Sunday, December 26, 2010

Infaq

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum w.b.t..

Lama juga x update blog ni..
Busy pon xlah..
Mgkn kekeringan idea..
Macam ikan yang kering dalam laut.. (???)

Tadi belek surah Al-baqarah..
The longest surah in Al-Quran..
lalu terjumpalah ayat yang best.
Ayat mengenai INFAQ..
14 ayat sederet..
xcaya buka Al-Quran
2 : 261-274

Biasanya dalam buku teks Medik universiti Kaherah, kalo satu subjek tu panjang huraian dan isinya, maknanya ia penting..
X kisahlah dalam exam atau dalam clinical atau nanti masa da jadi doktor..
Yang pendek x semestinya x penting..
Tapi yang panjang dan banyak page ni biasanya ditekan sket..
Gitulah..Betul kan??

Kalo sesiapa pernah khatam Quran beratus-ratus kali..
Mesti da sedia maklum yang ALLAH selalu sebut antara ciri2 org bertaqwa ialah org yang menginfakkan hartanya ke jalan ALLAH..
even orang yang baru khatam sekali (khatam dgn maknanya sekali) pun akan sedar hakikat ini..

kalo kita nak go through by ayat mesti berjela2 punyalah post ni nanti..
jadi, kite buat summary sedikit la ye..
Best tau ayat2 ni semua..
Baca jangan x baca..

Ayat 261..
Kebaikan bersedekah..
Sebab manusia ni mmg sangat sukekan kebaikan...

Yang kita dapat adalah biji2 kat tangkai tu..

Ada kisah seorang sahabat yang kenalah dengan kebaikan infaq ni..

     Pada waktu Ramadahn, semua umat Islam akan berpuasa spt mana Nabi MUHAMMAD S.A.W. Sudah tiga hari, Ali dan isterinya berbuka puasa dan bersahur hanya dengan air sejuk tanpa makanan di samping suasana padang pasir yang teramat panas.
    Pada hari yang ketiga, mereka amat memerlukan makan untuk berbuka lalu setelah berbincang dengan isterinya, Ali bersetuju untuk menjual baju besinya untuk mendapatkan wang. Setelah berjaya menjual baju besinya, Ali memperoleh sebanyak 6 Riyal( dalam anggaran 6000 pada zaman sekarang) dan berjalan untuk pulang kerumahnya.
    Dalam perjalanan pulang, seorang lelaki tua menyapa Ali lalu memintanya sejumlah wang dengan berkata "Wahai Ali. Aku adalah seorang tua yang lemah dan tidak berdaya. Sudah beberapa hari aku tidak menjamah sebarang makanan untuk berbuka. Ya Ali, Berikanlah aku wang kamu untuk aku mendapatkan makanan di waktu berbuka nanti." ujar lelaki tua tersebut
    Tanpa menunggu lama, Ali menyerahkan sahaja wang sebanyak 6 Riyal tadi kepada lelaki tua itu seikhlas hatinya. Setelah berlalu dan menyambung perjalanan menuju kerumah, Ali masih berkira-kira bagaimanakah dia harus menjawab terhadap isterinya tentang hasil penjualan baju besi tadi. Akhirnya, Ali nekad untuk memberitahu isterinya mengenai hal yang sebenar dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah.
    Sesampainya ke rumah, Ali di datangi oleh seorang lelaki dan memintanya untuk tolong menjual unta lelaki itu. Lelaki itu mahu mendapatkan 100 Riyal dari hasil penjualan unta itu dan untungnya di berikan sepenuhnya kepada Ali. Unta itu berada dalam keadaan baik dan elok. Ali bersetuju dan terus membawa unta itu ke sebuah perkampungan dan tiba-tiba dia di sapa oleh seorang lelaki. Lelaki itu bertanya-tanya samada jika Ali berkira-kira ingin menjual unta itu.
   Lalu Ali menjawab; "Ya. Sememangnya ada seorang lelaki yang meminta aku untuk menolongnya dengan menjual unta ini dan dia memahukan nilai sebanyak 100 Riyal untuk unta ini dan bahagian untungnya di berikan sepenuhnya kepada aku.". Lalu lelaki itu bersetuju dan membeli unta itu sebanyak 160 Riyal. Lalu Ali melakukan urusan jual beli di situ dan membawa pulang wang itu kepada tuannya dan wang sebanya 60 Riyal sebagai untung di perolehinya.
    Selepas itu, Ali berlalu dan terus menuju ke rumah Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda mengenai perkara yang terjadi itu. Lalu Rasulullah bertanya; "Adakah lelaki itu seorang yang tua?" lalu Ali menjawab "Ya, wahai Rasulullah. Lelaki itu merupakan seorang yang tua." jawab Ali. Rasulullah menjawab; "Untuk pengetahuanmu Ali, lelaki tua yang memintamu untuk menjual untanya itu adalah Jibril dan lelaki tua yang membeli unta itu adalah Mikail. Sesungguhnya ini adalah balasan Allah terhadap sedekahmu yang ikhlas tadi. Terimalah sedekah itu kerana ia adalah ganjaran daripada Allah S.W.T."

