Sunday, December 5, 2010

Never delay the changes.


Bismillahirrahmanirrahim..


Satu-satunya perkara yang tidak berubah sepanjang zaman ialah perubahan.

Manusia berubah.
Kepada yang lebih baik
Ada juga yang sebaliknya.

Ada manusia berubah kerana pekerjaan.
Ada juga kerana harta.
Dan ada yang berubah kerana manusia terchenta.
Lebih hebat, ada yang berubah kerana ALLAH.

" Sesungguhnya setiap pekerjaan dimulakan dengan niat. Dan setiap orang mendapat balasan atas niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana ALLAH dan Rasul-Nya, maka hijrahnya menuju ALLAH dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang diharapkan atau wanita yang ingin dinikahi, maka hijrahnya menuju apa yang diinginkan.."
( Hadith 1 dari Matan Arba'ien)

Dulu, acapkali saya terfikir untuk berubah kepada yang lebih baik.
Namun acapkali juga saya menangguhkan perubahan itu..
" Tunggulah lepas habis exam. Bagi settle down sedikit.."
" Nanti bila dah masuk tahun baru, aku akan berubah. Sementara itu, bagilah peluang diri nak berseronok-seronok dulu.."

Lalu, tahun baru menjelma.
Namun perubahan diri kepada yang lebih baik tak kunjung tiba.
Lambat-laun keazaman berkurang.
Dan berkurang.
Lalu hilang.

Sahabat yang baik itu lalu bercerita sebuah kisah.
Kisah biasa sahaja.
Namun impaknya pada diri amat ketara.
Membuat aku berfikir panjang.
Seterusnya menyusun tindakan.
Terima kasih kepadanya.

Ia kisah tentang seseorang.
Yang juga ingin berubah seperti diriku.
Si dia juga masih ragu-ragu untuk berubah on the spot.
Lalu menangguh-nangguhkannya.
Katanya, "esok baru aku akan berubah."
Sayang, ketetapan Tuhan mendahului segala-galanya.
Dia tidak sempat berubah.
Lalu, nyawanya telah ditarik.
Ruhnya dibawa menuju kepada Yang Esa.

Sedang esok masih tidak pasti,
mengapa harus menanti tahun akan datang untuk merubah diri?

Berubahlah sekarang.
Walau apapun jua keadaan.
Kita ingin bertemu dengan-NYA dalam keadaan yang bersih bukan?
Jangan bertangguh.
Jika kamu tidak berubah menjadi yang lebih baik,
kamu berubah kepada yang sebaliknya.
Kerana yang tidak berubah adalah perubahan.

Dan berubahlah kerana ALLAH.
Bagaimana?
Seperti mana kamu boleh berubah kerana manusia tercinta,
begitulah kamu berubah kerana-NYA.
Bezanya, perubahan kamu ini untuk menagih cinta hakiki.
Cinta abadi.
Bukan cinta fantasi.


No comments: