
Dan kita mahu masuk ke dalam syurga-NYA bukan?
Bersabarlah menyediakan bekalan ini.



Wallahua'lam.


Monday, June 3, 2013

Cermin diri tu!

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada suatu masa dahulu, ada seorang gadis yang merasakan dirinya rupawan.
Yang peliknya, tidak pernah sekalipun gadis ini melihat rupanya di cermin.

Seketika kemudian, raja negeri tempat gadis ini menetap ingin mengadakan pemilihan isteri bagi anakanda kesayangan baginda.
Berita telah diwartakan ke seluruh pelusuk negeri.
Apabila gadis ini mendengar sahaja berita ini, terus beliau mengambil keputusan untuk menyertai pemilihan tersebut..


perkahwinan di raja la sangat~
Pada hari kejadian, ketika mana raja turun bersemayam di singgahsananya, mata sang raja tertumpu pada gadis ini.
Lalu dipanggilnya si gadis.


Titah raja, "Bagaimana keyakinan kamu untuk pemilihan kali ini? Kamu yakin terpilih?"

Jawab si gadis, " Sudah tentu patik akan terpilih. Patik memiliki kulit yang cantik dan mulus. Rambut patik ikal mayang selembut sutera. Ditambah perhiasan yang dipakai patik ini, sudah tentu menambahkan kejelitaan patik yang sedia ada."

" Sebelum kamu menjejakkan kaki di sini, sudahkan kamu mencermin diri kamu?" tanya raja.
Si gadis tersipu-sipu.

" Tidak sekali pun patik melihat rupa patik di cermin tuanku. Mengapakah tuanku?"

!
?



"Jadi, dari manakah kamu mendapat pemikiran akan kecantikan kamu? Pelik sungguh kamu ini! Mamanda menteri, bawakan cermin tuan puteri ke mari!"
Lalu, menteri tersebut membawa masuk cermin tuan puteri yang tinggi dan lebarnya lebih kurang 2 meter.

Kata sang raja, " Lihat wajahmu di cermin itu.Lalu khabarkan pada beta apa yang kamu lihat."


Si gadis pun melihat rupanya di cermin buat pertama kali.
"Duh! Siapa gerangan ini?!"
Terkejut si gadis melihat kelibat dirinya sendiri di cermin.
Rambutnya menggerbang.
Badannya kembang.
Perhiasan mukanya comot sekali.
Parut jerawat di sana sini.
***


Sudah tentu, ini cerita rekaan.
Tapi mari kita ambil ibrah dari cerita ini.
Sangat simple.


Kita mahu masuk syurga bukan?
Syurga yang penuh dengan nikmat-nikmat yang sangat mengasyikkan..
Tapi pernahkah kita mencermin amalan diri kita?
Amalan yang memungkinkan kita terpilih menjadi hamba-NYA yang memasuki syurga.
Bukan setakat amalan badan, malah amalan hati juga.


Atau, kita hanya merasa-rasa kita layak kot masuk syurga ni..
Walau tidak pernah memuhasabah diri.
Aduh, ini sudah tentu gawat.
Seperti si gadis tadi.
Perlukah pertama kali kita memuhasabah diri adalah ketika buku amalan kita dibentangkan?
Dan bila melihat buku amalan, tiba-tiba hanya kekecewaan yang meliputi diri?
Na'uzubillah..


Bagaimana mahu mencermin amalan diri?
Muhasabah diri.
Mutabaah amal.
Ketenangan hati.
Keadaan diri ketika bersendirian.
Minta pendapat teman seperjuangan.



Eh! cermin ni kecik sangat...
Bila kita melihat cermin, kita pasti dapat melihat keadaan diri kita.
Flawless. Or with many flaws.

Bergembiralah bagi mereka yang tiada kelompongan amal dalam diri mereka zahir atau batin.
Keep it up!

Bagi yang melihat banyak ketidaksempurnaan, jangan risau..
Sedangkan muka pun boleh touch up dengan foundation- BB cream - eyeliner eyeshadow la bagai semua2 tu, apatah lagi amalan diri.
Istighfar.
Tambah amal kebaikan.
Tolong kawan-kawan.
Buat dakwah.
Dan macam-macam lagi.



" Dan bersegeralah  kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang yang berinfaq, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain. Dan ALLAH mencintai orang yang berbuat kebaikan, dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mengingat ALLAH lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya. Dan siapa yang dapat mengampuni dosa-dosa selain ALLAH? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu sedang mereka mengetahui. Balasan mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal." [ Ali-Imran : 133-136 ]

So kawan-kawan,
Mari cermin diri!
Dan perbaiki diri juga..
Moga kita semua layak ke syurga-NYA insyaALLAH...

Wallahua'lam



Sunday, June 2, 2013

Risau

Bismillahirrahmanirrahim..

Setiap dari kita pasti mempunyai kerisauan tersendiri.

Pelajaran        - Bolehkah aku lulus dalam peperiksaan ini dan naik tahun? Boleh ingatkah aku 
                        semua yang telah aku pelajari beberapa tahun ini? Sesuai ke bidang yang aku 
                        pilih ni dengan aku?

Perkahwinan  - Bila agaknya aku akan berkahwin? Cukupkah duit untuk kenduri ni? Akan 
                        bahagiakah aku? Betul ke pilihan aku ini? 

Keluarga        - Bagaimana mahu bahagiakan keluarga? Apa perancangan aku untuk mereka?

Pekerjaan      - Ada kerja kosong lagi yang sesuai untuk aku? Mampu ke aku "survive" dalam  
                        kerja ini? 

Tarbiyah        - Akankah aku tsabat? Terbinakah aku dan anak-anak usrah? Boleh ke aku 
                        tinggalkan jahiliyyah ini? Kuatkah aku untuk terus berdakwah?

Kehidupan     - Berjayakah aku dalam hidup? Atau sia-sia sahaja usia yang telah berlalu?
                        Cukupkah duit aku ini? Bagaimana mahu selesaikan masalah-masalah ini? Apa 
                        rupa masa depan aku agak-agaknya?


Inche Risau

Jika ingin disenaraikan semua kerisauan yang ada di dunia ini, alamat tak cukup muka lah untuk disenaraikan..

Acapkali kerisauan kita terlampau berlebihan sehingga merencatkan perjalanan hidup kita.

Seringkali juga pada musim peperiksaan kita mengabaikan pelbagai tanggungjawab kita semata-mata untuk mengulangkaji pelajaran dek kerana kerisauan kita yang tak bertempat.
Hak insan lain tidak terjaga, yang penting diri kita.
Betapa di musim peperiksaan ini kita dapat melihat sikap pentingkan diri sendiri yang selama ini mungkin bersembunyi dalam diri..




Lain halnya dengan isu perkahwinan. Ada yang risau tidak berkahwin, mula berjinak-jinak untuk berbaik-baik dengan berlawanan jantina.
Bergurau senda secara realiti atau maya.
Merasakan mungkin itulah caranya jodoh akan datang.




huu pedass sungguh ini~~


Dua contoh ini sangat sinonim dengan kehidupan kita bukan?
Adakah kita terlalu memandang kepada natijah hidup dunia?
Di mana kedudukan keberkatan Ilahi dalam hidup kita?
Benarkah neraca yang kita guna dalam menimbangtara pilihan hidup kita?

Kawan-kawan,
" ...Katakanlah, "Cukuplah ALLAH bagiku. Kepada-NYAlah orang-orang yang bertawakkal berserah diri..""   [ Az-Zumar : 38]
Be cool.
Tarik nafas.
ALLAH sentiasa bersama dengan kita untuk menurunkan pertolongan-NYA..
" Dan janganlah engkau tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka sebagai BUNGA kehidupan dunia, agar Kami uji mereka dengan kesenangan itu. KURNIA Tuhanmu lebih baik dan lebih kekal.."    [ Taha : 131 ]

Pencapaian dunia itu sementara sifatnya seperti bunga yang akan layu selepas beberapa ketika.
Pencapaian di akhirat lebih baik dan lebih kekal..

Bukanlah saya ingin mengatakan yang kita perlu melepaskan dunia keseluruhannya.
Sedangkan ALLAH juga menyuruh supaya berusaha untuk kehidupan dunia.
" Dan carilah pahala negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan ALLAH kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah sebagaimana ALLAH telah berbuat baik kepadamu. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh ALLAH tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.."        [ Al-Qasas : 77] 

Apa yang ingin saya sampaikan ialah, dalam kita ingin mencapai matlamat kita, gunakan cara yang selari dengan neraca Ilahi.
Dan sudah tentu, matlamat kita juga mestilah selari dengan neraca Ilahi juga.
Persetankan bisikan-bisikan yang mengajak kita jauh dari nilai yang sepatutnya kita tanam dalam diri. Nilai Islam.

Sewaktu musim peperiksaan, jagalah hak-hak insan sekeliling.
InsyaALLAH ada berkatnya. Mungkin di situ sebab untuk ALLAH menurunkan pertolongan-NYA dari arah yang tak tersangka.
Tak salah untuk bersungguh-sungguh. Malah itulah yang dituntut..
Cuma jangan kunci mood anda kepada " silently selfish".

Tak salah juga jika anda wanita dan membuat langkah pertama dalam mencari pasangan.
Apatah lagi jejaka.
Cuma gunalah laluan mencari jodoh yang betul. 
Jika jodoh masih belum sampai, walau kita lakukan dengan cara yang salah sekalipun, tidak akan datang si dia.
Jadi, usah bazir tenaga kita pada perkara yang merosakkan hati kita.
Perbaiki mana yang masih lompong, dan bertawakkallah kepada ALLAH.
InsyaALLAH yang terbaik sahaja yang ALLAH janjikan kepada kita jika benar kita menjaga batasnya.

Dan ingatlah, kebahagiaan rumahtangga terletak pada keberkatan Ilahi.
Keberkatan dalam rumahtangga bermula dari awal perhubungan.
Dan kebahagiaan itu bukanlah semata-mata anda suka dia, dia suka anda.
It's a long way to go.
Murah rezeki, zuriat soleh serta hubungan kekeluargaan yang harmoni..

Jika anda telah memulakan rumahtangga anda dengan cara yang anda rasakan kurang keberkatan Ilahi, jangan risau..
Beristighfarlah dan mulalah menghiasi rumahtangga anda dengan cahaya Rabbani :)
Semoga kebahagiaan rumahtangga dapat dicapai kelak biiznillah...

Kesimpulan dari post ini,
Jangan biarkan kerisauan kita menyebabkan kita lari dari neraca Ilahi.
Matlamat tidak menghalalkan cara.
Usahakan supaya setiap cara yang kita gunakan diredhai Ilahi.
Hisab kita bukan bergantung kepada apa yang kita capai di dunia, tapi bergantung kepada apa yang kita BUAT.
So, behave!

" Dan katakanlah, " Bekerjalah kamu, maka ALLAH akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-NYA dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-NYA kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan."                [ At-Taubah : 105 ]




Semoga peringatan ini berguna untuk saya dan anda semua.
Peace (^.^)v


Wallahua'lam..