Haa..tu baru kat dunia..
Kat akhirat nanti mesti lagi byk kan...



Hmm..sambunglah ayat seterusnya next post..
penatla pulak tulis pjg2 ni..

Jangan pernah lelah mencari redha ALLAH ye kawan2..

Saturday, December 18, 2010

Kasih tidak bersyarat..

Orang selalu kata..
Kasih ibu tidak bersyarat..
Namun mengapa masih ada ibu yang masih meninggalkan anaknya di dalam tong sampah, semak samun dan di dalam mangkuk tandas??
Adakah ibu yang masih menyayangi dgn kasih sayang ibu terhadap seseorg yg bukan anaknya..
Mungkin ada..tapi sedikit mustahil..
Kasih ibu masih bersyarat.
Kasih ibu kasih bersyarat.


Jadi adakah sesiapa yang mengasihi kita tanpa syarat??




Rasulullah..Semulia2 peribadi..
ALLAH mengutusnya sebagai Rasul untuk umat terakhir.
Sebagai penyampai risalah.
Pemberi peringatan.
Pemberi berita gembira...

Namun mengapa kasih baginda kepada umatnya sangat2 hebat?
Itu bukan tugas baginda.
Bahkan ALLAH tidak meminta begitu..

Setiap penderitaan kita baginda rasai.
Baginda yang bersusah payah membantu kita di akhirat nanti.
Baginda memberikan syafaat kepada kita dengan izin ALLAH kelak.
Baginda yang bersungguh2 memohon kepada ALLAH supaya mengampuni kita.
Hingga menitis air mata baginda...
Tapi baginda tidak pernah bertemu kita..
Tidak pernah bersua muka
Tidak tahu juga nama dan identiti kita..
Apatah lagi berborak dan berbicara....
Hebat sungguh kasih sayang Rasulullah terhadap umatnya.
Inilah kasih tidak bersyarat..
Kasih Rasulullah tidak bersyarat.

Tapi kita,
Pernahkan menyayangi Rasulullah sebegitu?
Berselawat pun jarang2..
Itupun bila ada orang lain yang selawat ke atas Nabi dulu barulah jawab..
Apatah lagi mengikuti sunnah2 baginda...
Apatah lagi mempertahankan baginda saat orang kafir mencemuh baginda.
Hmm..umat apakah kita ni..
Mengapa teruk sangat sikap kita terhadap Rasulullah yang amat2 menyayangi kita?

Berselawatlah ke atas baginda setiap hari.
Sekurang2nya 10x sehari.
Tanda kita mengingati Rasulullah yang amat2 sayangkan kita.

10x selawat setiap hari.
Tidak mengeluarkan apa perbelanjaan pun.
Kerah tenaga pun tiada.
Apatah lagi mengorbankan jiwa raga.
Tak sampai 10 minit.
Tak keluarkan peluh pun.
Takkan masih keberatan?

If so, you are the worst umat Muhammad ever!
Tak kenang budi.
Tak hargai kasih sayang.
Baik campak masuk dalam longkang orang begini


 

Monday, December 13, 2010

cheese cake

Mood sedih.kecewa.
Cheese cake yang dibuat kelihatan seperti air bandung..
(How come??!!)
Rupa2nya diri masih belum sesuai utk berkahwin.

Well, actually it's not really bad.
Juz yah, you know...
People tend to do the best to get the best.
But my best doesn't seem to bear a good result.
*crying :((

But at least i tried and i got to know myself a little bit more.
--> I'm Doing Bad in Cooking..
*sigh..

Jangan mengalah!
First trial memang begitu.
dan setiap perkara pasti ada first trial...
Doing bad or doing good at first trial didn't picture the next trial..
Still, practices make perfect.

A chef tidak menjadi the biggie Chef juz by one trial.
A driver doesn't get his license by first time stir the stereng..
Even a daie, doesn't depends on first trial untuk dapatkan syurga...

But first trial is very important.
It teaches.
It gives us experience.
It gives us ideas.
People learn from experiences to get better ideas.



Sunday, December 5, 2010

Never delay the changes.


Bismillahirrahmanirrahim..


Satu-satunya perkara yang tidak berubah sepanjang zaman ialah perubahan.

Manusia berubah.
Kepada yang lebih baik
Ada juga yang sebaliknya.

Ada manusia berubah kerana pekerjaan.
Ada juga kerana harta.
Dan ada yang berubah kerana manusia terchenta.
Lebih hebat, ada yang berubah kerana ALLAH.

" Sesungguhnya setiap pekerjaan dimulakan dengan niat. Dan setiap orang mendapat balasan atas niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana ALLAH dan Rasul-Nya, maka hijrahnya menuju ALLAH dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang diharapkan atau wanita yang ingin dinikahi, maka hijrahnya menuju apa yang diinginkan.."
( Hadith 1 dari Matan Arba'ien)

Dulu, acapkali saya terfikir untuk berubah kepada yang lebih baik.
Namun acapkali juga saya menangguhkan perubahan itu..
" Tunggulah lepas habis exam. Bagi settle down sedikit.."
" Nanti bila dah masuk tahun baru, aku akan berubah. Sementara itu, bagilah peluang diri nak berseronok-seronok dulu.."

Lalu, tahun baru menjelma.
Namun perubahan diri kepada yang lebih baik tak kunjung tiba.
Lambat-laun keazaman berkurang.
Dan berkurang.
Lalu hilang.

Sahabat yang baik itu lalu bercerita sebuah kisah.
Kisah biasa sahaja.
Namun impaknya pada diri amat ketara.
Membuat aku berfikir panjang.
Seterusnya menyusun tindakan.
Terima kasih kepadanya.

Ia kisah tentang seseorang.
Yang juga ingin berubah seperti diriku.
Si dia juga masih ragu-ragu untuk berubah on the spot.
Lalu menangguh-nangguhkannya.
Katanya, "esok baru aku akan berubah."
Sayang, ketetapan Tuhan mendahului segala-galanya.
Dia tidak sempat berubah.
Lalu, nyawanya telah ditarik.
Ruhnya dibawa menuju kepada Yang Esa.

Sedang esok masih tidak pasti,
mengapa harus menanti tahun akan datang untuk merubah diri?

Berubahlah sekarang.
Walau apapun jua keadaan.
Kita ingin bertemu dengan-NYA dalam keadaan yang bersih bukan?
Jangan bertangguh.
Jika kamu tidak berubah menjadi yang lebih baik,
kamu berubah kepada yang sebaliknya.
Kerana yang tidak berubah adalah perubahan.

Dan berubahlah kerana ALLAH.
Bagaimana?
Seperti mana kamu boleh berubah kerana manusia tercinta,
begitulah kamu berubah kerana-NYA.
Bezanya, perubahan kamu ini untuk menagih cinta hakiki.
Cinta abadi.
Bukan cinta fantasi.


Makan

بسم الله الرحمن الرحيم

Makan.
Hari-hari kita makan..
Walaupun kita berpuasa, kita berbuka dengan makan..
Apatah lagi jika tidak berpuasa..
Apatah lagi jika 'winter'  telah menjelma..
Kita makan dua kali ganda.


Various food making you drooling..huhu~~

Kita mesti bersyukur kerana masih dapat makan makanan yang cukup..
Malah terlebih-lebih cukup.
Lazat pula tu..
Mereka2 di Afrika, Afghanistan, Palestin amat susah untuk mendapatkan makanan..
Alhamdulillah, kita mesti berasa sangat2 bersyukur atas segala nikmat-Nya yang sangat luas ini..

Tapi,
Berapa banyak antara kita yang menyahut seruan Ilahi..
"Maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya.."
(Surah 'Abasa : 24)

Berapa ramai yang mempraktikkan ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad ini dalam kehidupan seharian mereka?
Perhatikanlah makanan yang anda semua makan..
Perhatikan bukanlah memerhatikan kesedapan dan kelazatan makanan anda,
Bukan juga setakat memerhatikan berapa banyak kandungan fats, calories, vitamins, bla bla itu semua..
Namun yang lebih penting, perhatikan sumber makanan itu..
Perhatikan sumber KANDUNGAN makanan itu..

Halalkah ia??
Atau haram?
Atau syubhah?
Atau it doesn't matter at all?
Asal perut kenyang, boleh belajar, boleh layan facebook, semua belasah saja.
Yang mana satu pemikiran kita?

" Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram pun jelas. Sedangkan antara keduanya ada yang samar-samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya. Barangsiapa yang menghindari yang samar-samar maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang jatuh ke dalam perkara yang samar-samar maka ia telah jatuh ke dalam perkara yang haram. Seperti pengembala yang berada dekat dengan pagar, dikhuatiri akan masuk kedalamnya....."
(Hadith 6 dari Hadith 40)

Mungkin ramai antara kita yang tahu halal dan haram..
Khinzir itu haram, tidak boleh dimakan..
Haiwan yang mati yang tidak disembelih itu haram, tidak boleh dimakan.
Sayur-sayuran itu halal, ikan halal..buah-buahan juga halal..
Ramai tahu perkara am ini.
Tapi berapa ramai yang tahu makanan syubhat?
Yang rata-ratanya processed food di pasaran.
Makanan ini kebanyakannya mengandungi pelbagai food additive yang sumbernya masih samar-samar.
Berapa ramai antara kita yang betul-betul pasti kehalalan makanan2 ini baru membelinya?
Dan juga berapa ramai yang meninggalkan makanan syubhat yang tidak diketahui sumbernya demi menjaga agamanya?

http://www.guidedways.com/halalfoodguide.php

Bukanlah saya ingin menjadi jumud.
Ini tidak boleh, itu tidak boleh..
Islam tidak jumud.
Islam mudah.
Tetapi Islam tidak boleh dimudah-mudahkan.

Fikirlah, kenapa ALLAH menyuruh kita memerhatikan makanan kita?
Kerana ia bakal menjadi darah daging kita.
Kerana ia akan mempengaruhi hidup seharian kita.
Kita hamba, kita daie, kita khalifah, kita pelajar dan seterusnya.
Anda rasa makanan anda tidak akan mempengaruhi role2 anda ini?
Fikir-fikirkan.

~ Mujahadah melawan nafsu sentiasa tidak mudah. Nafsu berganding bersama syaitan. Dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk menyesatkan manusia. Jadi mengapa kita yang berputus asa? Mereka yang tidak bermujahadah seolah-olah berputus asa terhadap janji Tuhannya. Jadi,jangan jadi lebih hina dari syaitan. Grab a rope to be hold.The best rope, al-Imanu billah (al-Baqarah: 256)~



Saturday, November 27, 2010

Magical words of mine

Bismillahirrahmanirrahim...
Fuuh fuuuuuhhhh..
Dah berhabukz rupenya blog nie..
Al-maklumla cuti-cuti Malaysia katakan..

Tajuk kali nie macam menarik kan??
(Cakapla ye.. :D)

Saje nak share bbrp perkataan yg kite buleh gunakan setiap hari,
yang mana bila digune magical word ni..
It gives some miracle you know..
Owh, you may not know..hargh3...

First word..
Jeng3x!!!

1) Bismillahirrahmanirrahim

- magical word yang nie kite gune before melakukan ape2 pekerjaan..
   xkirelah makan, tidur, belajar, jalan, create blog, etc2..
   even sebelum nak gunekan toner muke...huhu ;)
- bile magical word nie digunakan, it will give you some confidence,
   yet some security, and also pahala tuh! kerja pun macam smooth je nanti --> 
   miracles (kalo sblm tepek toner baca BISMILLAH, insyaALLAH wajah akan lebih berseri2 spt raja sehari..hihi)
- perkataan ini juge menunjukkan kebergantungan seorang hamba kepada KHALIQnye = tawakkal..
- silelah gune perkataan ini ye..dan sebar2kan..nt dapatla chain of deeds..best2



2) Alhamdulillah

- yang ni pulak gunakan lepas melakukan ape2 pekerjaan..
   boleh juge digunakan apabile mendapat rezeki yang disangka2 atau xdisangka2..
- miracles yang boleh dikorek ialah, selain menjadikan kita hamba yang bersyukur yakni hamba yang tidak KUFUR, this word also give you some protection dari tachycardia (degupan jantung super pantas) yang melampau setelah mendapat nikmat yang meng'excited'kan..haha
- word ni juge dapat melahirkan satisfaction lepas melakukan sesuatu pekerjaan, walaupon kerja tu xsemenggah mana (ganas juge daku ini..)

Dua cukupla kan..
Buat dulu sampai jadi rutin..
Lepas tu kite menuntut lagi eh..
Jampi serapah ni mana buleh share byk2..nt lupe..

Sekian,
jumpe lagi dalam blog seterusnya...
hehe



Monday, November 8, 2010

ooo ALLAH, please guide me..

Huhuhu...
Walaupon busy dgn exam...
degil gak nak update..

Watch this..
To many messages you can get..
To many things you can learn..

It really will make you shedding tears...
Run into well..huhu

http://www.youtube.com/watch?v=Tpd-Ek1-RRc&feature=related

Friday, October 29, 2010

KAU

kalah..
kau kalah lagi..
pada hawa nafsu yang menggila..
pada hasutan tipu daya..

kau lemah
tapi patutkah kelemahan itu memimpinmu ke arah kemungkaran??
mengapa tidak kau menguatkan,
tidak kau lawan gelora hawa yang datang menyerang??

kau langgar janjimu
hanya utk memuaskan secebis gelodak perasaan..
mengapa hatimu tidak kau tahan
supaya dosa dapat kau hindarkan..

kau ingin mencintai KHALIQ-mu..
tapi mengapa kakimu beralih dari landasan-NYA,
mengapa kau ikuti jua bisikan halus syaitan durjana??

telah diwahyukan kepada Rasul dalam Kitabullah
Iblis itu hanya menghasut..
mengajak pada taghut..
namun tahukah kau..
kau yang mendengar hasutan itu,
mengamalkannya dalam kehidupanmu,
maka dosa akan dibebankan padamu!

Iblis berlepas diri darimu..
tersenyum gembira..
mengapa kau ikuti juga dia yang telah sedia sesat dan hina?!!

ya,kau menangis keinsafan saat ini
namun mengapa dosamu bertambah keesokan?
itu sahajakah yang mampu kau lakukan?
menginsafi tapi tidak mengatasi?

sedar..insaf..
apa maknaya jika hanya semalam
sedar..insaf..
kau tahu makna sebenarnya??

apa yang kau inginkan,
apa yang terlintas di fikiranmu
wahai keporanakan Adam?

atau kau tidak berfikir apa2 pun...
hanya menerjah dan melangkah
dengan matamu tertutup,
hatimu juga..

jika begitu..
hati kau berpenyakit..
penuh nanah dan kudis-kudis..
hingga kau tidak bisa bermujahadah
hingga kau lemah selemah-lemah..

mengapa tidak kau cari penawarnya
mengapa tidak kau bertemu  perawatnya..
mengapa tidak kau berusaha supaya ia sihat kembali..

atau ia tidak pernah sihat?
selalu saja sakit maka kau sudah tidak anggapnya sebagai satu penyakit

ahh,
kau buntu sekarang
tidak tahu bagaimana hatimu dapat kau ubat..
tidak tahu arah kehidupanmu
tidak tahu paksi pendirianmu
kau memang sedang menghadapi masalah yang besar!!

maka pilihan yang kau ada sekarang cuma
kembali pada Rabb-mu..
mintalah penawar darinya..
mintalah pedoman darinya..
bersujudlah..memohonlah dengan jiwa hamba..

moga kau tertunjuk dan terarah pada
jalan yang diredhai-NYA..



~QALAM QALBU~

Thursday, October 28, 2010

فـصبر جميل

Kepala pusing..Berpinar2 macam gasing..
Berdenyut2..berkerenyuk2..dan bermacam2 'ber' lagi
Ini semua akibat repeated cooling n thawing dari mudarrag arab..huhu

Nak study macam x larat..
(tp larat plak nak update blog ye..)
Sabar mal,sabar...
Baru sakit kepala...
Belum hilang kepala..
Baru kepala pusing..gasing pusing x rungut ape pon..

Semalam kan da baca kisah Nabi Yaakub dan Nabi Yusuf..
Sabarnya Nabi Yaakub bila anak2 de yg nakal tu bgtw baginda
berita palsu yang Nabi Yusuf anaknya,telah dimakan serigala..
Kata2 baginda:-
"..فـصبر جميل "

Waaahhhh..
rasenya masih..
xmampu nak jadi sabar macam Nabi Yaakub..
xmampu nak sabar macam Nabi Ayub bila ditimpa penyakit kronik..
xmampu nak jadi sesabar Nabi Nuh yang berdakwah lama tapi pengikut sikit..
xmampu nak jadi setenang Nabi Ismail bila diberitahu yang ayah baginda nak sembelih diri baginda..
xmampu nak jadi sabar macam Nabi2 yang lain...

yelah.dorangkan Nabi..
-->patutkah alasan ini digunakan..??
mestilah x..
sabar bukan kerana baginda seorang Nabi..
sabar kerana dari sabar tu tercetusnya sesuatu yang indah..
sabar itu untuk semua..
tiada pilih kasih..
tidak mengikut darjat..

sabar bukan jalan terakhir..
tapi adalah permulaan suatu perjalanan..

..فـصبر جميل
Sabar itu tidak indah..
Ia menyakitkan..
membuatkan dada sempit dan sesak..
menyeksakan jiwa raga..
pendek kata..
Sabar itu bukan sesuatu yang indah..

Yang indah itu ialah apa yang lahir dari sabar..

Kita sabar tunggu ayam masak..
sebab ayam yang da masak tu lagi sedap dari ayam mentah..
dan lebih selamat dan lebih berkhasiat..
walaupon berdegang-degung dapur..
walaupon peluh sebaldi dah badan tu..
walaupon segala macam bau dah bercampur2 kat baju..

Kita sabar stay up sampai larut malam
xcukup tidur mata sembap,ngantuk dalam kelas..
sebab bila dapat result hebat kite rase happy..rase seronok..

Kita sabar berdakwah
sebab dgn dakwah, kita semakin dekat dgn Rabb kite..
kita rase seronok bila Islam jadi a way of life..
kita seronok bila dgr kat akhirat tanggungjawab da lepas..
kita rasa best bila kita da buat sunnah Rasulullah yang terbesar..
Kita seronok bila kita tahu akan dapat syurga (insyaALLAH)..
etc etc..

Kene gak sabar..
Tarik nafas panjang3..
biao sampai semua udara habis pon xpe..
asalkan bekalan oksigen cukup utk otak..
so that dapat berfikir dengan waras..
dapat berfikir kebaikan bersabar..

Sabar ini utk diaplikasikan dalam semua situasi,masa dan tempat..
Masa pak arab buat sesuatu yang annoying..
Masa org tuduh sesuatu yang x betul..
Masa nak pergi berdakwah...
Masa nak study walaupun kepala macam nak tercabut..
Masa xdapat result yang kite nak..

Setiap yang berlaku ada hikmahnya..
(kenapa ayat nie kat sini..gasakla..)

"Schools of fish come to those who wait patiently; if the big ones don't come, the little ones will.."

"One who cannot be patient for a moment will have days and months of trouble.."

"Lack of patience in small matters can create havoc in great ones.."

"Patience and tenacity are worth more than twice their weight of cleverness.."



~to all my frenz..
study well..
semoga kesabaran kita diredhai ALLAH..

p/s- isi agak berterabur...
kepala serabut punye pasal.tapi nak update blog gak..

