Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam yg masih lagi menemani diri..
Benarlah kata muwajih,
al-Quran itu penguat diri,
al-Quran itu pembuka mata,
al-Quran itu pelembut hati.
Hari ini dengan izin-NYA dapatlah mentadabbur beberapa ayat cinta-NYA.
Satu ayat yang membuat saya berfikir dan mengoreksi (macam pelik je bunyinya) diri adalah ayat ini:-
"Dan sungguh, KAMI telah menghukum firaun dan kaumnya dengan (mendatangkan musim kemarau) bertahun-tahun dan kekurangan buah-buahan, agar mereka mengambil pelajaran. Kemudian apabila kebaikan datang kepada mereka, mereka berkata, "Ini adalah kerana usaha kami." Dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka lemparkan sebab kesialan itu kepada Musa dan pengikutnya. Ketahuilah, sesungguhnya nasib mereka di tangan Allah, namun kebanyakan mereka tidak mengetahui."
[ surah Al-A'raaf : 130-131]
there is a nice story about the noseless pharaoh. |
1. Apabila kita beroleh kejayaan tak kiralah dalam pelajaran atau pekerjaan atau pertandingan, bagaimana agaknya kita mengekspresikan kejayaan kita?
A. Yahoo ahaa ahaa..i am really good!
B. Siapa usaha akan dapat hasilnya.
C. Yeah, as expected from me.
D. Alhamdulillah, tidak sia2 usaha aku selama ini yang membolehkan aku beroleh kejayaan ini..
2. Apabila ditimpa kegagalan dalam kehidupan tidak kiralah dalam pelajaran atau pekerjaan atau percintaan atau pertandingan, apa perkara yang terlintas di fikiran kita?
A. Huh, ni mesti joyah punye pasal aku x dapat ...........
B. Ala, pemeriksa/pengadil tu tak reti buat kerja!
C. Sial betul! Blah laa
D. Aku dah usaha kuat dah! Kenapa Allah xmahu bagi aku berjaya??!
Jika anda menjawab A atau B atau C, hatta D sekalipun, sebenarnya masih ada sifat firaun dalam diri anda..
Kerana firaun menisbahkan kejayaannya disebabkan dirinya sendiri, dan menisbahkan kegagalan disebabkan tangan atau kesialan orang lain.
Jadi apa perlu kita buat?
"..Katakanlah, semuanya dari sisi Allah.."
[ Surah an-nisa' : 78]
Segala yang berlaku dalam hidup kita adalah dari-NYA.
Dan segala yang terjadi serta segala yang kita perolehi adalah yang paling terbaik untuk diri kita.
Jika kita merasakan sesuatu yang Allah beri itu adalah tidak baik, itu adalah kerana kacamata yang kita pakai menimbang perkara itu sebagai sesuatu yang tidak baik.
Maka disitulah salah kita.
" Kebaikan apapun yang kamu perolehi, adalah dari sisi Allah, dan keburukan apapun yang menimpamu, itu adalah dari kesalahan dirimu sendiri..."
[ Surah an-nisa' : 79]
Jalanilah hidup ini dengan hati yang besar.
Pakai kacamata rabbaniah, bukan duniawiah..
Inilah yang dinamakan optimistik.
Yang berlaku adalah yang terbaik.
Jangan pernah menyalahkan orang lain melainkan diri sendiri.
Perihal "tidak mahu berusaha" adalah satu topik yang lain.
Usaha adalah kerana ketaatan kita kepada Allah.
Bukan faktor kejayaan kita dalam hidup..
" Dan katakanlah, bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin...."
[Surah at-taubah : 105]
Maka, mari buang sifat firaun ini dari diri kita.
Biiznillah
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment