Sebulan saja lagi.
Peperiksaan akhir untuk menentukan layakkah aku menjadi doktor.
Bersedia?
Pasti bohong jika aku kata sudah.
Aku masih berusaha semampu aku.
Tulisan ini aku karang selepas aku tidak mampu menahan diri lagi.
Tidak mampu menahan dari asyik mengadap buku medik.
Jadi, hari ini biar aku kongsi sedikit cerita aku.
Cerita yang bukan cerita.
Sebelum tu, maafkan cara aku menulis entri kali ini.
Aku terasa nak buat entri yang cool. hehe.
keep on going. |
Aku selalu doa,
"Ya ALLAH, redhailah aku..."
Tapi sebenarnya bila aku kaitkan dengan kehidupan aku yang penuh dengan kejahatan dan kemaksiatan ini, aku jadi tertanya-tanya.
Amal, betul kau nak ALLAH redha hidup kau yang penuh dengan perbuatan maksiat?
Betul ke kau nak ALLAH redha kau yang selalu lupakan dia dan buat larangan-NYA?
Tak ke pelik permintaan kau ni?
Eh. Maksudnya, tak pelik ke kau minta perkara yang macam berdosa?
Serupa macam kau jadi pekerja yang buat kerja cincai-boncai,
lepas tu cakap kat bos, "Bos, terimalah kerja saya ya. Dan gaji tu kasi up sikit bos."
Kau rasa kau layak dapat bonus ke dapat penangan bos?
Fikirlah sendiri.
"kerja teruk macam ni nak minta bonus? ada yang terbang juga nanti..." |
Bunyinya begini:-
"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-NYA. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurga-KU.." [ Surah Al-Fajr : 27-30]
Siapa pula pemilik hati tenang yang redha dan diredhai ALLAH?
"... Bukankah dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang?" [ Surah Ar-Ra'd :28 ]
Kesimpulan yang aku dapat dari ayat-ayat ini ialah,
kalau betul kau nak ALLAH redha kau dan hidup kau, kau mestilah mempunyai hati yang tenang.
Doa itu perlu tapi usaha pun kena buat juga.
Jadi mengikut kitaran yang telah disebut di atas, nak dapat redha ALLAH kenalah ada hati yang tenang.
Nak dapat hati yang tenang kenalah berterusan ingat ALLAH.
Kalau kau selalu ingat ALLAH, mestilah bila kau nak buat maksiat tu kau teragak-agak kan?
Jadi ingat ALLAH juga cara untuk tak buat maksiat. T.T
Inilah usaha yang kita semua perlu buat.
Bila ALLAH dah redha kau dan kehidupan kau, masa tu baru kau diiktiraf jadi hamba-NYA.
Walaupun di dunia pangkat hamba ni orang pandang lekeh dan hina,
tapi hamba di sisi ALLAH adalah satu pangkat yang tinggi.
Bila kau dah diiktiraf jadi hamba, masa tu baru kau boleh masuk syurga.
Kau ingat senang nak masuk syurga?
Amalan 500 tahun pun tak gerenti lagi kau layak masuk,
apatah lagi dengan amalan yang bila tambah tolak tahun tidur makan berangan semua tak sampai seratus tahun..
Hanya dengan redha dan rahmat ALLAH sahaja kita dapat masuk syurga.
Aku harap aku dapat berusaha semampu aku untuk ingat ALLAH.
Lebih dari usaha aku untuk final exam aku.
Sebab, final exam menentukan aku ni layak jadi doktor ke tak layak..
Tapi, usaha aku untuk sentiasa ingat ALLAH ini menentukan aku ni layak jadi hamba ALLAH ke tak.
Kalau aku tak layak jadi doktor, aku boleh jadi bussinesswoman.
Tapi kalau aku tak layak jadi hamba ALLAH, aku nak jadi apa?
T.T
1 comment:
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
Post a Comment