Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
Selepas hampir setengah tahun hidup tanpa laptop di sisi,
kini sudah mendapat pengganti..
baru. |
lama.without screen T.T |
Sedih juga bila laptop lama dikembalikan tanpa skrin.
Marah ada. Kecewa ada.
Tapi nak buat macam mana, menangis air mata darah pun sudah takdirnya begitu.
Mungkin sudah tiba masa mencari pengganti baru.
Alhamdulillah.
Malam ini, tiba-tiba angin memori kanak-kanak datang menyapa.
Sayup-sayup membelai minda dan hati.
Sayu ada. Sedih juga. Gembira? Entah.
Aku budak malas.
Dan aku budak pelik.
Hahaha.
Alhamdulillah sekarang aku sudah berubah sedikit.
Walaupun bukanlah 180 darjah lagi.
Aku bersekolah di SKKD.
Orang kata Sekolah Kanak-Kanak Degil.
Nasib baik bukan Sekolah Kanak-Kanak Dungu.
Kalau tidak, memanglah dah pindah ke sekolah lain.
Kalau nak diingat kembali, sekalipun aku tak pernah keluarkan buku dari beg sekolah bila balik rumah.
Aku tak pernah ulangkaji pelajaran di rumah.
Aku suka menonton TV. (doing observation in other term hehehe)
Homework siap sebelum kelas. Tiru tak tiru.
Mak dan abah tak pernah tanya dah siap homework ke belum.
Sebab aku tiada masalah dalam peperiksaan.
Macam mana aku buat?
Jangan tanya, sebab aku tak tahu.
Yang aku tahu aku ni pelik orangnya.
Tapi perangai ini masih ada sisanya sampai sekarang.
Aku malas buka buku pelajaran~
Aku ada seorang bestfriend yang aku sangat-sangat sayang.
Tapi tiba-tiba ada seorang budak perempuan lain masuk geng.
Dan tiba-tiba juga aku rasa aku makin jauh dari bestfriend aku sebab
dia mula rapat dengan budak perempuan tu.
Dan tiba-tiba ada perang dingin berlaku antara aku dan budak perempuan tu.
Saat tu aku putuskan aku tak mahu rapat sangat dengan sesiapa.
Malas nak layan perasaan yang ditiup-tiup syaitan.
Pelikkan aku?
Aku baru budak hingusan masa tu.
Tapi pegangan ini ada sampai sekarang.
Aku pernah ada crush dengan seorang budak lelaki.
Love at first sight aku rasa.
Sebab aku suka dia?
Rupa bagus dan ada kepimpinan yang bagus.
Ketua kelas katakan.
Aku mula suka budak tu dari aku darjah satu hari pertama sampailah aku habis sekolah rendah.
Lama kan? Setia habis budak hingusan ni.
Hahaha aku memang pelik.
Tapi lagi pelik, sebab sikap aku ni tak berubah.
Susah betul nak lupakan orang yang aku suka.
complicated relationship. |
Aku pernah di'interview' untuk jadi pengawas sesi petang.
Walaupun dalam interview tu ustazah tanya,
"Kalau kamu ditugaskan membersihkan tandas, kamu terima tak?"
Cepat je aku jawab, "Tak."
Kawan aku yang lain semua jawab,
"InsyaALLAH saya cuba.."
Tapi last-last aku yang dapat surat tawaran.
Pelikkan?
Lagi pelik aku pulangkan surat tawaran tu, menolak untuk menjadi pengawas.
Menggunakan tandantangan emak yang aku tiru.
Sebab aku tak serahkan kepada emak pun.
Hahaha aku tahu aku pelik.
Kalau aku tak nak, aku akan buat segala benda yang memungkinkan aku tak buat benda tu.
Ini masih ada.
Aku masa kecil-kecil suka sangat kumpul barang.
Antara yang aku kumpul ialah sabun mandi.
Sebab rumah aku guna sabun mandi buku, setiap kali emak beli
sabun mandi yang seikat tiga tu, aku mesti akan ambil satu.
"Patutlah asyik kena beli sabun je."
Itu yang mak kata bila aku terkantoi.
Aku memang pelik kan?
Tapi aku suka benda variety.
Dan sampai la ni, aku ada koleksi aku.
Cuma bukan sabun mandi buku macam dulu-dulu.
kalau aku tetap kumpul sabun macam ni lah agaknya aku.. ada juga rupa-rupanya orang yang tegar mengumpul sabun. so, i'm not that pelik la kan.. |
Kenapa aku kongsi pengalaman pelik ni agak-agaknya?
First entry selepas beberapa bulan aku menyepi pulak tu.
Jawapannya,
sebab aku ni PELIK. aku rasalah.
Hahahaha.
Moral of the story :-
. childhood is a time to create a figure inside a man. those who have or will have child(ren), kindly care for your offsprings despite your busyness. not to blame my parents, this is only my piece of view. and advice.
. behind every action, there is always reasons for it. never judge. instead, try to be understand.
. every person around us is unique. appreciate their uniqueness.
. though you think you are unique, weakness still weakness whatever you say. and for all weaknesses, improvement is essential and a MUST.
. some of us can't reasoning why they do something. it's because they are attached to something called experiences. but, if the things we do at all level are improper, people around should try giving advice by reasoning.
Last but not least:-
Wallahua'lam.
2 comments:
zaman kecik kita same laa kak.haha :P
amal pelik...!
amal pelik...!
amal pelik...!
saya rasa kata-kata saya dah masuk kepala awak.yes!!!
Post a Comment