Wednesday, June 22, 2011

pasca ENT final 2011

Bismillahirrahmanirrahim..


sungguh lama tidak berkunjung.
jika blog ini sebuah rumah,sudah bersawang gamaknya.
owh,harus dibersihkan dan dihias kembali nampaknya.
maaf blog,hak kamu masih tidak terjaga rapi.

hari ini diri ini hanya ingin menukilkan rasa hati.
rasa hati yang tidak termampu diluah, hatta kepada sahabat karib.
(nasib korang le)
ah, adakah sahabat karib di sisiku?
mungkin ada.mungkin tiada.
dek kerana aku masih tidak bersedia berkongsi perasaan dan isi yang terbuku di benakku..
abaikan.ini bukan kisahnya.

tajuk diberi : pasca ENT.
namun yang ingin dikongsi lebih kepada pre.
ya,apa yang terjadi sebeluum exam.
saat insan lain bergelut bergelumang mengkhatamkan seisi buku ENT,
aku juga begitu.
namun kerisauan aku hari ini amatlah ajaib.
lalu apa lagi,setelah meminta kebenaran tuan punya skype,
aku pun mula mendail nombor rumah.

treeet treeeet.panggilan bersambut.
"hello assalamualaikum.."
suara orang menjawab panggilan.bersambungan dengan bunyi kuapan.
hahha rupanya si aliah ni baru bangun tidur.okeyla, masih pukul 8 pagi..
aku suatu masa dulu lebihlah teruk..hampir azan zohor baru terjaga itu amatlaaah biasa...
haahha sudah lama tidak mengulanginya..(benarkah?)

selepas berbasa basi sedikit dengan adikku yang bernombor 3 dari hadapan ini,
mulalah meminta emak menjawab panggilan.
minta doa emak - biasa.
borak2 pasal aliah dan beradik2 lain - biasa.
borak2 pasal abah - isu luar biasa..

memang dah lama sangat tidak bercakap dengan abah.
kebiasaannya, bila menelefon rumah, abah tiada.
mungkin di masjid, mungkin bersama kawan2nya.
tapi aku lebih suka begitu.
kerana jika abah berada di rumah dengan keadaannya sekarang,
aku hiba.
dadaku sesak.
aku tidak mampu bernafas.
berat sekali rasa jiwa ini....

emak bertanya kepadaku,
"nak cakap dengan abah tak? tapi abah macam tulah.tak boleh nak cakap sangat.tapi bolehlah."
aku menjawab.
"xpelah mak.kesian abah nanti.."
"lah boleh je.cakaplah ye dengan abah.sikit pun xpe.."
(ayat diubah bagi menyedapkan jalan cerita.)

dan akhirnya aku menurut nasihat emak.
(mak pun panggil abah.dan abah pun mengangkat gagang.)
"assalamualaikum abah.." aku memulakan kata2..
saat bait2 kata2 abah terkeluar, hati aku bergetar.
tubir air mata mula berkocak,aku tahan.

ya, sekarang abah tidak mampu berkata2 seperti dulu.
slurred speech.post-stroke.
kata2nya tidak jelas.lambat sekali.aku hampir tidak memahami perkataan yang terkeluar.
cuma membuat andaian sendiri (nasib baik betul)
sedikit sekali aku borak dengan abah.
tidak mampu berkata banyak.
hati seperti tidak mampu menahan perasaan.
lantas,abah menyerahkan gagang kembali kepada aliah.
kepada adikku, empangan air mata ku tumpah pecah.
aku sangat tidak menyukai keadaan ini.

aku tidak suka bila keluargaku mengalami kesusahan aku tiada di sisi mereka.
aku tidak suka.
aku sangat tidak suka.

teringat masa mula2 masuk asrama tingkatan satu.
masa itu,mak sarat mengandung 9 bulan adik bongsuku.
beberapa minggu selepas itu, ketika aku masih di asrama, aku pun membuat panggilan ke rumah..
oooh mak da bersalin!
berborak2 sedikit lantas menamatkan panggilan.
ke musolla berdekatan aku meluru.
tangisan pecah.
penat senior2 bertanya,
"kenapa ni dik...?" (gaya akak solehah..)
senyap.nangis.sedu-sedan sahaja kedengaran.
ditanya lagi.akhirnya aku puun menjawab,
"mak dah bersalin...wuuwuuwuu~~~"
hahahaha.

mungkin pelikkan emak selamat bersalin pun nak menangis.
tapi pemikiran aku mungkin sedikit berbeza dengan orang lain.(kot)
apa yang aku fikir,
siapa yang nak jaga emak nanti?
bolehkah emak buat kerja rumah time amal takde?
(padahal aku bukan manusia yang rajin menolong emak di rumah)
kenapa bersalin time 'orang' (=saya) ada kat asrama..
(kalau x boleh ambil cuti bersalin sekali..haha)

hmm memang paling tak suka bila diri tiada di sisi keluarga
saat waktu yang aku rasakan aku perlu bersama mereka.
walhal jika diikutkan tidak perlu ada pun tidak mengapa.
masa emak bersalin masa tingkatan satu dulu, alhamdulillah adik lelaki aku yang sekarang bertungkus lumus di negara orang itu boleh diharap.
dialah yang abah kerjakan untuk buat kerja rumah.
dan akhirnya bila adik bongsuku sudah besar, adik lelaki aku yang kedua inilah yang menguruskan apa2 perlu - buat susu,tukar lampin..
macam sudah boleh menjadi bapa orang.
padahal masa itu umur beliau baru mencecah 12 tahun masihi.
sempoilah beliau!

berbalik kepada kisah hari ini.
ya,itulah aku.
berharap dengan menelefon rumah dapat memberi ketenangan.
tapi...
apa-apa sahajalah.

semalam-semalam sudah membebel kepada adik lelaki yang kedua itu.
berharap beliau memahami situasi keluarga sekarang.
berharap beliau bersedia mengambil tampuk ketua keluarga kelak.
berharap beliau dapat dijadikan tempat bergantung di hari2 mendatang.
tapi,hasilnya tidak diketahui.
berharap sahaja yang aku mampu buat.

tadi juga telah membebel kepada adik perempuan ketiga.
disebabkan beliau adalah anak yang paling tua yang berada di rumah sekarang,
minta jasa baiknya supaya tidak menyusahkan kedua emak abah.
nampaknya beliau ini boleh diharap.
lebih daripada diri ini.terasa lega sedikit..

balik nanti, mesti men'psycho' adik-adik yang lain supaya lebih bertanggungjawab dan menjadi lebih berdikari.
abah tidak boleh disusahkan.
emak pula jangan ditambah beban kerjanya...

sebenarnya aku tahu, mak dan abah tidak perlu pun aku risau keadaan mereka.
aku juga tahu, emak dan abah tahu apa perlu dibuat dalam kehidupan mereka.
but well, aku sebagai anak sulung can't help untuk risau keadaan family!

nampaknya kerja aku di rumah semakin bertambah.
oleh itu, tidak boleh membazir masa.
take any chances that pass in front.
grab it and use it.
selagi mana bisa bertahan, itulah aku lakukan.

hanya mohon doa dari sesiapa yang membaca.
juga, bila anda dihadapan saya, buat2 tidak tahu akan apa yang saya lalui.
layan saya yang ceria itu seperti biasa.

"jadi kenapa hang dok gatei nak citer kalo nak soh orang buat bodoh jaa??"

KERANA SAYA INGIN MEMOHON KEKUATAN ANDA SECARA AURA,BUKAN KATA2...
huhu~~ wallahuaa'lam..








n.b - tadi baru bagi msg selamat hari bapa kepada abah.harap abah 
        terharu..kuang3x..
        kalau nak ikut, seganlah nak bagi.xpernah buat pun sebelum ni...
        tapi takut kalau xbuat sekarang xtahu buat bila..
        mari zahirkan kasih sayang anda.mula2 melalui sms.kemudian kita upgrade
        lagi..
        saya mmg envy orang yang dapat zahirkan kasih sayang mereka kepada mak 
        ayah mereka xkiralah kata2 atau perbuatan, as saya mmg susah sekali nak 
        buat gitu...
        no worries,practise makes perfect.


chow.shinchi chow.i dont like chinchow.youw!









Tuesday, May 3, 2011

InDahNya UkhuWWaH kerAna ALLAH...

Bismillahirrahmanirrahim...


Lama xmenulis.Biasalah tu.
Kadang tiada idea.Kadang tiada masa.
Inilah hidup.Selalu tidak sempurna.
But life like this is THE BESTEST ever!


Hampir 3bulan dah pindah ke persekitaran baru...
Rumah baru..akhawat baru..(tapi dah xbaru pun sekarang....huhu)
Hidup bersama akhawat yang mempunyai ghayah yang sama.
Ittijah yang sama.
Hari2 berfikir tentang benda yang hampir sama..
That's it --> Anak2 binaan, pengisian, kelas, study...(kawen..hahaha)


Happy sama2..down kadang2 sama...
Sharing2 pengalaman sama2..
Gaduh gelak sama2...
Memang xboleh nak diluahkan macam mana perasaan tu..
you know..its sangat33x...
aah! undescribeable...
Yup..nmpk macam suasana rumah2 lain...
But there is something very unique ttg ukhuwwah ini...


KESANGGUPAN & PENGORBANAN...


Susah nak carik org yg sanggup berkorban utk kawan2 yang " who-are-you-in-my-life???"..
Susah nak carik org yang sanggup susah payah utk org yang "do-we-have-same-parents???"...
Susah juga nak carik org yang xkesah apa2 semata2 utk "who-are-you-again???"...


Tapi,kat sini mmg ada org yang sanggup berkorban sebab "you-are-my-ukhti :)"...
Kat sini gak ada org yang sanggup bersusah payah kerana "we-are-brothers-forever ;D"..
Dan kat sini MMG ADA org yg xkesah apa2 semata2 "i-am-the-one-who-love-you-LILLAH"...


-Ada ke orang yang sanggup "skip kelas susah payah naik teksi bazir duit sendiri berlari balik ke rumah", semata2 nak bagi kunci kat ukhti dia,kunci rumah,dan balik semula ke U dalam masa 15 minit???
-Ada ke org yang xkesah kalo ada sorang ahli beit bayar kurang dari diri dia dan ahli lain??
-Ada ke orang yang suka bg semngat kat ukhti dia yang tgh down walaupun dia sendiri pun tgh tension..???


I have found these orangs..
I am very lucky to live with these orang-orang..
I am really happy to learn many thingz from mereka orang-orang..


You know, this is undescribeable feeling.
You only know it when you are among orang-orang ini...
And yeah, kalau bukan kerana jalan ini, 
xmungkin dapat merasa indahnya ikatan ini...


Semoga ikatan kita ini berkekalan hingga ke syurga.. :)


"I LOVE YOU not because you're pretty
and not because you are rich..
neither because you're smart and kind..
nor you're famous and fun.." 
 "I LOVE ALL OF YOU because of ALLAH..
I LOVE YOU because of you love Rasulullah..
and I LOVE YOU because of this 'jalan dakwah'...
If not because of these, do you think i'll love you? "

i am your friend, but i also love you LILLAH...

Thursday, April 14, 2011

24 jam yang sama tapi berbeza

Assalamualaikum wbt...Salam penuh mahabbah..

Idea yang kering menarik tangan dari terus menaip.
Hati yang membatu menarik idea dari meluap2...
Ibadah yang tidak terjaga membuat hati membatu..
Itulah kisahnya...

Hati adalah cermin..Ia memantulkan cahaya pada tuannya..
Jika hatimu bersih, maka cahaya hidayah-NYA akan kau dapati..
Jika ia kotor,penuh dgn noda2 hitam...maka cahaya itu terserap...
Ia seolah2 vicious cycle..make worse life even worst...

Mari bersihkan hati.itu langkah pertama..
Moga dengannya,hidayah ALLAH akan mengetuk hati kita, lalu memasukinya..
Mari bersihkan hati dgn istighfar..
Mari bersihkan hati dgn tangisan takutkan ZAT YANG KEKAL ABADI....
Mari kawan2...

Hmmm...beberapa waktu telah berlalu..
Mana perginya semangat??
Mana perginya mujahadah??
Mana? Mana? Dan mana..??

Adakah kita masih bermain2??
Hanya tahu bersenda gurau..??
"Relaxlah mal..life is only once..make it happy then.."

TIPU!!!! TIPPU!!!
itu tipu daya syaitan..
hidup bukan sekali.
tapi dua kali.
Yang sekarang, dan yang akan datang.....
Jika di dunia telah bersenang lenang tidak menyiapkan bekalan..
Lalu apa yang ingin dibawa ke alam yang satu lagi..
Alam yang tak terbayang di fikiran..tak pernah dilihat di mata, tak pernah dirasa oleh sesiapa pun..
Hanya bisa mendengarnya melalui Al-Quran dusturunaa....

Andai pergi ke perkelahan tanpa membawa bekal, pasti kita kelaparan..
Namun, andai kita tidak membawa bekalan ke akhirat, bagaimanakah agaknya????

Dah berminggu-minggu ambil kelas Tafsir..
Hadamkan juzuk 30..
Tapi rasa macam dah tak larat..
Tak larat nak dengar betapa menakutkannya HARI QIAMAT..
Tak larat nak dengar betapa dahsyatnya NERAKA..
Tak larat nak bayangkan nikmatnya SYURGA..
Dan tak larat juga nak fikir macam mana nak BERUBAH!!!!

Berubah supaya hadaf hidup betul2 kerana ALLAH..
Berubah kepada manusia yang walau sekecil2 perbuatannya hanya kerana ALLAH..
Berubah supaya tidak menjadi orang munafiq - lain di mulut,lain di hati....

Banyak sangat kerja nak disiapkan..
Banyak sangat tanggungjawab mesti dilaksanakan..
But in the end, walaupun dah buat jadual, kenapa masih tidak dapat siapkan semua tugasan???

Orang lain pun ada 24 jam..Aku juga ada 24 jam.
Sama amaun.
Namun, bagaimana mereka boleh berbuat lebih dari diri ini??
Bawak usrah sampai 4-5 usrah seminggu..
(Aku???)
Habiskan baca buku fikrah kurang dari 48jam...
(Aku???)
Khatam dan hafaz Al-Quran 30 juzuk..
(Aku???)
Kuasai Bahasa Arab..
(Aku???)

GEDUSHHH!!!!!
Balik2 point yang sama..
WHAT HAVE I DONE IN MY LIFE???????????
APA AKU DAH BUAT?!!!!!

Main2 kah aku?
Tak serius kah aku???

Tak mahu menyesal kemudian hari..
tak mahu menangis di kemudian hari..

Kawan2, jika kisah ini berlaku juga kepada anda...
Mari sama2 kita berubah...

Tak nak main2 dah..
Tak nak..tak nak..tak nak..
Lepas ni, all out utk buat ape jua kerja..
supaya tak menyesal..
supaya tak ditimpa azab...

FAHAMI HAKIKAT HIDUP DI DUNIA
FAHAMI HAKIKAT KITA DICIPTA

Kerana apabila faham, kita mampu berfikir dan berubah....

~aku ini fakir kepada-NYA~

Wednesday, March 30, 2011

Question is soalan.

Bismillah walhamdulillah..


Tahu.da lama x update.
Sebab terulang sejarah silam.
Yeke 'ter'? Bukan sengaja ke?


Bukan budak kecik lagi nak jatuh2.
Budak kecik tu mmgla.baru belajar jalan.
Hang ni da berapa lama jalan masih boleh terjatuh?
Kenapa asek jatuh?? BERULANG KALI pulak tu.
Tak tengok jalan?
Sebab xnampak atau xnak nampak??
Atau ngada2 nak jatuh.Seronok kah?
Seronok menjerumuskan diri pada kebinasaan?
Atau ada penyakitkah? Cerebellar degeneration maybe?
(jatuh=futur)


Huh,sungguh xfaham.
Umur nak masuk 22 dah.Tolonglah sedar.
Masa xbyk.
Esok lusa pon xpasti ada ke tak.
Amal kebajikan banyak mana?
(Nama je amal..Aish amal amal..)
Tanggungjawab dah habis tunai?
Fardhu ain, fardhu kifayah semua tu apa cerita?
Lengkap ke?


Janganla asek pikir nak kawen nak kawen.
Bukan itu yang utama.
Tapi kan amal, kawen tu sunnah..kan?


Okey.kawen sunnah.
Dakwah? Sunnah jugak kan?
Buat x?
Usrah, sunnah jugak kan?
Apa macam? Ada buat?


(Soalan menerjah2...rimaslah...)


Hmm, xdengar lagi soalan munkar nakir.
Bukan setakat soalan.
Kene jawab tw.
Ada hukuman lagi kalo xdapat jawab.dengan betul.
Ingat boleh tipu?
Ingat boleh tulis jawapan kat kain kapan?
Dunia pun xleh buat.Inikan pula....
Tapi xpe.Try la buat..Kita tengok ada hasil ke x...


So,berbalik pada soalan.
Macam mana hidup?
Apa pencapaian?
Bebaskan palestin kah?
Tarik Barrack Obama amalkan Islam dgn betul kah?
Dapat jadikan Malaysia 100% negara Islam?
Ke berjaya main game sampai last level...?
Comment di Facebook mencapai 1000??
Atau telah khatamkan beribu2 movie drama korea???


(Geleng kepala..)
Apa nak jadi ni mal....
Apa pekdah nye hidup ni kalo xde pencapaian?


Okeyla, excel dalam exam bolehla terima pencapaian terbaik..
Tapi macamla result yang 'EXCEL' tu boleh dibawak masuk dalam kubur.
Macamla boleh jadi tiket masuk syurga.
Masuk wayang pon xlepas!
Laa amal, xyah r jauh sangat.
Result tu kan nanti nak guna supaya boleh jadi 'DOKTOR YANG MANTOP!'


Yeaaaa......that's right..kot.
Penah fikir x,esok ada lagi ke x?
Cube tgk sekeliling.
Xperasan ke byk dah tanda2 Qiamat.
Ke selama hidup ni, xambil peduli pun hari Qiamat tu ape??
Rukun Iman ke 5 tu beb!
Jangan main2...Bahaya tu!


Banyaknya soalan.
Ada jawapan?
Boleh jawab?
Xboleh?
Think properly.



Thursday, January 20, 2011

revolusi melur~~

Bismillahirrahmanirrahiim...

Jasmine revolution.
Will egypt be next?
if so, and if the same thing happen just another year, what will i do?

baru-baru ni, gen7 dengan semangatnya akan mengemukakan partition utk mengembalikan hak2 pelajar Malaysia.
tapi memang diri ini langsung x terasa nak ambil bahagian.
malah ada sedikit pemberontakan di situ.

sebab selalu fikir, apa yang ada inilah yang terbaik
inilah apa yang ALLAH nak beri.
so, instead of beriya2 meminta hak kembali, diri ini memilih untuk rasa bersyukur dengan apa yang ada.
tidak berani meminta itu dan ini.
tidak mahu take one step further.
tidak mahu claim macam-macam.

kerana takut.
takut akan kehilangan.
takut akan kejatuhan.
takut akan kesusahan.

ya.
saya bukan budak jpa.
yuran universiti mungkin xsebanyak rakan2 yang lain.
jadi mungkin atas sebab ini saya rasa saya tiada hak untuk minta macam2.
takut terpaksa bayar lebih.
sedang diri xberkemampuan.
yuran yang dibayar sendiri menggunakan duit biasiswa itupun sudah terlalu banyak dirasakan.
apatah lagi untuk menambah hingga ke angka usd8000...

bukan ahli keluarga tidak berkemampuan.
tapi mungkin sedari kecil, diri ini terlatih utk menjadi seseorg yang tidak suka menyusahkan.
mengurangkan demand diri yang berlambak2 supaya mak abah xperlu bersusah2.
jika ada kemahuan, dapatkannya dengan duit sendiri.
jika tiada duit maka tiadalah.
jadi begitulah, andai terpaksa bayar lebih untuk yuran universiti, manakah harus dicari ongkosnya?

revolusi jasmine banyak menyedarkan saya.
life is a journey.
if throughout life you're not progressing, what's the meaning of life?
if u're not taking a step further, u just will be nothing.
and if u're not taking a step further, although da surrounding is very suffocated, u'll be more suffering.

breath ur air.it's free.take as much as u want.
if there is no air, step to other site till u get it.

take ur chances.u dont have to pay bill for chances though.
search it if u cant find it.

dont bother to be satisfied with just nothing.
make a brand new life!
no one is perfect...?
what perfect actually is??
it is you who determine your perfection.
set your aim.
plan your strategy.
then do it!
(alamak, overwhelm with semangat baru...hik3..)

Mungkin telah sampai masanya menyiapkan diri supaya menjadi lebih kuat, dan berani...
tidak takut kecuali takutkan ALLAH serta azabnya yang dahsyatnya hanya DIA yang Maha Tahu.

mana tw lepas ni revolution of egypt pula menjelma.
haha nak2 masa tu x habis belajar lagi.
tersekat kat egypt. airport dah kene block.
xkan nak duduk rumah je kan.
sambil makan maggi dan tengok movie.
rumah kene fire kang, xpasal2 ....
xpun xkan nak duduk bawah katil sambil menggigil2 dalam selimut je kan.
nanti turunlah firman ALLAH.. "Yaa ayyuhalmuddatsir!"
hik3..

kalau xjadi kat egypt pun, mana tw kat mesia nanti...
ni dunia akhir zaman..
peperangan itu biasalah.
tanda2 dekatnya hari Qiamat kan..

n/k - mahu umumkan kempen baru.
"TOWARDS PERFECTIONISM UNDER UMBRELLA OF MARDHATILLAH"

Wednesday, January 19, 2011

NEOLIVIO

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama dah rasanya xmenjenguk blog ni..
Too many things had happened, and i barely had enough time to kill..(hmm yeah rite!)
That's because, almost the time which is already passed, i used it for sleep.
Sleep so that i can forget all the stressed things.
It was succeed a lil bit,that's is- juz at the moment i closed my two eyes and dreaming whatever i want.

Januari 2011
Banyak perkara baru memasuki ruang hidup.
Round baru.
Rumah baru.
Ahli beit baru.
Surrounding baru.

A new home changes everything.


Teringat sebuah kisah menarik dalam riyadh as-salihin.
Hadith no.20 yang bermaksud :-

Dari Saad bin Malik bin Sinan Al-Khudri r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

 Ada seorang pemuda di Yaman yang sebelumnya telah membunuh 99 orang. Pemuda ini bertanya siapakah orang yang paling 'alim di dunia, maka ditunjukkan padanya akan seorang rahib.
Lalu pemuda ini mendatangi rahib tersebut dan berkata, " Sesungguhnya ada seseorang telah membunuh 99 jiwa, maka adakah diterima daripadanya taubat ?"
Jawab rahib: "Tidak". Maka pemuda tersebut pun membunuh rahib itu. Genaplah 100 orang yang dibunuhnya.
Kemudian dia bertanya lagi siapakah yang paling'alim di muka bumi ini, maka ditunjukkan kepadanya seorang 'alim.
Pemuda itu berkata kepada orang 'alim: " Ada seorang pemuda telah membunuh 100 jiwa, maka adakah taubatnya diterima?" Orang 'alim itu berkata: "Ya, apa yang ada untuk menghalangnya daripada taubat? Bertolaklah ke negeri sekian-sekian. Di sana, penduduk2nya mengabdikan diri kepada ALLAH TAALA. Abdikanlah diri kamu kepada ALLAH bersama mereka. Jangan sekali-kali kamu kembali ke negeri kamu yang dulu kerana sesungguhnya ia negeri yang tidak baik."
Maka bertolaklah pemuda tersebut ke negeri yang baru. Di pertengahan jalan, maut menjemputnya. Maka bertengkarlah malaikat Rahmah dan malaikat 'Azab milik siapakah jiwa pemuda tersebut. Berkata Malaikat Rahmah: "Dia datang dalam keadaan bertaubat kepada ALLAH dengan hatinya"
Berkata pula malaikat 'Azab: "Dia tidak pernah melakukan secebis kebaikan pun"
Datanglah Malaikat lain dalam bentuk manusia kepada kedua malaikat tersebut untuk menjadi hakim dan berkata : Ukurlah jarak pemuda ini dari kedua negeri. Negeri mana yang lebih dekat dengannya, maka disitulah kedudukannya.
Maka dikiralah jarak pemuda itu, dan didapati bahawa dia berada lebih dekat dengan negeri yang ditujunya. Maka Malaikat Rahmah pun mengambil ruhnya.

Hadith 3 kitab Riyadh as-salihin:
Dari Aisyah r.a, sabda Nabi s.a.w - Tiada hijrah selepas Pembukaan Kota Mekah, tetapi jihad dan niat. Apabila kamu diminta bersiap sedia (utk bertempur), maka bersiap sedialah.

Ini jihadku.
Jihad meninggalkan kenikmatan duniawi semata2 mencari kebahagian akhirat.
Jihad meninggalkan rumah al-wakeel yang amatlah sangat2 seronok, semata2 ingin memperbaiki diri.
Supaya dekat dengan-NYA.
Supaya cukup potent dan competent dalam menunaikan tanggungjawab dan tujuan penciptaan.

Walau hati berat.
Langkah terasa amat payah.
Dada sesak.
Fikiran bercelaru.
Namun demi redha-NYA, aku gagahi diri.
Aku mesti gagah mengharungi segala halangan.
Kerana apa yang aku idamkan hanya...
MARDHATILLAH!!!

n/k - amat merindui style kak hana, gelaktawa ein, kesengalan aman dan dayah yang suke melayan.. takkan luput memori indah bersama kalian (ececeh..)
kepada ahli beit baru, fighting!

~alamak,xde gambar complete ahli beit al-wakeel..gomme'~