Monday, October 25, 2010

الحمدلله على كل حال

24 oktober 2010

tak kireee...
nak gak lepas tension kat sini...

T.T
sangat tension duduk di kelas harini...
xkirela practical ataupon lecture..
rase nak menanges..
huhuuuu....
satu hapak pon xpaham...
nilah baru rase tension dok kat kelas arab...
waaaarrrrrrrggggggghhhhhhhh!!!!!

juz like me ;p
xpe2...
relax..
take deep breath..
xkanla ALLAH nak bagi yg xbaik kat hamba-NYA kan..
nonsense..

mungkin ALLAH bg peluang ni supaya muhasabah diri balik..
cukup sabar x menghadapi ketentuan-NYA..
cukup bersyukur x dengan apa yang dikurniakan..

tadi masa lecture,lecterur tu ade citer sesuatu yang best..
of course saya xpaham..
tapi saya ada translator xrasmi..
M.I.L.A.H..
(rasenya asek bergantung pd milah je..
kene buat sesuatu ni supaya jadi independent)

huhu the story was like this..

ade seorang doktor..xpasti kat mana..
bile ade kesusahan..
 dan org tanya dia okey ke x..
jawapan dia cume..
ALHAMDULILLAH..
x kire la dia okey ke x..
yang meniti di bibirnya ialah..
ALHAMDULILLAH..
tiada rungutan..
tiada keluhan..
kalaupon dia agak x okey..
dia akan diam sekejap..
lalu mengucapkan..
ALHAMDULILLAH..
ALHAMDULILLAH...

saya mungkin belum mampu nak jadi macam ni..
mmg akan ada keluhan yg keluar dr bibir 'mungil' ini bila rasa susah sikit...
masih ada mulut itik yang terhasil bile xpuas hati..
masih nak merungut even dalam hati..
masih banyak lagi kelemahan..
tapi..
tapi..
x mustahil saya akan jadi macam doktor tadi..
x mustahil..

ni kan teguran dari ALLAH secara xlangsung..
sebab ALLAH nak..
dalam semua situasi, saya cume akan ucap..
ALHAMDULILLAH...
no sigh..no moan..no groan..
kerana ALLAH sayangkan saya..
kerana DIA kasihkan saya..
(hambaNYA yang ntah hape2 ni..)
sebab tu DIA bagi teguran sedas
yang baru je saya teringat..
xkesahla..
mmg ALLAH nak saya ambil pengajaran..
da lupe pon boleh ingat balik..

org kata, "ujian di titik kelemahan.."
yea,truly madly deeply true..
andai katala diri ini terer memahami dan bercommunicate dlm arabic 'ammi,
tentu ini bukan satu masalah..

tapi xpelah..
learn step by step la..
a baby doesn't walk in instant..
maggi instant pon xjadi kalo xletak air panas dulu..
hahaha nice analogy amal!

way to go utk mantopkan arab 'ammi...
~rajen2la bercakap..jgn jadi patung mata melilau..



Saturday, October 23, 2010

10 minutes..

Bismillahirrahmanirrahim...
Wahai diri yang bernafas melalui kasih sayang dan belas kasihan Rabb-nya...

Demi masa..
Sesungguhnya manusia dalam kerugian..
Kecuali orang2 yang beriman dan beramal saleh,
serta yang berpesan2 dgn kebenaran dan berpesan2 dgn kesabaran..

(surah Al-'asr:1-3)

10 minutes..
ape2 je buleh jadi..
xkira dimana kite berada..
Malaysia.
Mesir.
UK.
Ireland.
or whatever country is.



Xperlu berada di Sarajevo atau Palestin..
Xperlu berada di Iraq, Afghanistan,etc etc...
only to find out how precious time is..

Kerana masa begitu berharga..
Kerana masa sesuatu yang sangat penting..
Kerana masa itu amat besar nilainya..
ALLAH bersumpah dengan masa didalam kitab-NYA..

Diriwayatkan daripada Hasan al-Basri bahawa beliau berkata:

"Di antara tanda2 ALLAH berpaling dari seseorang ialah ALLAH menjadikan kesibukannya pada perkara yang tidak berkenaan pada dirinya..."

