Sunday, December 26, 2010

Infaq

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum w.b.t..

Lama juga x update blog ni..
Busy pon xlah..
Mgkn kekeringan idea..
Macam ikan yang kering dalam laut.. (???)

Tadi belek surah Al-baqarah..
The longest surah in Al-Quran..
lalu terjumpalah ayat yang best.
Ayat mengenai INFAQ..
14 ayat sederet..
xcaya buka Al-Quran
2 : 261-274

Biasanya dalam buku teks Medik universiti Kaherah, kalo satu subjek tu panjang huraian dan isinya, maknanya ia penting..
X kisahlah dalam exam atau dalam clinical atau nanti masa da jadi doktor..
Yang pendek x semestinya x penting..
Tapi yang panjang dan banyak page ni biasanya ditekan sket..
Gitulah..Betul kan??

Kalo sesiapa pernah khatam Quran beratus-ratus kali..
Mesti da sedia maklum yang ALLAH selalu sebut antara ciri2 org bertaqwa ialah org yang menginfakkan hartanya ke jalan ALLAH..
even orang yang baru khatam sekali (khatam dgn maknanya sekali) pun akan sedar hakikat ini..

kalo kita nak go through by ayat mesti berjela2 punyalah post ni nanti..
jadi, kite buat summary sedikit la ye..
Best tau ayat2 ni semua..
Baca jangan x baca..

Ayat 261..
Kebaikan bersedekah..
Sebab manusia ni mmg sangat sukekan kebaikan...

Yang kita dapat adalah biji2 kat tangkai tu..

Ada kisah seorang sahabat yang kenalah dengan kebaikan infaq ni..

     Pada waktu Ramadahn, semua umat Islam akan berpuasa spt mana Nabi MUHAMMAD S.A.W. Sudah tiga hari, Ali dan isterinya berbuka puasa dan bersahur hanya dengan air sejuk tanpa makanan di samping suasana padang pasir yang teramat panas.
    Pada hari yang ketiga, mereka amat memerlukan makan untuk berbuka lalu setelah berbincang dengan isterinya, Ali bersetuju untuk menjual baju besinya untuk mendapatkan wang. Setelah berjaya menjual baju besinya, Ali memperoleh sebanyak 6 Riyal( dalam anggaran 6000 pada zaman sekarang) dan berjalan untuk pulang kerumahnya.
    Dalam perjalanan pulang, seorang lelaki tua menyapa Ali lalu memintanya sejumlah wang dengan berkata "Wahai Ali. Aku adalah seorang tua yang lemah dan tidak berdaya. Sudah beberapa hari aku tidak menjamah sebarang makanan untuk berbuka. Ya Ali, Berikanlah aku wang kamu untuk aku mendapatkan makanan di waktu berbuka nanti." ujar lelaki tua tersebut
    Tanpa menunggu lama, Ali menyerahkan sahaja wang sebanyak 6 Riyal tadi kepada lelaki tua itu seikhlas hatinya. Setelah berlalu dan menyambung perjalanan menuju kerumah, Ali masih berkira-kira bagaimanakah dia harus menjawab terhadap isterinya tentang hasil penjualan baju besi tadi. Akhirnya, Ali nekad untuk memberitahu isterinya mengenai hal yang sebenar dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah.
    Sesampainya ke rumah, Ali di datangi oleh seorang lelaki dan memintanya untuk tolong menjual unta lelaki itu. Lelaki itu mahu mendapatkan 100 Riyal dari hasil penjualan unta itu dan untungnya di berikan sepenuhnya kepada Ali. Unta itu berada dalam keadaan baik dan elok. Ali bersetuju dan terus membawa unta itu ke sebuah perkampungan dan tiba-tiba dia di sapa oleh seorang lelaki. Lelaki itu bertanya-tanya samada jika Ali berkira-kira ingin menjual unta itu.
   Lalu Ali menjawab; "Ya. Sememangnya ada seorang lelaki yang meminta aku untuk menolongnya dengan menjual unta ini dan dia memahukan nilai sebanyak 100 Riyal untuk unta ini dan bahagian untungnya di berikan sepenuhnya kepada aku.". Lalu lelaki itu bersetuju dan membeli unta itu sebanyak 160 Riyal. Lalu Ali melakukan urusan jual beli di situ dan membawa pulang wang itu kepada tuannya dan wang sebanya 60 Riyal sebagai untung di perolehinya.
    Selepas itu, Ali berlalu dan terus menuju ke rumah Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda mengenai perkara yang terjadi itu. Lalu Rasulullah bertanya; "Adakah lelaki itu seorang yang tua?" lalu Ali menjawab "Ya, wahai Rasulullah. Lelaki itu merupakan seorang yang tua." jawab Ali. Rasulullah menjawab; "Untuk pengetahuanmu Ali, lelaki tua yang memintamu untuk menjual untanya itu adalah Jibril dan lelaki tua yang membeli unta itu adalah Mikail. Sesungguhnya ini adalah balasan Allah terhadap sedekahmu yang ikhlas tadi. Terimalah sedekah itu kerana ia adalah ganjaran daripada Allah S.W.T."

