Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah.
Secara officialnya, tamat sudah sesi pembelajaran tahun 6 di Kasr El-Ainy Medical School, Cairo University.
Di sebalik keriuhan yang melanda Mesir, masih gagahkan diri ke kuliah dan mengulangkaji pelajaran..
Walaupun hati meronta-ronta ingin pulang ke Malaysia lebih awal.
Apakan daya, mesti kuat melawan gelojak nafsu!
Yosh!
Kebelakangan ini, terlalu banyak memikirkan tentang keadaan dunia sekarang.
Terlalu banyak kefasadan (kerosakan) yang berlaku.
Teramat banyak fitnah-fitnah yang tersebar diseluruh pelusuk negeri.
Terlampau banyak percampuran kebenaran dan kebatilan sehingga tidak dapat dibezakan keduanya.
Walaupun jika diumpamakan kebenaran itu seperti air dan kebatilan itu seperti minyak yang kedua-duanya tidak akan bercampur, kehadiran bendasing seperti sabun dan bile salt (garam hempedu) sebagai emulsifier (pengemulsi) mampu membuatkan kedua-dua air dan minyak ini bercampur sehingga tidak dapat dibezakan keduanya.
Akhirnya kekeliruan akan timbul.
Dan lagi kefasadan akan berlaku.
Kita boleh andaikan KEJAHILAN itu sebagai pengemulsi yang amat berkesan.
Walaupun kita diganggu gugat dengan kehadiran fitnah oleh golongan yang berkepentingan yang amat dahsyat, asal sahaja kita seorang yang jahil dan tidak mahu ambil tahu perkembangan dan situasi dunia kini, pengeliruan ini akan berkesan.
Fitnah akan kelihatan seperti kebenaran.
Namun, walaupun kelihatannya air dan minyak yang bercampur setelah dibubuh pengemulsi seakan tidak boleh dipisahkan, sebenarnya ia masih boleh terpisah.
Nak tahu bagaimana?
Untuk memisahkan partikel minyak dan air daripada satu sama lain, efek pengemulsi ini mesti dihapuskan.
(Pengemulsi ini tugasnya adalah sebagai coupling agent bagi air dan minyak.)
Secara saintifiknya, kita boleh menggunakan garam bukan organik seperti MgSO4 (magnesium sulfat) atau (Al)2(SO4)3 (aluminium sulfat) ataupun asid seperti HCl atau H2SO4 untuk memecahkan ikatan yang terbina antara air dan minyak.
Ada juga teknik seperti electrocoagulation dan banyak lagi.
Emulsion breaking effect |
(Bertahun tinggalkan subjek kimia. Pening kepala den nak fahamkan..)
Realitinya, untuk menghapuskan kejahilan yang bertindak sebagai agen pengemulsi tidak lain dengan menjadi orang berILMU.
Tiada cara lain.
Jadi marilah kita merajin-rajinkan diri pergi ke majlis ilmu untuk belajar ilmu tentang Islam.
Sudah tentu dari orang yang berkelayakan dan tidak diragui latar belakangnya.
Rajinkan diri bertanya jika keliru atau tidak tahu.
Rajin membaca dari sumber-sumber sahih.
Dan rajinkan diri untuk memahami masalah umat kini dan perancangan musuh2 Islam.
Dan paling paling penting, rajinkan diri merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Antara wasiat Rasulullah semasa khutbah wida',
" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya - Al-Quran dan As-Sunnah.."
Firman ALLAH s.w.t:-
" Malah kami lemparkan yang haq itu ke atas batil lalu yang haq menghancurkannya, maka seketika yang batil itu lenyap..." [ Surah Al-Anbiya' : 18 ]
" Dan katakanlah, "Kebenaran telah datang dan yang batil telah lenyap. Sungguh yang batil itu pasti lenyap" [ Surah Al-Israa' : 81]
Dua ayat ini telah memberikan kita kepastian bahawa kebatilan itu PASTI lenyap.
Sudah tentu bukan percuma.
Pelenyapan itu memerlukan yang HAQ untuk muncul dan mengambil alih sistem dunia ini.
That's gonna be our tasks from now on.
Enforce the truth.
Fight the taghut!
Jangan lupa untuk berdoa serta menambahkan ketaqwaan.
Doa supaya diberi kemudahan untuk membezakan yang mana haq, yang mana batil.
We may clearly see which is which, but who knows the hidden reality, isn't it?
"... Mudah-mudahan Tuhanku akan memberi petunjuk kepadaku agar aku lebih dekat daripada ini.." [ Surah Al-Kahfi : 24 ]
" Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada ALLAH, nescaya DIA akan memberikan furqan (kemampuan membezakan antara haq dan batil) kepadamu dan menghapuskan segala kesalahanmu dan mengampunimu. ALLAH memiliki kurnia yang besar.." [ Surah Al-Anfaal : 29 ]
Wallahua'lam.
We are really in need of al-furqaan T.T