sungguh lama tidak berkunjung.
jika blog ini sebuah rumah,sudah bersawang gamaknya.
owh,harus dibersihkan dan dihias kembali nampaknya.
maaf blog,hak kamu masih tidak terjaga rapi.
hari ini diri ini hanya ingin menukilkan rasa hati.
rasa hati yang tidak termampu diluah, hatta kepada sahabat karib.
(nasib korang le)
ah, adakah sahabat karib di sisiku?
mungkin ada.mungkin tiada.
dek kerana aku masih tidak bersedia berkongsi perasaan dan isi yang terbuku di benakku..
abaikan.ini bukan kisahnya.
tajuk diberi : pasca ENT.
namun yang ingin dikongsi lebih kepada pre.
ya,apa yang terjadi sebeluum exam.
saat insan lain bergelut bergelumang mengkhatamkan seisi buku ENT,
aku juga begitu.
namun kerisauan aku hari ini amatlah ajaib.
lalu apa lagi,setelah meminta kebenaran tuan punya skype,
aku pun mula mendail nombor rumah.
treeet treeeet.panggilan bersambut.
"hello assalamualaikum.."
suara orang menjawab panggilan.bersambungan dengan bunyi kuapan.
hahha rupanya si aliah ni baru bangun tidur.okeyla, masih pukul 8 pagi..
aku suatu masa dulu lebihlah teruk..hampir azan zohor baru terjaga itu amatlaaah biasa...
haahha sudah lama tidak mengulanginya..(benarkah?)
selepas berbasa basi sedikit dengan adikku yang bernombor 3 dari hadapan ini,
mulalah meminta emak menjawab panggilan.
minta doa emak - biasa.
borak2 pasal aliah dan beradik2 lain - biasa.
borak2 pasal abah - isu luar biasa..
memang dah lama sangat tidak bercakap dengan abah.
kebiasaannya, bila menelefon rumah, abah tiada.
mungkin di masjid, mungkin bersama kawan2nya.
tapi aku lebih suka begitu.
kerana jika abah berada di rumah dengan keadaannya sekarang,
aku hiba.
dadaku sesak.
aku tidak mampu bernafas.
berat sekali rasa jiwa ini....
emak bertanya kepadaku,
"nak cakap dengan abah tak? tapi abah macam tulah.tak boleh nak cakap sangat.tapi bolehlah."
aku menjawab.
"xpelah mak.kesian abah nanti.."
"lah boleh je.cakaplah ye dengan abah.sikit pun xpe.."
(ayat diubah bagi menyedapkan jalan cerita.)
dan akhirnya aku menurut nasihat emak.
(mak pun panggil abah.dan abah pun mengangkat gagang.)
"assalamualaikum abah.." aku memulakan kata2..
saat bait2 kata2 abah terkeluar, hati aku bergetar.
tubir air mata mula berkocak,aku tahan.
ya, sekarang abah tidak mampu berkata2 seperti dulu.
slurred speech.post-stroke.
kata2nya tidak jelas.lambat sekali.aku hampir tidak memahami perkataan yang terkeluar.
cuma membuat andaian sendiri (nasib baik betul)
sedikit sekali aku borak dengan abah.
tidak mampu berkata banyak.
hati seperti tidak mampu menahan perasaan.
lantas,abah menyerahkan gagang kembali kepada aliah.
kepada adikku, empangan air mata ku tumpah pecah.
aku sangat tidak menyukai keadaan ini.
aku tidak suka bila keluargaku mengalami kesusahan aku tiada di sisi mereka.
aku tidak suka.
aku sangat tidak suka.
teringat masa mula2 masuk asrama tingkatan satu.
masa itu,mak sarat mengandung 9 bulan adik bongsuku.
beberapa minggu selepas itu, ketika aku masih di asrama, aku pun membuat panggilan ke rumah..
oooh mak da bersalin!
berborak2 sedikit lantas menamatkan panggilan.
ke musolla berdekatan aku meluru.
tangisan pecah.
penat senior2 bertanya,
"kenapa ni dik...?" (gaya akak solehah..)
senyap.nangis.sedu-sedan sahaja kedengaran.
ditanya lagi.akhirnya aku puun menjawab,
"mak dah bersalin...wuuwuuwuu~~~"
hahahaha.
mungkin pelikkan emak selamat bersalin pun nak menangis.
tapi pemikiran aku mungkin sedikit berbeza dengan orang lain.(kot)
apa yang aku fikir,
siapa yang nak jaga emak nanti?
bolehkah emak buat kerja rumah time amal takde?
(padahal aku bukan manusia yang rajin menolong emak di rumah)
kenapa bersalin time 'orang' (=saya) ada kat asrama..
(kalau x boleh ambil cuti bersalin sekali..haha)
hmm memang paling tak suka bila diri tiada di sisi keluarga
saat waktu yang aku rasakan aku perlu bersama mereka.
walhal jika diikutkan tidak perlu ada pun tidak mengapa.
masa emak bersalin masa tingkatan satu dulu, alhamdulillah adik lelaki aku yang sekarang bertungkus lumus di negara orang itu boleh diharap.
dialah yang abah kerjakan untuk buat kerja rumah.
dan akhirnya bila adik bongsuku sudah besar, adik lelaki aku yang kedua inilah yang menguruskan apa2 perlu - buat susu,tukar lampin..
macam sudah boleh menjadi bapa orang.
padahal masa itu umur beliau baru mencecah 12 tahun masihi.
sempoilah beliau!
berbalik kepada kisah hari ini.
ya,itulah aku.
berharap dengan menelefon rumah dapat memberi ketenangan.
tapi...
apa-apa sahajalah.
semalam-semalam sudah membebel kepada adik lelaki yang kedua itu.
berharap beliau memahami situasi keluarga sekarang.
berharap beliau bersedia mengambil tampuk ketua keluarga kelak.
berharap beliau dapat dijadikan tempat bergantung di hari2 mendatang.
tapi,hasilnya tidak diketahui.
berharap sahaja yang aku mampu buat.
tadi juga telah membebel kepada adik perempuan ketiga.
disebabkan beliau adalah anak yang paling tua yang berada di rumah sekarang,
minta jasa baiknya supaya tidak menyusahkan kedua emak abah.
nampaknya beliau ini boleh diharap.
lebih daripada diri ini.terasa lega sedikit..
balik nanti, mesti men'psycho' adik-adik yang lain supaya lebih bertanggungjawab dan menjadi lebih berdikari.
abah tidak boleh disusahkan.
emak pula jangan ditambah beban kerjanya...
sebenarnya aku tahu, mak dan abah tidak perlu pun aku risau keadaan mereka.
aku juga tahu, emak dan abah tahu apa perlu dibuat dalam kehidupan mereka.
but well, aku sebagai anak sulung can't help untuk risau keadaan family!
nampaknya kerja aku di rumah semakin bertambah.
oleh itu, tidak boleh membazir masa.
take any chances that pass in front.
grab it and use it.
selagi mana bisa bertahan, itulah aku lakukan.
hanya mohon doa dari sesiapa yang membaca.
juga, bila anda dihadapan saya, buat2 tidak tahu akan apa yang saya lalui.
layan saya yang ceria itu seperti biasa.
"jadi kenapa hang dok gatei nak citer kalo nak soh orang buat bodoh jaa??"
KERANA SAYA INGIN MEMOHON KEKUATAN ANDA SECARA AURA,BUKAN KATA2...
huhu~~ wallahuaa'lam..
n.b - tadi baru bagi msg selamat hari bapa kepada abah.harap abah
terharu..kuang3x..
kalau nak ikut, seganlah nak bagi.xpernah buat pun sebelum ni...
tapi takut kalau xbuat sekarang xtahu buat bila..
mari zahirkan kasih sayang anda.mula2 melalui sms.kemudian kita upgrade
lagi..
saya mmg envy orang yang dapat zahirkan kasih sayang mereka kepada mak
ayah mereka xkiralah kata2 atau perbuatan, as saya mmg susah sekali nak
buat gitu...
no worries,practise makes perfect.
chow.shinchi chow.i dont like chinchow.youw!
n.b - tadi baru bagi msg selamat hari bapa kepada abah.harap abah
terharu..kuang3x..
kalau nak ikut, seganlah nak bagi.xpernah buat pun sebelum ni...
tapi takut kalau xbuat sekarang xtahu buat bila..
mari zahirkan kasih sayang anda.mula2 melalui sms.kemudian kita upgrade
lagi..
saya mmg envy orang yang dapat zahirkan kasih sayang mereka kepada mak
ayah mereka xkiralah kata2 atau perbuatan, as saya mmg susah sekali nak
buat gitu...
no worries,practise makes perfect.
chow.shinchi chow.i dont like chinchow.youw!