Nah kawan2..
jangan kita membazirkan masa dgn sesuatu yg tiada nilai..
jangan rosakkan nilai masa dgn perbuatan kita..
jangan palitkan sesuatu yang bukan pada tempatnya pada masa kite..
even for ten minutes..
even for ten seconds..
even for a breathe we take..

Terlalu banyak tugas yang perlu kita lakukan..
Terlalu banyak tanggungjawab yang mesti dilaksanakan..
Terlalu banyak amanah yang wajib ditunaikan..
Terlalu banyak..
Terlalu...sangat... TT_TT

Ini khusus utk diriku..
Ini khusus utk sahabat yang sama2 berjuang dgnku..
Ini khusus utk siapa jua yang ingin menegakkan Islam..
Ini khusus utk mereka yang suka mendekatkan diri kepada ALLAH...

Thursday, October 21, 2010

Monday, October 11, 2010

DIAGNOSIS

Salamuun salaaaamm..
selamat datang ke blog ini...
ni blog yg baru je dibuat last week..
blog yg lama yg xde hadaf tu mmg da deactivate...hahaha

hmm da masuk minggu keempat masuk kuliah dan secara rasminya dah 3 hari kot join kelas budak2 arab..
sumthing new yang ALLAH bagi..and already seen hikmahnye yg banyak sangat3...

Just nak story sesuatu yg best utk entry pertama ni..
Sesuatu yg ade nilai pengajaran yg tersendiri...kot...

Tadila,masa nak tunggu lecturer masuk kelas..borak2la sket ngan milah kan..
As she's the only friend I can chat with w/o language barrier..
well,it is about ke'stagnant'an diri dalam 'bekerja' nie...
No one like stagnant...sume org suke bergerak ke hadapan,rite?

diagnosis punye diagnosis..adelah dalam setengah jam...
pusing sana pusing sini..
masuk semak sana,masuk lorong sini..
korek2 hati  dalam setengah inci depth...
OH!
oh oh oh...
i've got the conclusion..
a very2 shocking one..
something yg xpernah terlintas di pemikiran ini..(ye ke?)
u know the main problem of my problem is....???

Kesimpulan yang Milah buat ialah:-
  • Amal suke 'comfort zone' sendiri
  • Amal terlalu banyak fikir yang bukan2...

See,i've got the prove yg inilah ape yg Milah diagnosis about my problemz berdasarkan history2 yg diambil..hehehe


Ni diagnosis yang Milah buat...huhu

Hmm lepas da dapat details penyakit yang bertenggek dalam diri dan jiwa ini..
So dengarla jenis2 treatment yang  bule diambil..
antaranye...DOA...
banyak gakla Milah membebel..oppz not membebel..tapi bg nasihat..
the very precious one..
the guidance one..
sumenye ade dalam Al-Quran..bukan sekadar kalam yg sia2...
Dan insyaALLAH,treatment plan bule la dimulakan secepat yang mungkin....
without any delay!

Huhu nak katenye kat sini..

It's really important la utk kite diagnosis ape2 je masalah kite hingga ke akar umbi, dalam dakwah ke,dalam pelajaran ke atau in whatever field pon..
so that bile kte da tw detail about the penyakit...,predisposing factor ke,risk factor ke,etiology ke,course,complication, or etc etc....
kite bule buat prevention plan utk mengatasi the future disease...
or if da ade penyakit tu, bule la buat treatment plan..prescribela ape2 ubat yg patut..

hahaha  it's nice utk umat ade dukturah yg bole diagnosis bukan setakat masalah luaran, malah dalaman juge kan?..just like Milah...
Jom jadi dukturah umat yang arif dalam sume bidang!

Ohho the treatment...
ia berbalik kpd diri kite sendiri..xnak berubat sendiri cari susah,jangan salahkan yg lain..

oh oh..i dont want to say but i must say it..
the story has end here..hope you get the moral of the story..xlah tangan yg menaip, otak yg berfikir ni buat keje dgn sia2...




p/s: lepas ni bulela ramai2 gi jumpe milah utk diagnose masalah2 yg berkait..
        milah plak,bule bukak klinik diagnose special case pasni...hahaha