Hmm tiba2 teringat tentang satu post saya semasa zaman tok kaduk dulu
yang tajuknya berbunyi "Magical words of mine.."
"Bismillahirrahmanirrahim" sure do have the magic in it..
"Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG.."
This is the beginning of the teaser which i gave you at the previous post.
Adakah anda perasan bahawa dari Surah As-Syura : 36 itu memperkatakan secara tidak langsung sifat MAHA PEMURAH serta MAHA PENYAYANG ALLAH?
(klik utk tahu makna dengan lebih lanjut)
(klik utk tahu makna dengan lebih lanjut)
Tak jelas?
Cuba perhatikan maksud ayat tersebut:
"Apa pun yang diberikan kepadamu daripada sesuatu (kenikmatan), maka itu adalah kesenangan hidup di dunia..Sedangkan apa yang ada di sisi ALLAH lebih baik dan lebih kekal (disediakan) untuk orang-orang yang beriman dan kepada orang yang bertawakkal kepada Tuhan mereka.."
Bumi dan apa yang ada di dalamnya masih tidak menggambarkan seluruh nikmat-NYA kepada kita.. |
Jadi penggunaan kata ganti nama "kamu semua = tum" adalah merujuk kepada semua manusia umumnya bukan?
Makanya ayat ini telah menunjukkan sifat 'ar-RAHMAN' ALLAH iaitu memberikan kesenangan hidup kepada semua manusia..
Tanpa mengira akidah dan ibadah mereka..
Manakala ayat sambungannya bahawa nikmat yang lebih baik dan lebih kekal hanya disediakan untuk mereka yang beriman dan bertawakkal hanya kepada ALLAH..
Ini menunjukkan sifat 'ar-RAHIM' ALLAH yang mana mengasihi mereka yang berciri-ciri tersebut lebih daripada yang lain..
Subhanallah..
Indah sungguh ayat-ayat al-Quran bukan?
Mari kita perhatikan semula ayat 36 Surah as-Syura ini..
Kalimah "أوتى" digunakan dalam ayat ini..
Mengapa tidak digunakan kalimah "أعطى" yang juga bermaksud yang lebih kurang sama?
(Bukan mahu mempertikaikan, tetapi kita semua tahu bahawa setiap penggunaan kalimah dalam ayat al-Quran adalah mukjizat.Tidak diletakkan dengan saja2 melainkan di sebaliknya ada hikmah yang besar..)
Saya pernah mengikuti ceramah/pengajian/pengisian saudara Nouman Ali Khan di youtube dan saya antara peminat beliau yang tidaklah terlampau tegar.. :P
Saya mempercayai ceramah beliau kerana saya yakin dengan sumber rujukan beliau.
-Link rujukan saya berkenaan kalimah di atas-
Berbalik kepada 2 kalimah di atas, kalimah pertama (أوتى) menunjukkan sesuatu yang diberi yang kemungkinan akan ditarik dan diambil semula bila-bila masa yang pemberi inginkan. Kalimah yang sama digunakan dalam surah Ali-'Imraan : 26..
Manakala kalimah kedua (أعطى) adalah pemberian yang tidak akan diambil semula seperti dalam surah ad-Dhuha : 5, yang mana pemberian ALLAH kepada Rasul-NYA di dunia dan di akhirat (boleh rujuk link yang diberi utk pencerahan..). Juga terdapat dalam surah al-Lail : 5, infaq di jalan ALLAH tidak diminta semula, kan?
Jadinya, kenikmatan yang ALLAH berikan kepada kita di dunia ini adalah sementara sahaja..
Tidak kekal dan bukanlah nikmat terbaik yang ada di sisi-NYA..
Bila-bila masa akan diambil semula..
Jadi, mengapa ramai antara kita yang masih berkejar-kejar, berlumba-lumba merebut nikmat yang tidak kekal ini?
Mengapa? Mengapa? Tanya diri kita sendiri, okey?
Penggunaan perkataan "شيء" pula merujuk kepada apa sahaja di sekeliling kita,
di kiri, di depan, di belakang, di depan, di Mesir, di Malaysia dan di mana-mana sahaja.
Isteri,suami,mak,ayah,family,kawan-kawan,etc..
Ia menunjukkan sesuatu yang mempunyai atom la senang kata..
Udara termasuk.Cahaya termasuk.Bunyi termasuk.Makanan lagilah kan..
Asalkan ia adalah sesuatu maka ia adalah sesuatu (alamak, u get what i mean x?)..
bunga pun nikmat juga kan?? (ada makna tersirat..) |
Makanya, ia bukanlah matlamat mahupun target hidup kita!
Ia hanya memudahkan! Memudahkan tugas dan tanggungjawab sebenar kita di dunia ini.
Jadi apakah tugas dan tanggungjawab sebenar manusia itu dicipta??
Lihat ayat-ayat ini dan perhatikan maksudnya..
51:56
2:30
*I know this is such a loooonnnggg message, but save some time to read it okey?
Moga ALLAH memberkati masa kita ^.^ amiin...
Take some rest sekejap..bancuh bonjorno,makan biskut dulu.baring-baring, tapi jangan tidur.
berehat sebentar bersama bonjorno~ |
"ما عند الله"
Apa yang ada di sisi ALLAH?
Manalah kita tahu kan? tak pernah pulak ada orang yang jenguk-jenguk tengok khazanah ALLAH..kan kan?
Hmm, bukan Rasulullah pernah jenguk-jenguk ke masa Mikraj?
Eh, yeke?
Yup, dan antara yang ada di sisi ALLAH ialah syurga-NYA..
Nikmat yang berjuta-juta kali ganda lebih baik daripada yang ada di dunia ini..
Dan kekal selama-lamanya juga..
Walaupun kita tak pernah lihat kehebatan nikmat syurga ini, tapi kita meyakini yang ia memang benar2 hebat kan?
Hatta jika orang bertanya, "Nak syurga tak?"
Tanpa bertanya, "Ada apa kat syurga? Best ke?", kita akan terus menjawab, "Mestilah nak..Takkan tak nak..Syurga kot.." even tak pernah pun melihatnya..Kan?
Ironik sungguh..
Tapi iyelah kan..
Seperti mana, "With great ability comes great responsibility"
makanya, "Great prize needs great sacrifice"
Anugerah syurga yang sangat33 mahal itu hanya untuk mereka yang berkorban sangat33 banyak juga..
Mengorbankan keinginan hawa nafsu yang inginkan nikmat duniawi.
Yes, it's really a great sacrifice!
Needs a great mujahadah.. Dan ianya tidak mudah.
Orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya ialah mereka yang mengorbankan keinginan hawa nafsu mereka semata-mata mencari keredhaan ALLAH..
Am I right?
Jadi hanya merekalah yang layak mendapat syurga dan nikmat-nikmat lain di sisi ALLAH..
Jangan risau, masih ada masa utk kita berubah.
Matahari masih timbul di sebelah timur hari ini?
Maka, pintu taubat masih terbuka..
Sesi pergulungan pun tiba..
Secara overall dari ayat ini, menunjukkan bahawa PEMURAH dan PENYAYANGnya ALLAH..
Membantu kita melaksanakan tugas yang diamanahkan..
Dan memberi ganjaran bila mana kita berjaya melaksanakannya..
[So, that's why we are obligated to use basmalah before doing anything..
Segala kudrat kita utk melakukan sesuatu adalah kerana kasih sayang dari-NYA..]
Wallahua'lam
Tegurlah saya jika saya silap..