Haa..tu baru kat dunia..
Kat akhirat nanti mesti lagi byk kan...



Hmm..sambunglah ayat seterusnya next post..
penatla pulak tulis pjg2 ni..

Jangan pernah lelah mencari redha ALLAH ye kawan2..

Saturday, December 18, 2010

Kasih tidak bersyarat..

Orang selalu kata..
Kasih ibu tidak bersyarat..
Namun mengapa masih ada ibu yang masih meninggalkan anaknya di dalam tong sampah, semak samun dan di dalam mangkuk tandas??
Adakah ibu yang masih menyayangi dgn kasih sayang ibu terhadap seseorg yg bukan anaknya..
Mungkin ada..tapi sedikit mustahil..
Kasih ibu masih bersyarat.
Kasih ibu kasih bersyarat.


Jadi adakah sesiapa yang mengasihi kita tanpa syarat??




Rasulullah..Semulia2 peribadi..
ALLAH mengutusnya sebagai Rasul untuk umat terakhir.
Sebagai penyampai risalah.
Pemberi peringatan.
Pemberi berita gembira...

Namun mengapa kasih baginda kepada umatnya sangat2 hebat?
Itu bukan tugas baginda.
Bahkan ALLAH tidak meminta begitu..

Setiap penderitaan kita baginda rasai.
Baginda yang bersusah payah membantu kita di akhirat nanti.
Baginda memberikan syafaat kepada kita dengan izin ALLAH kelak.
Baginda yang bersungguh2 memohon kepada ALLAH supaya mengampuni kita.
Hingga menitis air mata baginda...
Tapi baginda tidak pernah bertemu kita..
Tidak pernah bersua muka
Tidak tahu juga nama dan identiti kita..
Apatah lagi berborak dan berbicara....
Hebat sungguh kasih sayang Rasulullah terhadap umatnya.
Inilah kasih tidak bersyarat..
Kasih Rasulullah tidak bersyarat.

Tapi kita,
Pernahkan menyayangi Rasulullah sebegitu?
Berselawat pun jarang2..
Itupun bila ada orang lain yang selawat ke atas Nabi dulu barulah jawab..
Apatah lagi mengikuti sunnah2 baginda...
Apatah lagi mempertahankan baginda saat orang kafir mencemuh baginda.
Hmm..umat apakah kita ni..
Mengapa teruk sangat sikap kita terhadap Rasulullah yang amat2 menyayangi kita?

Berselawatlah ke atas baginda setiap hari.
Sekurang2nya 10x sehari.
Tanda kita mengingati Rasulullah yang amat2 sayangkan kita.

10x selawat setiap hari.
Tidak mengeluarkan apa perbelanjaan pun.
Kerah tenaga pun tiada.
Apatah lagi mengorbankan jiwa raga.
Tak sampai 10 minit.
Tak keluarkan peluh pun.
Takkan masih keberatan?

If so, you are the worst umat Muhammad ever!
Tak kenang budi.
Tak hargai kasih sayang.
Baik campak masuk dalam longkang orang begini


 

Monday, December 13, 2010

cheese cake

Mood sedih.kecewa.
Cheese cake yang dibuat kelihatan seperti air bandung..
(How come??!!)
Rupa2nya diri masih belum sesuai utk berkahwin.

Well, actually it's not really bad.
Juz yah, you know...
People tend to do the best to get the best.
But my best doesn't seem to bear a good result.
*crying :((

But at least i tried and i got to know myself a little bit more.
--> I'm Doing Bad in Cooking..
*sigh..

Jangan mengalah!
First trial memang begitu.
dan setiap perkara pasti ada first trial...
Doing bad or doing good at first trial didn't picture the next trial..
Still, practices make perfect.

A chef tidak menjadi the biggie Chef juz by one trial.
A driver doesn't get his license by first time stir the stereng..
Even a daie, doesn't depends on first trial untuk dapatkan syurga...

But first trial is very important.
It teaches.
It gives us experience.
It gives us ideas.
People learn from experiences to get better ideas.



Sunday, December 5, 2010

Never delay the changes.


Bismillahirrahmanirrahim..


Satu-satunya perkara yang tidak berubah sepanjang zaman ialah perubahan.

Manusia berubah.
Kepada yang lebih baik
Ada juga yang sebaliknya.

Ada manusia berubah kerana pekerjaan.
Ada juga kerana harta.
Dan ada yang berubah kerana manusia terchenta.
Lebih hebat, ada yang berubah kerana ALLAH.

" Sesungguhnya setiap pekerjaan dimulakan dengan niat. Dan setiap orang mendapat balasan atas niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana ALLAH dan Rasul-Nya, maka hijrahnya menuju ALLAH dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang diharapkan atau wanita yang ingin dinikahi, maka hijrahnya menuju apa yang diinginkan.."
( Hadith 1 dari Matan Arba'ien)

Dulu, acapkali saya terfikir untuk berubah kepada yang lebih baik.
Namun acapkali juga saya menangguhkan perubahan itu..
" Tunggulah lepas habis exam. Bagi settle down sedikit.."
" Nanti bila dah masuk tahun baru, aku akan berubah. Sementara itu, bagilah peluang diri nak berseronok-seronok dulu.."

Lalu, tahun baru menjelma.
Namun perubahan diri kepada yang lebih baik tak kunjung tiba.
Lambat-laun keazaman berkurang.
Dan berkurang.
Lalu hilang.

Sahabat yang baik itu lalu bercerita sebuah kisah.
Kisah biasa sahaja.
Namun impaknya pada diri amat ketara.
Membuat aku berfikir panjang.
Seterusnya menyusun tindakan.
Terima kasih kepadanya.

Ia kisah tentang seseorang.
Yang juga ingin berubah seperti diriku.
Si dia juga masih ragu-ragu untuk berubah on the spot.
Lalu menangguh-nangguhkannya.
Katanya, "esok baru aku akan berubah."
Sayang, ketetapan Tuhan mendahului segala-galanya.
Dia tidak sempat berubah.
Lalu, nyawanya telah ditarik.
Ruhnya dibawa menuju kepada Yang Esa.

Sedang esok masih tidak pasti,
mengapa harus menanti tahun akan datang untuk merubah diri?

Berubahlah sekarang.
Walau apapun jua keadaan.
Kita ingin bertemu dengan-NYA dalam keadaan yang bersih bukan?
Jangan bertangguh.
Jika kamu tidak berubah menjadi yang lebih baik,
kamu berubah kepada yang sebaliknya.
Kerana yang tidak berubah adalah perubahan.

Dan berubahlah kerana ALLAH.
Bagaimana?
Seperti mana kamu boleh berubah kerana manusia tercinta,
begitulah kamu berubah kerana-NYA.
Bezanya, perubahan kamu ini untuk menagih cinta hakiki.
Cinta abadi.
Bukan cinta fantasi.


Makan

بسم الله الرحمن الرحيم

Makan.
Hari-hari kita makan..
Walaupun kita berpuasa, kita berbuka dengan makan..
Apatah lagi jika tidak berpuasa..
Apatah lagi jika 'winter'  telah menjelma..
Kita makan dua kali ganda.


Various food making you drooling..huhu~~

Kita mesti bersyukur kerana masih dapat makan makanan yang cukup..
Malah terlebih-lebih cukup.
Lazat pula tu..
Mereka2 di Afrika, Afghanistan, Palestin amat susah untuk mendapatkan makanan..
Alhamdulillah, kita mesti berasa sangat2 bersyukur atas segala nikmat-Nya yang sangat luas ini..

Tapi,
Berapa banyak antara kita yang menyahut seruan Ilahi..
"Maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya.."
(Surah 'Abasa : 24)

Berapa ramai yang mempraktikkan ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad ini dalam kehidupan seharian mereka?
Perhatikanlah makanan yang anda semua makan..
Perhatikan bukanlah memerhatikan kesedapan dan kelazatan makanan anda,
Bukan juga setakat memerhatikan berapa banyak kandungan fats, calories, vitamins, bla bla itu semua..
Namun yang lebih penting, perhatikan sumber makanan itu..
Perhatikan sumber KANDUNGAN makanan itu..

Halalkah ia??
Atau haram?
Atau syubhah?
Atau it doesn't matter at all?
Asal perut kenyang, boleh belajar, boleh layan facebook, semua belasah saja.
Yang mana satu pemikiran kita?

" Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram pun jelas. Sedangkan antara keduanya ada yang samar-samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya. Barangsiapa yang menghindari yang samar-samar maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang jatuh ke dalam perkara yang samar-samar maka ia telah jatuh ke dalam perkara yang haram. Seperti pengembala yang berada dekat dengan pagar, dikhuatiri akan masuk kedalamnya....."
(Hadith 6 dari Hadith 40)

Mungkin ramai antara kita yang tahu halal dan haram..
Khinzir itu haram, tidak boleh dimakan..
Haiwan yang mati yang tidak disembelih itu haram, tidak boleh dimakan.
Sayur-sayuran itu halal, ikan halal..buah-buahan juga halal..
Ramai tahu perkara am ini.
Tapi berapa ramai yang tahu makanan syubhat?
Yang rata-ratanya processed food di pasaran.
Makanan ini kebanyakannya mengandungi pelbagai food additive yang sumbernya masih samar-samar.
Berapa ramai antara kita yang betul-betul pasti kehalalan makanan2 ini baru membelinya?
Dan juga berapa ramai yang meninggalkan makanan syubhat yang tidak diketahui sumbernya demi menjaga agamanya?

http://www.guidedways.com/halalfoodguide.php

Bukanlah saya ingin menjadi jumud.
Ini tidak boleh, itu tidak boleh..
Islam tidak jumud.
Islam mudah.
Tetapi Islam tidak boleh dimudah-mudahkan.

Fikirlah, kenapa ALLAH menyuruh kita memerhatikan makanan kita?
Kerana ia bakal menjadi darah daging kita.
Kerana ia akan mempengaruhi hidup seharian kita.
Kita hamba, kita daie, kita khalifah, kita pelajar dan seterusnya.
Anda rasa makanan anda tidak akan mempengaruhi role2 anda ini?
Fikir-fikirkan.

~ Mujahadah melawan nafsu sentiasa tidak mudah. Nafsu berganding bersama syaitan. Dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk menyesatkan manusia. Jadi mengapa kita yang berputus asa? Mereka yang tidak bermujahadah seolah-olah berputus asa terhadap janji Tuhannya. Jadi,jangan jadi lebih hina dari syaitan. Grab a rope to be hold.The best rope, al-Imanu billah (al-Baqarah: 256)~