Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah akhirnya dapat juga menjenguk sebentar di blog ini.
Rindu tapi emmm malas sikit nak update. (ya i know that's a lame excuse).
By the way, i wrote this post by my phone.
So i have no idea what shape it will appear in the page. hehehe...
Tahun baru (lalalala baru la sangat..) so much had already happened.
Improvement. Falling apart. Consciousness. Blurriness. Happy time, sad time.
even it's only 3 months had passed.
Can i share something with you?
Hmmm one of the most significant one from the previous days.Begini ceriteranya..
Di satu malam yang hening, 2 orang yang sangat sayangkan ukht mereka yang bakal (sekarang dah laa) pulang ke Malaysia setelah tamat belajar, telah mengambil keputusan untuk menghantarnya di lapangan terbang.
Di dalam perjalanan ke sana, mereka berborak sakan di dalam teksi yang dinaiki..(hekhek nak pecah rahsia orang nii.berdebar pulak)..
Antara isi kandungan yang menggamit hati seorang dari mereka ialah berkenaan CINTA.. (hukhuk hot story hot story).
Biasalah usia muda remaja ada secret crush dengan orang tapi tiada peluang.
Jadinya berkatalah si A yang beliau tidak boleh ke hadapan dan tidak boleh berpatah ke belakang.
It seems so impossible to either continue to keep the feeling or to abolish the feeling.
Stuck in nowhere to go..
Nak dijadikan cerita, teksi yang mereka naiki tiba-tiba sesat (patut ke terminal 3, tapi masuk jalan ke terminal 1), dan tiba di hadapan tol..
Kalau masuk tol memang confirm akan masuk ke terminal 1.
Instead of passing the toll, pakcik teksi ni berhenti dan tanya arah mana nak pergi walaupun sekarang ni satu jalan je yang ada, iaitu terus, dan jalan tu bukan jalan yang betul pun.
So apa yang pakcik teksi ni buat lepas beberapa minit menghilangkan diri ialah dia pegi reverse kereta dia entah berapa kilometer sampailah jumpe jalan lain yang menuju ke arah destinasi sebenar.
Huuuu adventure la sungguh menaiki kereta yang melawan arus.
Dan alhamdulillah dua orang gadis itu selamat sampai di lapangan terbang.
Yeah tepat mengenai sasaran pengajaran yang Allah nak bagi.
It's possible to reverse. Even it seems not possible.
Itu lebih baik dari terus tapi melalui jalan yang salah.
Walaupun in attempt to reverse, too many obstacles to be confronted with, it's the right way to do.
We have destination we are heading to.
Moga tidak sesat di dunia ini.
Ayuh melalui jalan yang benar!
Walaupun adakalanya berpatah itu perlu.
Kerana itu adanya gear reverse bukan?
In mean time, i choose to wait.
Although it's really not a good choice. maybe till the end of my study.gathering strength to reverse later insyaAllah.
.Wallahua'lam..
(p/s- perlu mengasah semula bakat menulis yang telah tumpul dek kerana peredaran waktu? lalala bakat la sangat.)